Prostat ialah kelenjar yang menghasilkan cecair air mani. Kelenjar prostat terletak antara pundi kencing dan zakar. Kesihatan prostat harus dijaga dan diberi keutamaan. Di sini, kami sertakan senarai makanan tambahan atau suplemen untuk kesihatan prostat yang boleh anda cuba.
Laporan terkini yang dikeluarkan oleh Institut Kanser Negara menunjukkan, bagi tempoh 2012 hingga 2016, kanser prostat adalah ketiga tertinggi bagi lelaki di Malaysia. Laporan ini turut mendapati terdapat peningkatan kepada kes yang dikesan lewat pada tahap 3 atau 4. Ini akan mengakibatkan kadar survival pesakit rendah.
Selain kanser, terdapat beberapa keadaan atau keradangan yang boleh terjadi pada kelenjar prostat lelaki. Antara masalah kesihatan yang boleh berlaku adalah seperti berikut:
- Prostatitis: Keradangan yang berlaku pada prostat. Kadang-kadang disebabkan oleh jangkitan kuman.
- Prostat membesar: Keadaan ini dipanggil Hiperplasia Prostat Benigna (BPH). Keadaan ini disebabkan oleh pembesaran prostat yang berkaitan usia. Biasanya melibatkan lelaki berumur 50 tahun ke atas.
- Kanser prostat: Kanser yang sering terjadi kepada lelaki bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.
Suplemen atau makanan tambahan bukanlah penyembuh untuk penyakit berkaitan prostat, tetapi boleh membantu mengurangkan simptom-simptom yang terjadi.
Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan makanan atau bahan yang boleh membantu mengurangkan keradangan pada prostat. [1,2,3]
Senarai suplemen untuk kesihatan prostat ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria berikut:
- Mengamalkan perkilangan baik (Good Manufacturing Practice) GMP.
- Produk adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai no. kelulusan iklan ubat.
- Kandungan atau bahan yang digunakan dalam suplemen ini disokong oleh kajian-kajian untuk kesihatan prostat.
- Kualiti bahan yang digunakan dan kandungan bahan tambahan tiruan.
Keberkesanan suplemen adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Bagi suplemen untuk kesihatan prostat, bukti keberkesanannya adalah lemah. Jika anda mempunyai masalah prostat, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum anda mengambil sesuatu suplemen.
Tambahan lagi, harus sentiasa diingat bahawa suplemen ini bukanlah ubat untuk menyembuhkan prostatitis, BPH atau kanser prostat.
Dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami simptom-simptom yang menunjukkan prostat anda mengalami keradangan.
Maklumat Penanda Harga
Sebagai panduan harga kepada anda. Kami meletakkan simbol dollar ($ hingga $$$). Satu $ bermakna harga produk tersebut adalah berpatutan atau mampu milik.
Semakin banyak simbol $ ini, maka bermakna julat harganya semakin meningkat. Julat harga bagi setiap hidangan adalah sekitar RM0.94 hingga RM2.13.
Harga pula berbeza-beza bagi setiap kedai dan anda mungkin dapat membeli pada harga yang lebih murah terutama melalui pembelian secara atas talian (online).
Panduan harga:
- $ = dibawah RM1.00 setiap hidangan.
- $$ = antara RM1.00 – RM 2.00 setiap hidangan.
- $$$ = melebihi RM2.00 setiap hidangan.
Berikut adalah 5 suplemen terbaik untuk kesihatan prostat anda.
1. Blackmores Proseren
Jenama: Blackmores
Harga: $$
No. pendaftaran KKM: MAL20021440TCR
No. Kelulusan Iklan Ubat: KKLIU 0027/2019
Suplemen Blackmores Proseren hanya mengandungi satu bahan aktif yang dikenali sebagai Saw Palmetto.
Saw palmetto ialah herba yang biasa digunakan untuk merawat masalah berkaitan prostat dan saluran kencing.
