Sakit lutut atau sakit sendi lutut adalah salah satu gejala kepada sakit sendi atau artritis. Artritis adalah keadaan dimana sendi-sendi badan mengalami bengkak dan sakit. Terdapat suplemen untuk sakit lutut atau sakit sendi lutut yang boleh membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Osteoartritis dan artritis reumatoid adalah dua jenis artritis yang paling lazim berlaku. Osteoartritis ialah keadaan dimana rawan pada sendi telah haus. Manakala. reumatoid artritis pula ialah penyakit autoimun yang menyebabkan sistem imun menyerang sendi bermula dengan lapisan sendi.
Bahan-bahan yang Boleh Merawat Sakit Lutut
Sakit lutut selalunya disebabkan oleh osteoartritis di mana rawan pada sendi tersebut telah haus akibat peningkatan usia atau haus dan lusuh (wear and tear).
Terdapat beberapa bahan yang telah terbukti boleh membantu mengurangkan gejala-gejala sakit lutut seperti mengurangkan keradangan, melegakan kesakitan, dan lain-lain lagi.
Kurkumin
Kurkumin adalah sebatian utama yang terkandung dalam kunyit. Kurkumin ini boleh membantu mencegah keradangan.
Kajian klinikal terhadap 70 orang pesakit osteoartritis mendapati ekstrak kunyit lebih berkesan dalam mengurangkan sakit sendi lutut berbanding plasebo. [1]
Walau bagaimanapun, suplemen kurkumin boleh menyebabkan darah cair. Mereka yang mengambil ubat pencair darah harus berbincang dengan doktor sebelum mengambil suplemen kurkumin.
Kolagen
Kolagen adalah protein semula jadi yang terdapat dalam tisu badan yang menyokong sendi, tendon, tulang, ligamen dan kulit.
Kajian mendapati suplemen kolagen boleh membantu sakit sendi dengan mengurangkan gejala-gejala sakit sendi (osteoartritis). [2]
Glukosamina
Glukosamina ialah sebahagian struktur rawan yang menjadi kusyen kepada sendi. Glukosamina ini dihasilkan secara semula jadi oleh badan.
Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan glukosamina sebanyak 1,500 mg sehari berkesan dalam merawat gejala-gejala sakit sendi lutut. [3]
Kondroitin
Kondroitin adalah sumber yang boleh diperolehi daripada haiwan seperti rawan anak lembu atau jerung, atau boleh dihasilkan di dalam makmal.
Satu analisis yang melibatkan 26 kajian mendapati kondroitin yang diambil secara makan adalah lebih berkesan berbanding plasebo dalam membantu melegakan kesakitan dalam kalangan pesakit osteoartritis. [4]
Asid hialuronik
Asid hialuronik ialah asid yang wujud secara semula jadi dalam badan manusia. Asid ini berbentuk seperti gel yang melicinkan sendi, membantu pertumbuhan tulang dan rawan dan mengurangkan keradangan.
Kajian menunjukkan pengambilan suplemen asid hialuronik boleh membantu pesakit osteoartritis dengan sakit lutut yang ringan. [5]
Avocado-Soybean Unsaponifiable (ASU)
Avocado soybean unsaponifiable (ASU) ialah ekstrak sayur-sayuran yang dihasilkan daripada minyak avokado dan kacang soya.
ASU boleh mengurangkan kesakitan dan menambah baik fungsi sendi yang seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada analgesik. [6]
Methylsulfonylmethane
Methylsulfonylmethane (MSM) sering digunakan untuk mengurangkan keradangan.
Satu kajian yang melibatkan pesakit sakit sendi lutut mendapati pesakit yang mengambil MSM selama 12 minggu menunjukkan penambahbaikan dari segi fungsi fizikal dan kesakitan. [7]
Suplemen untuk Sakit Lutut
Terdapat beberapa produk suplemen yang boleh didapati secara belian kaunter atau atas talian seperti:
1. Blackmores Glucosamine 1500 Tablet
Jenama: Blackmores
No. pendaftaran KKM: MAL08091399XCR
Bentuk: Tablet
Dos: 1,500 mg
Kuantiti: 30 tablet
Maklumat lanjut mengenai produk ini adalah seperti berikut:
- Mempunyai sijil halal badan yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.
- Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Mengandungi glukosamina sulfat sebanyak 1500 mg yang berasal daripada makanan laut.
- Tidak mengandungi yis, gluten, gandum, produk tenusu, pengawet, pemanis dan perisa tiruan.
- Tidak disarankan kepada mereka yang mempunyai alahan makanan laut.
