Peti pertolongan cemas merupakan kit perkakasan rawatan kecemasan yang sepatut dimiliki oleh setiap keluarga. Kandungan dalam peti pertolongan cemas sangat berguna semasa berlaku kecederaan ringan atau digunakan sebagai rawatan awal sebelum mendapatkan rawatan perubatan di hospital atau klinik.
Peti pertolongan cemas ini sesuai diletakkan di rumah, dalam kenderaan dan juga pejabat (tempat kerja). Pastikan kedudukan peti mudah untuk diakses dan tidak dihalang oleh sebarang objek yang menyukarkan penggunaannya.
Peti pertolongan cemas ini lazimnya boleh dibeli dengan kandungan yang lengkap di farmasi-farmasi, kedai ubat atau secara atas talian. Tetapi, anda juga boleh menyediakan peti pertolongan cemas anda sendiri dengan membeli kelengkapan atau kandungan yang diperlukan.
Berikut adalah kelengkapan atau kandungan peti pertolongan cemas yang perlu ada mengikut saranan Bulan Sabit Merah:
1. Absorbent Compress Dressing
- Kuantiti: 2 unit
- Saiz: 5 x 9 inci
- Keterangan tambahan: Turut dikenali sebagai Trauma Pad.
2. Pembalut Lekat (Adhesive Bandages)
- Kuantiti: 25 unit
- Saiz: Pelbagai saiz
- Keterangan tambahan: Turut dikenali sebagai plaster.
3. Pita Pelekat Kain (Adhesive Cloth Tape)
- Kuantiti: 1 gulung
- Saiz: 9 meter x 25 mm
4. Pad Kasa Steril (Sterile Gauze Pad)
- Kuantiti: 10 unit
- Saiz: 4 x 4 inci (5 unit)
- Saiz: 3 x 3 inci (5 unit)
5. Pembalut Segi Tiga (Triangular Bandage)
- Kuantiti: 2 unit
- Keterangan tambahan: Turut dikenali sebagai kain anduh.
6. Paket Salap Antibiotik (Antibiotic Ointment Packet)
- Kuantiti: 5 paket
- Keterangan tambahan: Ubat antibiotik sapuan.
7. Paket Pengelap Antiseptik (Antiseptik Wipe Packet)
- Kuantiti: 5 paket
- Keterangan tambahan: Pengelap berbentuk tuala kecil yang mengandungi antiseptik yang boleh membantu mencegah jangkitan.
8. Pembalut (Bandage)
- Kuantiti: 1 gulung
- Keterangan tambahan: Pembalut kain kasa yang digunakan untuk membalut luka.
9. Paracetamol atau Aspirin
- Kuantiti: 1 papan
- Keterangan tambahan: Ubat antiradang bukan steroid (NSAID) yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan, keradangan dan demam.
10. Salap Hidrokortison (Hydrocortisone Ointment)
- Kuantiti: 1 unit
- Berat: 15 gram
- Bentuk: Krim atau salap
- Keterangan tambahan: Digunakan untuk merawat bengkak, ruam, alahan kulit, gigitan seranga, gatal-gatal dan iritasi pada kulit.
11. Sarung Tangan Bukan Getah
- Kuantiti: 2 pasang
- Saiz: L (large)
12. Pelindung Muka (Face Shield)
- Kuantiti: 1 unit
- Keterangan tambahan: Pelindungan muka ini digunakan semasa melakukan CPR. Dapatkan pelindung muka yang mengandungi penghalang pernafasan injap sehala yang membantu mencegah penularan penyakit dengan menghalang sentuhan terus dengan mulut pesakit.
13. Penyepit Kecil (Tweezer)
- Kuantiti: 1 unit
14. Gunting
- Kuantiti: 1 unit
- Saiz: Kecil
Langkah-langkah Penjagaan
Beberapa langkah penjagaan juga harus diambil berat oleh pemilik peti ini, antaranya adalah:
- Sentiasa memeriksa tarikh luput ubat-ubatan dan gantikan dengan yang baru sekiranya telah tamat tempoh.
- Memasukkan ubat-ubatan peribadi yang diperlukan oleh anda atau ahli keluarga.
- Memasukkan nombor telefon kecemasan.
- Memeriksa peti ini secara berkala.
Rujukan
- American Red Cross. Make a First Aid Kit