Kajian tabung uji mendapati ekstrak Saw palmetto ini boleh menhalang tumbesaran sel-sel kanser prostat. [4, 5]
Manakala kajian terhadap haiwan dan manusia pula mendapati Saw palmetto ini mungkin berkesan mengurangkan gejala-gejala berkaitan dengan salur kencing dan keradangan yang berkaitan dengan pembengkakan prostat (BPH). [6,7,8]
Secara umumnya saw palmetto ini adalah selamat tetapi mungkin sesetengah orang akan mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, loya dan sembelit.
Suplemen Blackmores Proseren dikilangkan di fasiliti yang mendapat pensijilan GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Setiap kapsul mengandungi 160 mg ekstrak Saw palmetto. Dicadangkan untuk mengambil 1 kapsul, 2 kali sehari bersama-sama makanan atau mengikut dos yang dicadangkan oleh doktor.
2. Bio-Life Saw Palmetto & Pumpkin Seed
Jenama: Bio-Life
Harga: $$
No. Pendaftaran KKM: MAL20032519TCR
No. Kelulusan Iklan Ubat: KKLIU2404/2018
Suplemen Bio-Life Saw Palmetto & Pumpkin Seed mengandungi 2 bahan aktif iaitu Saw Palmetto dan biji labu (pumpkin seed).
Biji labu yang biasanya dimakan dalam bentuk kuaci ini mempunyai khasiat kepada kesihatan prostat lelaki. Sama ada dalam bentuk biji yang dikeringkan atau minyak, kedua-duanya padat dengan nutrien.
Kajian terhadap 1400 orang lelaki yang menghidap Hiperplasia Prostat Benigna (BPH) mendapati pengambilan biji labu dan Saw palmetto boleh mengurangkan simptom BPH dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. [9]
Kajian lain yang dijalankan terhadap 45 orang lelaki dan wanita dengan masalah pundi kencing terlalu aktif mendapati pengambilan 10g ekstrak biji labu selama 12 minggu boleh mencegah dan merawat gangguan saluran kencing seperti pundi kencing terlebih aktif. [10]
Suplemen Bio-Life Saw Palmetto & Pumpkin Seed turut dikilangkan di fasiliti yang bertaraf GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Setiap tablet mengandungi 250mg ekstrak buah saw palmetto dan 2.5mg ekstrak biji labu. Pengambilan yang disarankan ialah 1 tablet, 3 kali sehari bersama-sama makanan atau mengikut saranan oleh doktor.
3.VitaHealth UT-Ease
Jenama: VitaHealth
Harga: $
No. Pendaftaran KKM: MAL05101793T
No. Kelulusan Iklan Ubat: KKLIU 2312/2020
Suplemen VitaHealth UT-Ease ini mengandungi 5 ramuan aktif iaitu ekstrak buah kranberi, ekstrak Saw palmetto, ekstrak kulit Pygeum, ekstrak tomato dan ekstrak Uva ursi.
Kranberi bersifat antiradang dan mempunyai kebaikan terhadap saluran kencing dan prostat lelaki.
Beberapa kajian yang dijalankan mendapati kranberi adalah selamat dan berkesan untuk merawat masalah atau jangkitan saluran kencing dan pembesaran prostat (BPH). [11,12]
Kulit Pygeum ialah kulit pokok ceri Afrika. Kajian tabung uji dan terhadap manusia mendapati ekstrak Pygeum ini boleh merawat prostatitis dan mencegah kanser prostat. [13,14,15]
Tomato adalah salah satu makanan yang baik untuk prostat kerana kandungan antioksidan yang dikenali sebagai likopena.
Kajian klinikal mendapati pengambilan 30mg likopena sehari boleh membunuh sel-sel kanser prostat. [16]
Uva ursi pula adalah tumbuhan yang turut dikenali sebagai Bearberry turut mempunyai kebaikan terhadap saluran kencing. Kajian yang terhad ada melaporkan bahawa Uva ursi ini boleh digunakan untuk merawat jangkitan pada salur kencing dan keradangan pundi kencing yang berulang dalam kalangan wanita. [17]
Walau bagaimanapun, Uva-ursi tidak sesuai diambil pada satu jangka masa yang lama kerana risiko karsinogenik oleh bahan aktifnya yang dikenali sebagai hidrokuinon.
