Sebelum anda mengetahui mengenai jenama minyak ikan terbaik di Malaysia, sedikit maklumat untuk anda mengenai apa itu minyak ikan, jenis dan peranan minyak ikan kepada kesihatan anda.
Minyak ikan atau turut dikenali sebagai asid lemak Omega-3 adalah sejenis lemak politaktepu yang mempunyai pelbagai peranan terhadap badan seperti membekalkan tenaga, terlibat dalam fungsi jantung, saluran darah, paru-paru dan sistem imun.
Terdapat 3 jenis asid lemak Omega-3 iaitu:
- Asid eikosapentaenoik (EPA)
- Asid dokosaheksaenoik (DHA)
- Asid linolenik alfa (ALA)
EPA dan DHA boleh dijumpai dalam ikan terutamanya ikan berlemak dan secara biloginya adalah bentuk asid lemak Omega-3 yang aktif. Manakala, ALA pula boleh dijumpai dalam tumbuh-tumbuhan termasuklah sayur. ALA akan ditukarkan kepada EPA dan DHA di dalam badan sebelum digunakan. [1]
Bagi anda yang kurang memakan ikan, pengambilan suplemen minyak ikan boleh dikatakan cara pantas untuk mendapatkan asid lemak Omega-3.
Bagaimana untuk Memilih Suplemen Minyak Ikan?
Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pengguna semasa memeilih jenama atau produk suplemen minyak ikan adalah:
- Kualiti suplemen: Adalah penting untuk pengguna menyemak terlebih dahulu bahan-bahan yang digunakan. Elakkan daripada suplemen yang mengandungi bahan tiruan. Pilih produk yang memiliki sijil Kementerian Kesihatan Malaysia, Therapeutic Goods Association (TGA), International Fish Oil Standards (IFOS), amalan pengilangan baik (GMP) dan sijil halal JAKIM.
- Dos: Lihat kepada dos yang dinyatakan termasuklah jumlah EPA dan DHA.
- Sumber minyak ikan: Sekiranya dinyatakan, pilihlah minyak ikan yang dihasilkan daripada sumber ikan yang kecil seperti ikan sardin atau ikan bilis yang cenderung mempunyai paras merkuri yang rendah.
- Jenis suplemen: Biasanya, suplemen minyak ikan dijual dalam bentuk softgel, cecair atau gummies. Pilihlah mengikut keselesaan anda.
Senarai Jenama Minyak Ikan Terbaik Di Malaysia
1. StemLabs Omega 3 Fish Oil 1000mg Soft Gel Capsule
Jenama: StemLabs
No. pendaftaran KKM: MAL15075029NCR
Bentuk: Soft Gel (Kapsul)
Dos: 1,000 mg
RRP: RM 78.00 (RRP: Recommended retail price)
Kuantiti: 400 kapsul
Kelebihan
- Mempunyai sijil halal JAKIM
- Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Pengilang mempunyai sijil GMP, TGA dan HACCP
- Harga lebih murah
Kekurangan
- Dos EPA dan DHA agak rendah.
Produk minyak ikan (Omega-3) dari jenama StemLabs ini mengandungi 1,000 mg minyak ikan bersamaan dengan 180mg EPA dan 120mg DHA daripada sumber ikan sardin, mackerel dan ikan bilis.
Produk StemLabs Omega-3 Fish Oil ini mempunyai beberapa pilihan dari segi kuantitinya seperti 360 kapsul, 200 kapsul, 100 kapsul atau 50 kapsul.
Ia dikilangkan oleh Alpha Laboratories (NZ) Ltd yang berpengkalan di Auckland, New Zealand. Pengilang ini mempunyai beberapa sijil perakuan kualiti seperti GMP, TGA dan HACCP.
Setiap kapsul minyak ikan ini terdiri daripada soft gel yang diperbuat daripada gelatin bovin (lembu).
