Makanan yang tinggi vitamin C amat diperlukan bagi menampung keperluan badan. Ini kerana badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin ini sendiri.
Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik. Vitamin ini ialah vitamin larut air yang diperlukan untuk proses fizikal dan biologi badan.
Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen, iaitu protein yang memberi struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, asid askorbik memainkan peranan penting sebagai satu komponen enzim yang terlibat dalam penggabungan kolagen dan karnitina.
Vitamin C juga ialah salah satu antioksidan yang kuat kerana mempunyai kebolehan untuk mengurang atau memburu radikal bebas atau spesies oksigen yang reaktif. Di samping itu, vitamin C juga boleh menjana semula vitamin E. [1]
Vitamin C juga boleh membantu penyerapan zat besi dan dikatakan dapat mencegah penyakit kronik dan kanser.
Kekurangan vitamin C selalu dikaitkan dengan penyakit anemia (kekurangan darah), jangkitan, gusi berdarah, luka sukar sembuh, skurvi, pendarahan kapilari, degenerasi otot, plak aterosklerotik, dan gangguan neurotik. [2]
Recommended Nutrient Intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin C untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
Kumpulan Usia | RNI (mg/hari) |
Bayi | |
0-5 bulan | 25 |
6-12 bulan | 30 |
Kanak-kanak | |
1-3 tahun | 30 |
4-6 tahun | 30 |
7-9 tahun | 35 |
Remaja Lelaki | |
10-18 tahun | 65 |
Remaja Perempuan | |
10-18 tahun | 65 |
Lelaki Dewasa | |
19-65 tahun | 70 |
> 65 tahun | 70 |
Wanita Dewasa | |
19-65 tahun | 70 |
> 65 tahun | 70 |
Mengandung | 80 |
Penyusuan | 95 |
Berikut ialah senarai 30 makanan yang tinggi vitamin C mengikut turutan (Tee et al, 1997):
1. Buah Jambu Batu
Kandungan vitamin C: 152 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 217% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Jambu Batu
2. Buah Longan
Kandungan vitamin C: 72.1 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 103% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
3. Buah Betik
Kandungan vitamin C: 70.9 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 101% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Betik.
4. Limau Nipis
Kandungan vitamin C: 36.9 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 53% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Limau Nipis
5. Limau Mandarin
Kandungan vitamin C: 28 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 40% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
6. Durian Belanda
Kandungan vitamin C: 26.9 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 38% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Durian Belanda.
7. Buah Mangga
Kandungan vitamin C: 20.5 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 29% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Mangga.
8. Buah Rambutan
Kandungan vitamin C: 18.8 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 27% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Rambutan
9. Buah Pisang
Kandungan vitamin C: 17.3 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 25% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Pisang
10. Buah Nanas
Kandungan vitamin C: 15.2 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 22% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Nanas
11. Buah Nangka
Kandungan vitamin C: 7.9 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 11% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Nangka
12. Buah Pir
Kandungan vitamin C: 7.6 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 11% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
13. Buah Anggur
Kandungan vitamin C: 7.6 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 11% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Anggur
14. Buah Tembikai
Kandungan vitamin C: 5.5 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Tembikai
15. Buah Epal Merah
Kandungan vitamin C: 4.9 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Epal
16. Pucuk Ubi Kayu
Kandungan vitamin C: 192 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 274% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
17. Cekur Manis
Kandungan vitamin C: 136 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 194% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
18. Sayur Kailan
Kandungan vitamin C:107 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 153% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
19. Pucuk Gajus (ulam)
Kandungan vitamin C: 91 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 130% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
20. Sayur Sawi
Kandungan vitamin C: 89 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 127% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
21. Brokoli
Kandungan vitamin C: 85 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 121% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Brokoli
22. Ulam Raja
Kandungan vitamin C: 65 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 93% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
23. Bak Choy
Kandungan vitamin C: 60 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 86% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
24. Sayur Bayam
Kandungan vitamin C: 56.4 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 81% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Sayur Bayam
25. Sayur Kubis
Kandungan vitamin C: 53 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 76% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Sayur Kubis
26. Lobak Merah
Kandungan vitamin C: 53 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 76% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Lobak Merah
27. Sayur Kangkung
Kandungan vitamin C: 48.3 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 69% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
28. Kubis Bunga
Kandungan vitamin C: 42.6 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 61% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Kubis Bunga
29. Salad (lettuce)
Kandungan vitamin C: 27.6 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 39% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
30. Tomato
Kandungan vitamin C: 25.8 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 37% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat tomato
Rumusan
Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan vitamin C. Pucuk ubi kayu, pucuk gajus dan ulam raja antara makanan tradisional yang tanpa disangka mengandungi vitamin C yang tinggi.
Rujukan
- Tee ES, Mohd Ismail N, Mohd Nasir A & Kahtijah I (1997). Nutrient Composition of Malayisan Foods, 4th Edition, Malaysian Food Composition Database Programme, Institute for Medical Research, Kuala Lumpur; 310 p
- Lykkesfeldt, J. et al. (2014). Vitamin C. Advances in nutrition.
- Chambial, S. et al. (2013). Vitamin C in disease prevention and cure: an overview. Indian journal of clinical biochemistry.