Setiap kapsul mengandungi ekstrak kranberi (125mg), Saw palmetto (125mg), kulit Pygeum (50 mg), tomato (75mg) dan Uva ursi (75mg).
Pengambilannya yang disarankan ialah 1 kapsul, 3 kali sehari selepas makan atau mengikut saranan doktor atau ahli farmasi.
4. Stay-well ProstaGARD
Jenama: Live-well
Harga: $$
No. Pendaftaran KKM: MAL04091713TR
No. Kelulusan Iklan Ubat: KKLIU 0487/2018
Suplemen Stay-well ProstaGARD ini mengandungi 5 ramuan aktif iaitu Saw palmetto, minyak biji labu, Stinging Nettle, Pygeum dan Tomato.
Stinging nettle adalah tumbuhan herba yang digunakan sejak dulu lagi. Kajian-kajian klinikal menunjukkan ekstak stingging nettle boleh membantu merawat masalah kencing bagi penghidap BPH. [18,19]
Suplemen ini dikilangkan di fasiliti yang mendapat pensijilan GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Setiap gel lembut mengandungi Saw palmetto (160mg), ekstrak minyak biji labu (100mg), Stinging nettle (25mg), ekstrak Phygeum (10mg) dan ekstrak tomato (150 mg).
Disarankan untuk mengambil 1-2 gel lembut setiap hari selepas makan.
5. GNC HERBAL PLUS Saw Palmetto
Jenama: GNC Live Well
Harga: $$$
No. Pendaftaran KKM: MAL04050531T
No. Kelulusan Iklan Ubat: KKLIU 2440/2017
Suplemen GNC HERBAL PLUS Saw Palmetto mengandungi 1 ramuan aktif iaitu ekstrak Saw palmetto.
Saw palmetto mengandungi sterol tumbuhan yang dikenali sebagai beta-sitosterol.
Kajian terhadap beta-sitosterol mendapati sebatian ini memainkan peranan dalam kesihatan prostat kerana sifat antioksidan dan antiradangnya. [20]
Kajian terhadap manusia pula mendapati beta-sitosterol boleh mengurangkan simptom saluran kencing berkaitan dengan pembesaran prostat (BPH). [21]
Suplemen ini dihasilkan mengikut amalan perkilangan baik (GMP) dan melalui 150 pemeriksaan kualiti serta berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Setiap kapsul suplemen ini mengandungi 160mg ekstrak Saw palmetto. Disarankan untuk mengambil 1 kapsul, 2 kali sehari sekali ketika waktu makan.
Panduan Pemilihan Suplemen
Apabila membeli sesuatu produk pelengkap atau suplemen, beberapa tips yang boleh dijadikan sebagai panduan adalah:
- Lihat sama ada produk itu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak.
- Semak sekiranya produk tersebut dikilangkan di fasiliti yang mempunyai sijil amalan perkilangan baik (GMP).
- Semak sama ada produk tersebut mengandungi bahan tiruan atau tidak.
- Bagi orang Islam, semak sama ada suplemen tersebut memiliki sijil halal atau bebas daripada kandungan babi – terutamanya yang melibatkan gelatin.
Rumusan
Masalah kesihatan prostat sememangnya akan mengurangkan kualiti hidup seorang lelaki. Mana tidaknya, ia boleh mendatangkan kesakitan semasa membuang air kecil dan hubungan seks.
Walaupun masih memerlukan banyak lagi kajian, penggunaan suplemen untuk kesihatan prostat ini boleh membantu mengurangkan keradangan yang berlaku.
Namun, harus diingat juga bahawa pengambilan suplemen yang tinggi kandungan vitamin E, zink dan selenium boleh meningkatkan risiko kanser prostat.
Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan suplemen yang bersesuaian untuk anda.
Rujukan
- Ju, X. B., et al. (2015). Efficacy and safety of Saw Palmetto Extract Capsules in the treatment of benign prostatic hyperplasia. National journal of andrology.
- Lomenick, B., et al. (2015). Identification and characterization of β-sitosterol target proteins. Bioorganic & medicinal chemistry letters.
- Ghorbanibirgani, A., et al. (2013). The efficacy of stinging nettle (urtica dioica) in patients with benign prostatic hyperplasia: a randomized double-blind study in 100 patients. Iranian Red Crescent medical journal.
- Goldmann, W. H., et al. (2001). Saw palmetto berry extract inhibits cell growth and Cox-2 expression in prostatic cancer cells. Cell biology international.
- Yang, Y., et al. (2007). Saw Palmetto induces growth arrest and apoptosis of androgen-dependent prostate cancer LNCaP cells via inactivation of STAT 3 and androgen receptor signaling. International journal of oncology.
- Shi, R., et al. (2008). Effect of saw palmetto soft gel capsule on lower urinary tract symptoms associated with benign prostatic hyperplasia: a randomized trial in Shanghai, China. The Journal of urology.
- Gerber, G. S., et al. (2001). Randomized, double-blind, placebo-controlled trial of saw palmetto in men with lower urinary tract symptoms. Urology.
- Bernichtein, S., Pigat, et al. (2015). Anti-inflammatory properties of Lipidosterolic extract of Serenoa repens (Permixon®) in a mouse model of prostate hyperplasia. The Prostate.
- Hong, H., et al. (2009). Effects of pumpkin seed oil and saw palmetto oil in Korean men with symptomatic benign prostatic hyperplasia. Nutrition research and practice.
- Nishimura, M., et al. (2014). Pumpkin Seed Oil Extracted From Cucurbita maxima Improves Urinary Disorder in Human Overactive Bladder. Journal of traditional and complementary medicine.
- Vidlar, A., et al. (2016). Cranberry fruit powder (Flowens™) improves lower urinary tract symptoms in men: a double-blind, randomized, placebo-controlled study. World journal of urology.
- Ledda, A., et al. (2016). Supplementation with high titer cranberry extract (Anthocran®) for the prevention of recurrent urinary tract infections in elderly men suffering from moderate prostatic hyperplasia: a pilot study. European review for medical and pharmacological sciences.
- Stamatiou, K., & Moschouris, H. (2014). A prospective interventional study in chronic prostatitis with emphasis to clinical features. Urology journal .
- Larré, S., et al. (2012). Biological effect of human serum collected before and after oral intake of Pygeum africanum on various benign prostate cell cultures. Asian journal of andrology.
- Santa María Margalef, et al. (2003). [Antimitogenic effect of Pygeum africanum extracts on human prostatic cancer cell lines and explants from benign prostatic hyperplasia]. Archivos espanoles de urologia.
- Livingstone, T. L., et al. (2019). Plant Bioactives and the Prevention of Prostate Cancer: Evidence from Human Studies. Nutrients.
- Yarnell E. (2002). Botanical medicines for the urinary tract. World journal of urology.
- Lopatkin, N., et al.(2007). Efficacy and safety of a combination of Sabal and Urtica extract in lower urinary tract symptoms–long-term follow-up of a placebo-controlled, double-blind, multicenter trial. International urology and nephrology.
- Safarinejad M. R. (2005). Urtica dioica for treatment of benign prostatic hyperplasia: a prospective, randomized, double-blind, placebo-controlled, crossover study. Journal of herbal pharmacotherapy.
- Lomenick, B., et al. (2015). Identification and characterization of β-sitosterol target proteins. Bioorganic & medicinal chemistry letters.
- Sudeep, H. V., et al. (2020). A double blind, placebo-controlled randomized comparative study on the efficacy of phytosterol-enriched and conventional saw palmetto oil in mitigating benign prostate hyperplasia and androgen deficiency. BMC urology.