Mengenai Kami

HeloMedik adalah sebuah laman sesawang kesihatan di Malaysia.

Mencari maklumat kesihatan kini adalah mudah. Ada dimana-mana dan dikongsikan oleh ramai pihak. Tetapi mencari maklumat yang boleh dipercayai dan boleh digunapakai adalah sukar.

Pihak kami ingin mengubah senario ini. HeloMedik ingin menjadikan sumber maklumat kesihatan dan nutrisi yang boleh dipercayai, difahami dan membolehkan anda membuat pilihan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.

Kami tahu kepercayaan itu perlu diperolehi. Oleh itu, kami ingin kongsikan bagaimana HeloMedik menghasilkan kandungan atau artikel yang benar, tepat dan terkini.

Proses Penghasilan Artikel HeloMedik

Pihak pengarang HeloMedik sentiasa komited untuk menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti tanpa berat sebelah dan mempunyai bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang awam.

Setiap artikel yang dihasilkan mempunyai fakta-fakta dan rujukan yang boleh dipercayai daripada kajian-kajian, terbitan akademik, maklumat daripada agensi kerajaan dan persatuan perubatan.

Setiap fakta dan maklumat spesifik yang diambil akan disertakan pautan ke artikel atau kajian asal yang dinyatakan dalam bentuk nombor dalam kurungan – [1]. Atau diletakkan dalam ruangan rujukan di bahagian bawah setiap artikel.

Penggunaan istilah Bahasa Inggeris yang diubah kepada Bahasa Melayu pula adalah berdasarkan rujukan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Kekal Relevan

Pihak HeloMedik akan sentiasa mengemaskini maklumat dalam artikel kami sekiranya terdapat maklumat baharu. Bagitu juga sekiranya terdapat maklumat yang kurang tepat, tidak jelas dan ketinggalan yang diutarakan oleh pembaca kami.

Misi Kami

Misi kami adalah untuk menjadi sebuah platform pendidikan kesihatan untuk orang awam yang boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat kesihatan dan panduan.

Hubungi Kami

Pengguna laman sesawang atau portal ini boleh menggunakan borang di halaman Hubungi sekiranya terdapat sebarang aduan atau saranan.

error: Content is protected !!