Sekiranya anda berminat untuk berkongsi ilmu atau kepakaran anda dalam bentuk penulisan, pihak HeloMedik sentiasa mengalu-alukan anda!
Pihak kami sentiasa mencari artikel yang berkualiti, kandungan segar atau artikel yang ditulis oleh profesional untuk diterbitkan di laman web kami.
Sekiranya anda adalah ahli dalam bidang perubatan, dietetik, jurulatih kecergasan atau penulis bebas. Itu adalah satu kelebihan buat anda.
Kami bekerjasama dengan penulis untuk menghasilkan kandungan yang unik dan bernilai, yang mempunyai manfaat kepada pembaca kami.
Sebelum menghantar artikel anda kepada kami, sila baca garis panduan bagi meningkatkan peluang untuk artikel anda disemak dan diterima.
Apa yang Kami Cari
- Kami mencari artikel berkenaan dengan nutrisi, diet dan pemakanan, alahan, kesihatan dan kecergasan. Anda boleh semak imbas laman web kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai topik-topik yang diterbitkan di laman web ini.
- Kami menyukai artikel kami bersifat fakta yang disokong oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti jurnal atau penerbitan agensi kerajaan. Kami juga menginginkan artikel-artikel yang diterbitkan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang awam walaupun sesetengahnya bersifat saintifik.
Garis Panduan Artikel
- Di HeloMedik, kami menggalakkan penyumbang atau penulis untuk menulis dalam bentuk atau gaya yang sesuai dengan topik yang ditulis. Sebagai seorang penyumbang, anda boleh menggunakan ayat aktif, nada serius atau relaks.
- Kami juga menggalakkan penyumbang kami menulis secara profesional dengan menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang betul (sekiranya tiada istilah di dalam bahasa Melayu).
- Artikel anda hendaklah antara 600 hingga 2000 patah perkataan (tidak termasuk tajuk dan senarai rujukan). Walau bagaimanapun, artikel yang mempunyai jumlah perkataan dibawah 600 masih dipertimbangkan sekiranya ia bertepatan dengan topik yang ditulis.
- Bagi fakta atau kajian yang dipetik, sila sertakan pautan atau sumber rujukan bagi fakta atau maklumat tersebut.
- Penyumbang atau penulis juga digalakkan untuk menulis artikel dalam bentuk yang mudah untuk dibaca seperti menyertakan tajuk kecil (subtopik) dan perenggan.
- Menyediakan imej atau gambar untuk artikel anda tidak diwajibkan. Pihak kami akan memilih gambar yang sesuai untuk artikel anda.
- Sila hantar artikel anda dalam bentuk dokumen Microsoft Words atau google doc yang boleh diedit. Kami tidak menerima artikel yang dihantar dalam bentuk pdf atau html.
Polisi Pautan
- Kami tidak membenarkan penyumbang kami untuk meletakkan pautan (link) luar di dalam artikel yang bertujuan untuk mempromosikan syarikat, produk atau servis dan perniagaan.
- Penyumbang dibenarkan untuk meletakkan dua (2) pautan pilihan penyumbang untuk diletakkan di bahagian Biografi Penulis (Author Bio).
Terma Penerbitan Kami
Kami menggalakkan penyumbang untuk membaca terma penerbitan kami sebelum menghantar artikel untuk diterbitkan.
Dengan menghantar artikel anda di HeloMedik, anda mengesahkan bahawa:
- Artikel yang dihantar adalah karya asli anda dan bukannya disalin daripada mana-mana sumber lain.
- Artikel tersebut masih belum diterbitkan di mana-mana laman web atau blog.
- Anda bersetuju pihak editor HeloMedik boleh mengedit artikel yang dihantar supaya bersesuaian dengan gaya editorial HeloMedik.
- Anda juga mengakui bahawa HeloMedik akan mempertimbangkan hantaran atau artikel anda tetapi mungkin atau mungkin tidak menerbitkannya.
- Anda juga mengakui bahawa pihak HeloMedik mempunyai hak cipta ke atas artikel yang diterbitkan di laman web ini. Penyumbang atau penulis masih mengekalkan hak cipta ke atas karya asal.
Bagaimana untuk Menghantar Artikel Anda?
- Hantar draf akhir artikel anda ,maklumat biografi dan alamat email yang digunakan untuk mencipta akaun gravatar dalam bentuk dokumen Microsoft Words atau google doc ke alamat email berikut: helomedik@gmail.com
- Maklumat biografi anda mestilah ringkas dan padat (tidak melebihi 150 patah perkataan). Pastikan anda meletakkan nama penuh anda. Kami membenarkan anda untuk menyediakan dua pautan berdasarkan pilihan anda. Ia boleh terdiri daripada pautan ke laman web, blog atau media sosial anda.
- Anda diminta untuk mencipta akaun gravatar menggunakan alamat email yang diberikan kepada kami. Ini membolehkan kami mempunyai akses kepada gambar profil anda untuk ruangan biografi penulis (Author Bio). Anda boleh mencipta akaun gravatar di pautan berikut: https://en.gravatar.com/
- Pastikan artikel anda mempunyai tajuk yang unik dan topik yang dihantar berbeza dengan topik yang telah diterbitkan di laman web ini.
Terima kasih kerana mengambil masa membaca garis panduan ini. Kami berterima kasih atas minat anda untuk menerbitkan artikel anda di laman web kami.