8 kes keracunan makanan dipercayai akibat memakan kupang telah dilaporkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid, “2 individu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital daerah setelah mereka mengalami lumpuh.”
“Manakala, 5 lagi telah dimasukkan ke wad untuk rawatan dan satu individu telah diberikan rawatan pesakit luar,” tambah beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa kelapan-lapan individu tersebut adalah daripada keluarga yang berbeza dan telah memakan kupang yang dibeli daripada dua pasar di daerah tersebut.
Individu-individu tersebut mula mengalami sakit kepala, kebas di tangan dan kaki serta lemah otot.
Jabatan Kesihatan dan Perikanan telah menjalankan penyiasatan dengan mengambil sampel kupang tersebut untuk dijalankan analisis.
“Kami juga telah menghubungi fasiliti kesihatan yang lain sekiranya mereka ada menerima kes berkaitan keracunan makanan akibat memakan kupang atau haiwan bercengkerang yang lain,” menurut beliau.
Dr. Harlina turut menasihatkan orang awam yang mengalami gejala-gejala yang sama selepas memakan kupang atau haiwan bercengkerang yang lain untuk terus mendapatkan rawatan segera
—The Star Online.