Eosinophilic bronchitis adalah penyakit yang melibatkan keradangan pada saluran udara (saluran pernafasan) yang lazim berlaku dalam bronkitis.
Eosinophilic bronchitis boleh menjadi salah satu penyebab kepada batuk kronik (batuk berpanjangan). Berbanding bronkitis biasa, eosinophilic bronchitis tidak menyebabkan penyempitan saluran udara.
Walau bagaimanapun, penyakit ini menyebabkan peningkatan eosinophil iaitu sel-sel darah putih yang berkaitan dengan alahan (alergi) dan melawan jangkitan parasit di dalam paru-paru.

Eosinophilic bronchitis tidak difahami dengan baik, dan ia dianggap kurang didiagnosis. Ia telah dikaitkan dengan pendedahan kepada toksin pekerjaan, termasuk habuk.
Berbanding bronkitis akut atau bronkitis kronik, penghidap eosinophilic bronchitis tidak mengalami penyempitan saluran udara (saluran pernafasan).
Kekurangan sensitiviti saluran pernafasan inilah yang membezakan eosinophilic bronchitis daripada asma varian batuk. Itulah sebabnya bronkitis jenis ini kadangkala dipanggil non-asthmatic eosinophilic bronchitis.
Penghidap eosinophilic bronchitis mempunyai jumlah eosinophil yang lebih tinggi daripada normal di dalam kahak mereka.
Bagi sesetengah orang, penyakit ini boleh sembuh tanpa rawatan, tetapi bagi orang lain, ia berulang walaupun dengan rawatan.
Gejala-gejala atau Tanda
Gejala utama eosinophilic bronchitis ialah batuk kronik dan berterusan yang berlangsung selama lapan minggu atau lebih pada orang dewasa dan empat minggu atau lebih pada kanak-kanak.
Gejala-gejala lain yang boleh berlaku adalah:
- Peningkatan refleks batuk
- Peningkatan sel-sel darah putih dalam mukus atau kahak
Eosinophilic bronchitis TIDAK melibatkan gejala-gejala seperti:
- Sesak nafas
- Perasaan saluran pernafasan sempit
- Peningkatan tindak balas kepada alergen atau pencetus yang menyekat saluran pernafasan
Punca
Ahli profesional kesihatan tidak pasti apa yang menyebabkan eosinophilic bronchitis.
Walau bagaimanapun, mereka percaya bahawa pencetus persekitaran mungkin memainkan peranan dalam perkembangan penyakit ini.
Individu yang kerap terdedah kepada habuk melalui kerja mereka mempunyai peningkatan risiko terhadap penyakit ini.
Terdedah kepada pencetus persekitaran didapati meningkatkan risiko kepada penyakit ini:
- Habuk
- Asap kimpalan
- Pengeras resin
- Formaldehyde
Rawatan
Eosinophilic bronchitis boleh dirawat menggunakan kortikosteroid yang disedut. Ubat ini biasanya diberikan menggunakan alat penyedut atau nebulizer. Sama seperti rawatan yang diberikan untuk asma.
Tiada protokol yang ditetapkan mengenai steroid yang terbaik untuk merawat penyakit ini atau berapa lama ia perlu diberikan.
Kebanyakan orang mempunyai tahap eosinofil mereka kembali ke normal dalam tempoh empat minggu rawatan dengan steroid yang disedut.
Dalam kes yang jarang berlaku, ahli profesional kesihatan juga akan menetapkan steroid oral untuk membantu mengurangkan keradangan paru-paru.
Rujukan
- Yıldız, T., & Dülger, S. (2018). Non-astmatic Eosinophilic Bronchitis. Turkish thoracic journal.
- Lai, K. et al. (2017). Non-asthmatic eosinophilic bronchitis and its relationship with asthma. Pulmonary pharmacology & therapeutics.
- Brightling C. E. (2006). Chronic cough due to nonasthmatic eosinophilic bronchitis: ACCP evidence-based clinical practice guidelines. Chest.