Divertikulitis adalah keadaan di mana satu atau lebih kantung yang terbentuk dilapisan usus mengalami keradangan atau dijangkiti. Kantung yang kecil dan membonjol ini dipanggil divertikula. Mereka lazimnya boleh dijumpai di bahagian bawah usus besar.
Kehadiran divertikula ini dikenali sebagai divertikulosis. Divertikula adalah perkara biasa terutamnya selepas individu tersebut berusia 40 tahun dan jarang menyebabkan masalah. Namun, jika divertikula ini menyebabkan masalah dan simptom, ia dipanggil penyakit divertikular.
Divertikulitis boleh menyebabkan sakit perut (abdomen) yang teruk, demam, loya atau perubahan dari segi tabiat membuang air besar.

Simptom-simptom Divertikulitis
Simptom-simptom atau tanda bagi divertikulitis adalah:
- Sakit yang berterusan untuk beberapa hari. Perut sebelah kiri bawah adalah kawasan yang biasanya mengalami kesakitan. Namun, perut sebelah kanan juga boleh mengalami kesakitan.
- Loya dan muntah-muntah.
- Cirit-birit.
- Kembung perut.
- Sembelit.
- Demam.
- Terdapat lendir atau darah dalam najis.
Punca atau Penyebab
Penyakit divertikular terbentuk apabila kantung-kantung kecil terbentuk di sepanjang saluran pencernaan terutamanya usus besar.
Kantung-kantung (divertikula) ini boleh mengalami keradangan atau dijangkiti sekiranya najis atau makanan yang separuh hadam menutupi bukaan divertikula tersebut.
Faktor Risiko
Terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan risiko kepada berlakunya divertikulitis iaitu:
- Genetik
- Pemakanan
- Obesiti
- Tidak aktif secara fizikal
- Merokok
- Sistem imun yang lemah
- Genetik
- Perubahan terhadap bakteria dalam usus
- Sesetengah ubat-ubatan
Diagnosis
Untuk mendiagnosis divertikulitis, doktor biasanya akan menyemak sejarah perubatan anda, melakukan pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian lain seperti:
- Sinar-X
- Kolonoskopi
- Imbasan CT
- Ujian darah
- Ujian air kencing
- Ujian najis
- Ujian mengandung
- Pemeriksaan pelvis
Rawatan
Rawatan divertikulitis bergantung kepada keterukan simptom-simptom atau gejala.
Divertikulitis Tidak Rumit
Sekiranya simptom-simptom adalah ringan, penyakit ini boleh dirawat di rumah. Doktor mungkin akan mencadangkan:
- Ubat antibiotik untuk merawat jangkitan
- Diet cecair untuk beberapa hari sementara usus besar anda sembuh
Divertikulitis Rumit
Sekiranya simptom-simptom yang dialami adalah terus, ditambah pula anda mempunyai penyakit lain, kemungkinan untuk anda dimasukkan ke hospital adalah tinggi.
Rawatan yang mungkin diberikan adalah:
- Suntikan antibiotik
- Memasukkan tiub untuk mengeluarkan nanah pada bahagian abdomen jika ia telah terbentuk
Pembedahan
Anda mungkin memerlukan pembedahan untuk merawat penyakit ini jika:
- Mengalami komplikasi seperti usus besar bernanah, halangan atau kebocoran pada dinding usus besar.
- Mengalami beberapa episod divertikulitis tidak rumit.
- Mempunyai sistem imun yang lemah.
Komplikasi
Sekiranya divertikulitis yang dialami adalah rumit dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
- Abses, kantung yang dijangkiti diisi dengan nanah.
- Fistula, saluran abnormal yang menghubungkan rongga di antara satu organ dengan satu organ yang lain, atau di antara rongga organ dalaman dengan permukaan tubuh.
- Flegmon, kawasan yang dijangkiti yang kurang terkurung berbanding abses.
- Penembusan usus, koyakan atau lubang pada dinding usus yang boleh membenarkan kandungan usus bocor ke dalam rongga perut anda, menyebabkan keradangan dan jangkitan.
- Penyumbatan usus, penyumbatan dalam usus anda yang boleh menghalang najis daripada berlalu.
Rujukan
- Mayo Clinic Staff. (2020). Diverticulitis. MayoClinic
- Strate, L.L. (n.d.). Diverticular Disease. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases.