Apa itu Anemia?
Anemia ialah keadaan di mana anda kekurangan sel-sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang mencukupi kepada semua tisu badan. Anemia juga turut dirujuk sebagai hemoglobin (hb) rendah dan boleh menyebabkan tanda-tanda seperti keletihan dan lemah.
Penyakit ini boleh menjadi sementara atau berpanjangan dan boleh menjadi ringan atau teruk.
Terdapat beberapa jenis anemia, antaranya adalah:

Tanda-tanda Anemia Bagi Kanak-kanak
Anemia akibat kekurangan zat besi adalah jenis anemia yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Anemia jenis ini boleh berlaku sekiranya diet (pemakanan) kanak-kanak tersebut kurang dengan zat besi.
Antara tanda-tanda dan gejala anemia akibat kekurangan zat besi bagi kanak-kanak adalah:
- Kulit pucat
- Keletihan
- Tangan dan kaki sejuk
- Tumbesaran terbantut
- Tidak mempunyai selera makan
- Pernafasan laju yang tidak normal
- Jangkitan yang kerap
- Masalah tingkah laku
- Mengidam untuk makan bahan bukan berkhasiat, seperti ais, kotoran, cat atau kanji
Tanda-tanda Anemia Bagi Remaja
Remaja terutamanya remaja perempuan adalah 10 kali lebih tinggi berisiko untuk membentuk anemia berbanding remaja lelaki. Hal ini disebabkan oleh remaja perempuan sering kehilangan darah semasa haid.
Anemia akibat kekurangan zat besi juga adalah jenis anemia yang lazim berlaku dalam kalangan remaja yang terjadi akibat daripada pemakanan yang huru-hara.
Tanda-tanda dan gejala anemia bagi remaja adalah:
- Keletihan
- Kelemahan
- Kulit menjadi pucat
- Denyutan jantung laju
- Kerengsaan
- Hilang selera makan
- Pening
Kadang-kadang adalah sukar untuk mengenali tanda-tanda dan gejala tersebut. Kadang-kadang ia tidak disedari. Ia adalah kerana bekalan zat besi dalam badan berkurangan secara perlahan.
Tanda-tanda Anemia Bagi Wanita
Bagi wanita pula, tanda-tanda anemia turut bergantung kepada punca atau jenis anemia tersebut.
Secara umumnya, tanda-tanda dan gejala anemia bagi wanita adalah:
- Keletihan
- Kelemahan
- Kulit menjadi pucat
- Sesak nafas
- Pening
- Sakit dada
- Sakit kepala
- Sejuk tangan dan kaki
Pada mulanya, anemia boleh menjadi sangat ringan sehingga anda tidak menyedarinya. Tetapi tanda-tanda dan gejala boleh menjadi bertambah buruk apabila anemia bertambah teruk.
Tanda-tanda Anemia Bagi Ibu Hamil
Bagi ibu hamil pula, tanda-tanda anemia turut bergantung kepada jenis anemia yang dialami. Antara jenis-jenis anemia yang boleh berlaku semasa kehamilan adalah:
- Anemia kekurangan zat besi
- Anemia kekurangan folat
- Anemia kekurangan vitamin B12
Tanda-tanda dan gejala anemia yang biasanya terjadi semasa kehamilan adalah:
- Kulit, bibir dan kuku menjadi pucat.
- berasa letih dan lemah
- Pening
- Sesak nafas
- Denyutan jantung laju
- Sukar untuk memberi tumpuan
- Mengidam benda atau bahan yang tidak berkhasiat seperti ais, kertas, debu dan lain-lain.
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Walaupun kebanyakan anemia adalah ringan dan boleh diatasi dengan mudah, namun anemia tetap boleh mengancam nyawa. Sekiranya tidak dirawat, anemia boleh menyebabkan kematian.
Sila dapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang teruk seperti:
- Denyutan jantung laju
- Tekanan darah rendah
- Sukar untuk memberikan tumpuan
Rujukan
- Turner J, Parsi M, Badireddy M. Anemia. [Updated 2022 Jan 9]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2022 Jan-. Available from: NCBI
- Warner MJ, Kamran MT. Iron Deficiency Anemia. [Updated 2021 Aug 11]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2022 Jan-. Available from: NCBI
- Mayo Clinic Staff. (2022). Anemia. MayoClinic
- Cleveland Clinic medical professional. (2020). Anemia. Cleveland Clinic