2. Kordel’s Glucosamine + Chondroitin + MSM Effervescent Tablets
Jenama: Kordel’s
No. pendaftaran KKM: MAL15045073XC
Bentuk: Tablet berbuih
Dos: 750mg + 600mg + 300mg
Kuantiti: 60 tablet
Maklumat lanjut mengenai produk ini adalah seperti berikut:
- Berdaftar dengan KKM.
- Tidak memiliki sijil halal JAKIM.
- Mengandungi glukosamina (750mg) , kondroitin (600mg) dan MSM (300mg).
- Mempunyai perisa lemon.
- Tidak disarankan kepada mereka yang mempunyai alahan makanan laut.
3. BiO-LiFE Glucosamine 500mg with Chondroitin Sulfate 400mg Tablet
Jenama: BiO-LiFE
No. pendaftaran KKM: MAL20112132XR
Bentuk: Tablet
Dos: 500mg + 400mg
Kuantiti: 90 tablet / 90×2 tablet
Maklumat lanjut mengenai produk ini adalah seperti berikut:
- Berdaftar dengan KKM.
- Mempunyai sijil halal JAKIM.
- Mengandungi glukosamina (500mg) dan kondroitin (400mg) yang diperolehi daripada makanan laut dan lembu.
- Tidak disarankan kepada mereka yang mempunyai alahan makanan laut.
4. OSTEOACTIV 3-in-1 Joint Formula Powder
Jenama: OsteoActiv
No. pendaftaran KKM: MAL13055070X
Bentuk: Serbuk
Dos: 1,000mg + 1,000mg+ 880mg
Kuantiti: 30 sachet
Maklumat lanjut mengenai produk ini adalah seperti berikut:
- Berdaftar dengan KKM.
- Mempunyai sijil halal JAKIM.
- Mengandungi glukosamina (1,000mg), MSM (1,000mg) dan kondroitin (880mg) daripada sumber makanan laut dan lembu.
- Bebas gula tambahan.
- Tidak disarankan kepada mereka yang mempunyai alahan makanan laut.
5. Appeton Essentials Glucosamine 500 + Chondroitin 400 Tablet
Jenama: Appeton
No. pendaftaran KKM: MAL12015005X
Bentuk: Tablet
Dos: 500mg + 400mg
Kuantiti: 60 atau 90 Tablet
Maklumat lanjut mengenai produk ini adalah seperti berikut:
- Berdaftar dengan KKM.
- Mempunyai sijil halal JAKIM.
- Mengandungi glukosamina (500mg) dan kondroitin (400mg).
- Tidak mengandungi gula tambahan, yis, produk tenusu, gandum, gluten, pewarna atau pengawet tiruan.
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai osteoartritis ringan hingga sederhana.
Bagi anda yang mempunyai alahan makanan laut sila baca atau mendapatkan nasihat ahli farmasi terlebih dahulu sebelum menggunakan produk-produk suplemen ini.
Tambahan itu juga, sekiranya anda mengambil ubat pencair darah, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen untuk sakit sendi tersebut bagi menggelakkan kesan sampingan atau kesan advers.
Senarai suplemen sakit lutut ini diharap boleh membantu anda membuat pilihan terhadap suplemen terbaik untuk sakit lutut anda.
Rujukan
- Wang, Z. et al. (2020). Effectiveness of Curcuma longa Extract for the Treatment of Symptoms and Effusion-Synovitis of Knee Osteoarthritis : A Randomized Trial. Annals of internal medicine.
- García-Coronado, J. M. et al. (2019). Effect of collagen supplementation on osteoarthritis symptoms: a meta-analysis of randomized placebo-controlled trials. International orthopaedics.
- Herrero-Beaumont, G. et al. (2007). Glucosamine sulfate in the treatment of knee osteoarthritis symptoms: A randomized, double-blind, placebo-controlled study using acetaminophen as a side comparator. Arthritis & Rheumatism.
- Zhu, X. et al. (2018). Effectiveness and safety of glucosamine and chondroitin for the treatment of osteoarthritis: a meta-analysis of randomized controlled trials. Journal of orthopaedic surgery and research.
- Oe, M. et al. (2016). Oral hyaluronan relieves knee pain: a review. Nutrition journal.
- Christiansen, B. A. et al. (2015). Management of Osteoarthritis with Avocado/Soybean Unsaponifiables. Cartilage.
- Debbi, E. M. et al. (2011). Efficacy of methylsulfonylmethane supplementation on osteoarthritis of the knee: a randomized controlled study. BMC complementary and alternative medicine.