2. PRISTIN Omega-3 Fish Oil
Jenama: Pristin
No. pendaftaran KKM: MAL10070610XCRS
Bentuk: Kapsul
Dos: 1,200 mg
RRP: ~RM125.00
Kuantiti: 150 kapsul
Kelebihan
- Dos EPA dan DHA yang tinggi
- Berdaftar dengan Kementarian Kesihatan Malaysia
- Bebas GMO
- Mempunyai sijil halal JAKIM
- Mempunyai tempoh simpan yang lama (3 tahun)
- Mengandungi vitamin E
Kekurangan
- Agak mahal
Produk PRISTIN Omega-3 Fish Oil disenaraikan sebagai jenama minyak ikan kedua terbaik di Malaysia. Produk minyak ikan ini mengandungi 1,200 mg minyak ikan yang bersamaan dengan 396 mg EPA dan 264 mg DHA serta sedikit vitamin E. Kandungan EPA dan DHA bagi produk ini agak tinggi.
Minyak ikan ini diperolehi daripada ikan sardin, ikan bilis dan ikan mackerel. Ikan-ikan ini adalah rendah dengan kandungan merkuri.
Terdapat beberapa pilihan dari segi kuantiti produk ini iaitu 30 atau 150 kapsul bagi setiap botol. Kapsul lembut bagi produk minyak ikan ini dihasilkan daripada gelatin ikan.
Produk minyak ikan PRESTIN ini dikatakan menjadi pilihan no.1 oleh ahli farmasi berdasarkan kajian oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM). Namun, jumlah sampel adalah kecil dan tidak disertakan bukti kajian yang dijalankan.
3. BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg Soft Capsule
Jenama: BiO-LiFE
No. pendaftaran KKM: MAL18116011NCR
Bentuk: Kapsul
Dos: 1,000 mg
RRP: RM100.00
Kuantiti: 400 kapsul
Kelebihan
- Mempunyai sijil halal JAKIM
- Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Dalam bentuk trigliserida yang lebih mudah untuk terserap dan digunakan
Kekurangan
- Dos EPA dan DHA yang agak rendah
Produk BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg Soft Capsule ini mengandungi 1,000 mg minyak ikan yang bersamaan dengan 180 mg EPA dan 120 mg DHA.
Minyak ikan ini diperolehi daripada ikan sardin, ikan bilis dan ikan mackerel. Ikan-ikan ini adalah rendah dengan kandungan merkuri.
Setiap botol suplemen ini mengandungi 200 kapsul lembut.
Produk ini dikilang oleh Mega Lifesciences Public Company Limited yang berpengkalan di Thailand. Amalan pengilangan oleh Mega Lifesciences ini mendapat kelulusan oleh Thailand FDA, Australia TGA dan German GMP.
4. Blackmores Omega-3 Fish Oil 1000mg Capsule
Jenama: Blackmores
No. pendaftaran KKM: MAL19990319XC
Bentuk: Kapsul
Dos: 1,000 mg
RRP: RM63.20
Kuantiti: 120 kapsul
Kelebihan
- Mempunyai sijil halal daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM
- Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Tidak mengandungi yis, gluten, gandum, pengawet, pemanis, perisa atau pewarna tiruan
- Dalam bentuk trigliserida yang lebih mudah untuk terserap dan digunakan
Kekurangan
- Tidak dinyatakan jenis ikan atau sumber marin yang digunakan
- Harga agak mahal
Produk minyak ikan jenama Blackmores ini mengandungi 1,000 mg minyak ikan bersamaan dengan 180 mg EPA dan 120 mg DHA.
Produk Blackmores Omega-3 Fish Oil ini mempunyai beberapa pilihan dari segi kuantitinya seperti 120 kapsul, 60 kapsul dan 30 kapsul.
Walaupun tidak dinyatakan sumber marin yang digunakan untuk mendapatkan Omega-3, produk ini dikatakan menjalani ujian merkuri, racun dan bahan kimia.
Blackmores mempunyai sijil perakuan GMP dan TGA. Kapsul produk minyak ikan ini dihasilkan daripada gelatin bovin (lembu).
5. MegaLive Omega 600/300 Enteric Coated Softgel Capsules
Jenama: MegaLive
No. pendaftaran KKM: MAL11045008NCR
Bentuk: Kapsul
Dos: 1,200 mg
RRP: RM291.90
Kuantiti: 230 kapsul (Pek Promo)
Kelebihan
- Dos EPA dan DHA yang tinggi
- Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kapsul yang mempunyai salutan enterik yang melindunginya daripada asid perut dan meningkatkan penyerapan
- Tidak menyebabkan sendawa berbau ikan
Kekurangan
- Harga yang agak mahal
Produk MegaLive Omega 600/300 Enteric Coated Softgel Capsules ini mengandungi 1,200 mg minyak ikan yang bersamaan dengan 600 mg EPA dan 300 mg DHA. Kandungan EPA dan DHA bagi produk ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan produk lain.
Minyak ikan ini diperolehi daripada ikan sardin, ikan kecil dari genus Poecilia dan ikan tuna. Ikan-ikan ini adalah rendah dengan kandungan merkuri kecuali ikan tuna.
Produk minyak ikan ini dikatakan halal. Walau bagaimanapun, carian di portal halal JAKIM mendapati produk ini tidak tersenarai dalam produk yang mempunyai sijil halal yang aktif.
Setiap botol suplemen ini mengandungi 100 kapsul lembut.
Produk ini dikilangkan oleh kilang yang sama mengilangkan produk StemLabs iaitu Alpha Laboratories (NZ) Ltd. Pengilang ini mempunyai beberapa sijil perakuan kualiti seperti GMP, TGA dan HACCP.
6. Swisse Ultiboost Odourless Fish Oil 1500mg
Jenama: Swisse
No. pendaftaran KKM: MAL21066055NC
Bentuk: Kapsul
Dos: 1,500 mg
RRP: RM 110.40
Kuantiti: 200 kapsul
Kelebihan
- Mempunyai dos EPA dan DHA yang agak tinggi
- Tidak mengandungi laktosa, yis, telur, pewarna atau perisa tiruan
- Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Kekurangan
- Status halal tidak dinyatakan dengan jelas
- Tidak dinyatakan jenis ikan atau sumber marin yang digunakan
- Harganya sedikit mahal
Produk minyak ikan (Omega-3) dari jenama Swisse ini mengandungi 1,500 mg minyak ikan bersamaan dengan 270mg EPA dan 180mg DHA. Dos ini agak tinggi jika dibandingkan dengan produk yang lain.
Produk Swisse Ultiboost Odourless Fish Oil ini mengandungi 200 kapsul yang diperbuat daripada gelatin bovin (lembu).
Produk ini dikilangkan oleh Cosmax NBT Australia Pty. Ltd. Kilang ini mempunyai pengiktirafan GMP, TGA dan NSF (iaitu badan pengujian, percubaan dan pensijilan). Kilang ini juga mempunyai sijil halal IFANCA, Halal Korea dan Halal Australia. Namun, bagi produk minyak ikan ini tidak dinyatakan dengan jelas akan status halalnya, contohnya seperti sijil halal.
Produk ini juga dikatakan bebas merkuri.
7. Halalgel Omega-3 Fish Oil
Jenama: Halalgel
No. pendaftaran KKM: MAL08021553X
Bentuk: Kapsul
Dos: 500 mg
RRP: RM 36-45
Kuantiti: 60 kapsul
Kelebihan
- Menggunakan softgel keluaran sendiri yang disahkan halal oleh JAKIM
- Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Mempunyai pensijilan GMP dan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri).
Kekurangan
- Dos EPA dan DHA yang rendah
Produk minyak ikan jenama Halalgel ini merupakan produk tempatan yang mengandungi 500 mg minyak ikan bersamaan dengan 90 mg EPA dan 60 mg DHA.
Produk Halalgel Omega-3 Fish Oil ini dihasilkan daripada ikan-ikan laut dalam namun tidak dinyatakan dengan jelas.
Setiap kapsul minyak ikan ini terdiri daripada soft gel yang diperbuat daripada gelatin bovin (lembu).
Rujukan
- National Institute of Health. Omega-3 Fatty Acids.