Makanan tinggi vitamin B6 (piridoksina) membolehkan badan mendapatkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik.
Vitamin B6 terlibat dalam 100 tindak balas enzim, pembentukan otak bayi semasa dalam kandungan dan penyusuan serta fungsi imun.
Selain itu, vitamin B6 yang juga merupakan vitamin larut air turut mempunyai sifat antioksidan. [1]
Kekurangan vitamin B6 dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, penyakit Alzheimer, kanser, fungsi kognitif dan sistem imun. [2]
Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin B6 untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
Kumpulan Usia | RNI (mg/hari) |
Bayi | |
0-5 bulan | 0.1 |
6-11 bulan | 0.3 |
Kanak-kanak | |
1-3 tahun | 0.5 |
4-6 tahun | 0.6 |
7-9 tahun | 1.0 |
Budak & Remaja Lelaki | |
10-18 tahun | 1.3 |
Budak & Remaja Perempuan | |
10-18 tahun | 1.2 |
Lelaki Dewasa | |
19-50 tahun | 1.3 |
51-65 tahun | 1.7 |
>65 tahun | 1.7 |
Wanita Dewasa | |
19-50 tahun | 1.3 |
51-65 tahun | 1.5 |
>65 tahun | 1.5 |
Mengandung | 1.9 |
Penyusuan | 2.0 |
Berikut ialah senarai makanan yang tinggi dengan vitamin B6 (USDA):
1. Ikan Tuna Sirip Kuning (dimasak)
Kandungan vitamin B6: 1.0 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 58.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
2. Daging Lembu, Hati Lembu (digoreng)
Kandungan vitamin B6: 1.0 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 58.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
3. Buah Pisang
Kandungan vitamin B6: 0.4 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 23.5% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat buah pisang.
4. Buah Durian
Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Nutrisi dalam Buah Durian.
5. Buah Nangka
Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat buah nangka.
6. Keledek (dimasak tanpa garam)
Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
7. Kentang (tanpa kulit)
Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
8. Kismis
Kandungan vitamin B6: 0.2 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 11.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat kismis.
9. Sayur Bayam
Kandungan vitamin B6: 0.2 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 11.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat sayur bayam.
10. Lada Benggala
Kandungan vitamin B6: 0.2 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 11.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
11. Oat (diperkaya)
Kandungan vitamin B6: 0.3 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 17.6% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat oat.
12. Tempe (dimasak)
Kandungan vitamin B6: 0.2 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 11.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
13. Buah Avokado
Kandungan vitamin B6: 0.26 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 15.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Avokado.
Rumusan
Senarai makanan tinggi vitamin B6 ini diharap dapat membantu kita memilih makanan yang sesuai untuk menampung keperluan kepada vitamin ini.
Rujukan
- Bilski, P. et al. (2000). Vitamin B6 (pyridoxine) and its derivatives are efficient singlet oxygen quenchers and potential fungal antioxidants. Photochemistry and photobiology.
- Spinneker, A. et al. (2007). Vitamin B6 status, deficiency and its consequences–an overview. Nutricion hospitalaria.