Sebelum kita melihat suplemen probiotik terbaik untuk dewasa di Malaysia ini, pengguna harus memahami terlebih dahulu tentang probiotik dan fungsinya.
Probiotik adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada “bakteria baik” dalam usus manusia. Mikroorganisma hidup ini mempunyai pelbagai peranan atau fungsi untuk kesihatan sistem penghadaman secara khususnya atau kesihatan badan secara amnya.
Pengambilan probiotik tidak kira dalam bentuk makanan atau makanan tambahan (suplemen) boleh meningkatkan jumlah bakteria baik ini dalam usus manusia.
Usus manusia mengandungi lebih 500 spesies bakteria yang jumlahnya mencapai berbilion banyaknya. [1]
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa probiotik boleh mendatangkan kesan yang baik kepada kesihatan manusia. Contohnya seperti:
- Membantu melegakan sembelit
- Membantu mencegah cirit-birit
- Membantu menambah baik simptom-simptom sindrom usus iritabel (IBS)
- Membantu mengurangkan berat badan
- Baik untuk kesihatan otak
- Baik untuk kesihatan jantung
- Boleh menguatkan sistem imun
Probiotik biasanya dikira dalam bentuk “colony-forming units” (CFU).
Apa yang Perlu Diberi Perhatian oleh Pengguna Sebelum Membeli Produk Suplemen Probiotik Terbaik
Strain dan CFU
Apabila membeli suplemen probiotik, pengguna harus melihat kepada strain atau spesies yang sesuai dengan keperluan kesihatan. Lihat kepada produk yang dinyatakan mengandungi kultur bakteria yang hidup dan aktif.
Untuk kesihatan umum, pilih probiotik yang terdiri daripada pelbagai strain. Antara strain probiotik yang paling lazim adalah Lactobacillus dan Bifidobacterium.
Kemudian, lihat kepada dos iaitu jumlah CFU bagi setiap hidangan.
Penyimpanan
Sesetengah probiotik memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk. Oleh itu, pastikan anda melihat pada label produk suplemen yang ingin dibeli sama ada ia memerlukan penyimpanan di dalam peti sejuk atau tidak. Bagi anda yang banyak melakukan perjalanan, pilih produk yang tidak memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk.
Kualiti
Pilih produk probiotik daripada jenama yang mempunyai penarafan amalan pengilangan baik (GMP) atau penilaian oleh pihak ketiga yang mengesahkan akan kualiti keluaran jenama tersebut.
Dos
Probiotik tidak mempunyai panduan dari segi cadangan pengambilan harian seperti kebanyakan vitamin dan mineral yang lain.
Suplemen probiotik yang dijual lazimnya mempunyai dos pada julat 1 hingga 10 bilion CFU bagi setiap hidangan. Ada juga yang mencecah 50 bilion CFU.
Menurut National Institutes of Health (NIH), dos yang tinggi tidak semestinya meningkatkan keberkesanan probiotik tersebut atau lebih menyihatkan. [2]
Bagaimana Kami Memilih Produk Suplemen?
Pihak kami memilih sesuatu produk suplemen berdasarkan beberapa kriteria berikut:
- Mengamalkan perkilangan baik (Good Manufacturing Practice) GMP atau penarafan lain.
- Produk adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Kualiti bahan yang digunakan dan tiada kandungan bahan tambahan tiruan.
- Tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan alahan atau alergi.
Senarai Suplemen Probiotik Terbaik
Berikut adalah suplemen probiotik terbaik untuk dewasa:
1. PureMed Symplus Capsule
Jenama: PureMed
No. Pendaftaran KKM: MAL16125052NCR
Bentuk: Kapsul
RRP: RM 205.00
Dos: 15 bilion CFU / hidangan
Kelebihan
- Mengandungi 18 strain bakteria (probiotik).
- Baik untuk penghadaman makanan dan kesihatan usus.
- Baik untuk penghidap gangguan penghadaman.
- Bebas alahan (bagi alahan tenusu)
Kekurangan
- Disarankan disimpan di dalam peti sejuk setelah dibuka.
Produk probiotik PureMed Symplus ini mempunyai 18 strain bakteria baik terdiri daripada spesies Lactobacillus, Bifidobacterium, dan Streptococcus. Strain-strain bakteria ini mendapat pengiktirafan GRAS (Generally Recognized as Safe) oleh U.S Food & Drug (FDA).
Produk PureMed Symplus ini dikilangkan di UAS Laboratories yang terletak di Wisconsin, Amerika Syarikat yang memiliki penarafan GMP.
Produk ini juga boleh didapati secara atas talian pada harga yang berpatutan.
2. Bio-Life Imunix Probiotics
Jenama: Bio-Life
No. Pendaftaran KKM: MAL19056051NCR
Bentuk: Kapsul
RRP: ~RM 76.00
Dos: 3 bilion CFU / hidangan
Kelebihan
- Mengandungi 2 strain bakteria (probiotik).
- Meningkatkan kesihatan secara umumnya.
- Membaik pulih kandungan bakteria baik dalam usus selepas rawatan antibiotik yang boleh membunuh bakteria baik.
- Untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
- Bebas alahan.
Kekurangan
- Perlu diambil dengan makanan.
Produk Bio-Life Imunix Probiotics ini mengandungi 2 strain bakteria dari jenis Lactobacillus acidophilus dan Bifidobacterium lactis.
Produk Bio-Life Imunix ini dikilangkan di kilang yang mempunyai amalan pengilangan baik (GMP). Produk probiotik ini juga bebas daripada kandungan yis, gandum, kanji, gluten, pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
Produk ini juga boleh didapati secara atas talian pada harga yang berpatutan.
3. GKB G-Pro Probiotics
Jenama: GK Bio International (GKB)
No. Pendaftaran KKM: MAL19076106N
Bentuk: Kapsul
RRP: RM89.90
Dos: 50 bilion CFU / hidangan
Kelebihan
- Sesuai untuk perut yang sensitif.
- Mengandungi 8 strain bakteria (probiotik).
- Sesuai untuk mereka yang mengalami sembelit, IBS, ulser dalam usus atau kolitis ulseratif.
Kekurangan
- Tidak dinyatakan jaminan sama ada jumlah CFU akan kekal apabila setelah berada dalam pasaran.
Produk GKB G-Pro Probiotics ini mengandungi 8 strain bakteria dari spesies Lactobacillus dan Bifidobacterium.
Produk ini dikilangkan dikilang Excel Herbal Industries Sdn Bhd yang memiliki sijil amalan pengilangan baik (GMP) dan sijil Food Safety Management System ISO 22000:2005.
Produk ini juga mempunyai dos yang agak tinggi bagi setiap hidangan.
Produk ini juga boleh didapati secara atas talian pada harga yang berpatutan.
4. Enterogermina Oral Suspension Liquid Probiotic 5ml
Jenama: Sanofi
No. Pendaftaran KKM: MAL12085088X
Bentuk: Bebuli/Cecair
RRP: RM 78.87
Dos: 2 bilion CFU / hidangan
Kelebihan
- Bebas laktosa, gluten dan gula
- Bakteria dalam bentuk spora yang tahan kepada asid perut.
- Sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa.
- Bakteria yang digunakan tahan terhadap antibiotik.
Kekurangan
- Mesti digunakan segera setelah bebulinya dibuka
Produk Enterogermina ini mengandungi bakteria Poly-antibiotic resistant Bacillus clausii dalam bentuk spora. Enterogermina ini sesuai untuk pencegahan dan rawatan gangguan usus dan memulihkan koloni bakteria yang terjejas akibat penggunaan antibiotik dan kemoterapi.
Produk probiotik ini dikilangkan oleh Sanofi S.p.A yang terletak di Itali yang telah lama bertapak dalam industri farmaseutikal dan mempunyai fasiliti R&D sendiri.
Produk ini juga boleh didapati secara atas talian pada harga yang berpatutan.
5. LACTO-5
Jenama: Total Health Concept
No. Pendaftaran KKM: MAL09072807XC
Bentuk: Kapsul
RRP: ~RM 57.00 bagi 30 kapsul
Dos: 10 bilion CFU / hidangan
Kelebihan
- Mengandungi 5 strain bakteria (probiotik) tempatan.
- Tidak perlu dimasukkan dalam peti sejuk.
- Baik untuk menguatkan sistem imun, merawat sembelit dan penghadaman.
- Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
- Bakteria dalam bentuk spora yang tahan kepada asid perut.
- Bebas alergen.
Produk probiotik LACTO-5 ini mengandungi 5 strain bakteria daripada spesies Lactobacillus, Bacillus, Bifidobacterium dan Streptococcus. Bakteria-bakteria ini dikatakan diterbitkan daripada sumber tempatan yang bermakna probiotik ini akan bekerja dengan lebih baik dalam usus dan menyesuaikan diri dengan diet tempatan dengan lebih baik.
Produk probiotik ini dikilangkan di kilang yang mengamalkan amalan pengilangan baik (GMP). LACTO-5 ini juga bebas daripada bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
Produk ini juga boleh didapati secara atas talian pada harga yang berpatutan.
Info ringkas
Probiotik memerlukan prebiotik iaitu makanan kepada komuniti bakteria baik ini untuk terus berkembang biak. Prebiotik boleh didapati dalam diet harian seperti pisang, asparagus, bawang putih atau barli.
Rujukan
- Canny, G.O. & McCormick, B.A. (2020). Bacteria in the Intestine, Helpful Residents or Enemies from Within? ASM Journals.
- NIH. (2020). Probiotics.