Penyakit kencing tikus atau turut dikenali sebagai leptospirosis adalah jangkitan bakteria yang jarang-jarang berlaku. Ia merupakan penyakit yang teruk dan boleh berjangkit.
Penyakit kencing tikus terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya ia banyak terjadi di negara beriklim panas.
Leptospirosis turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti:
- Demam Icterohemorrhage
- Penyakit Weil
- Penyakit Swineherd’s
- Demam pesawah
- Demam pemotong tebu
- Demam Swamp
- Demam Lumpur
- Jaundis berdarah
- Penyakit Stuttgart
- Demam Canicola
Manusia boleh dijangkiti melalui:
- Sentuhan dengan air kencing (atau cecair badan yang lain kecuali air liuar) daripada haiwan yang dijangkiti
- Sentuhan dengan air, tanah atau makanan yang dicemari dengan air kencing haiwan yang telah dijangkiti.
Bakteria tersebut boleh memasuki badan melalui kulit atau membran mukosa (mata, hidung atau mulut) terutamanya jika terdapat luka atau calar.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan bahawa terdapat kira-kira 873,000 kes setiap tahun dengan lebih 40,000 kematian.
Tanda-tanda atau Gejala
Penyakit kencing tikus boleh menyebabkan tanda-tanda atau gejala seperti berikut:
- Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
- Diikuti dengan batuk tidak berkahak
- Loya atau muntah
- Cirit-birit
- Sakit sendi atau sakit tulang
- Sakit tekak
- Sakit perut
- Radang selaput mata
- Sakit otot
- Pembesaran limpa atau hati
- Perubahan bunyi pada paru-paru
- Ruam
- Jaundis
Punca
Penyakit kencing tikus atau leptospirosis berpunca daripada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Leptospira interrogans.
Bakteria ini dibawa oleh banyak haiwan dan tinggal di dalam buah pinggang mereka. Ia kemudiannya disingkirkan melalui air kencing.
Jika anda berada di sekitar tanah atau air di mana haiwan yang dijangkiti telah kencing, kuman boleh menyerang badan anda melalui luka atau calar pada kulit anda atau kawasan kering. Ia juga boleh masuk melalui hidung, mulut atau alat kelamin anda.
Penyakit ini sukar untuk berjangkit antara manusia, walaupun ia boleh disebarkan melalui hubungan seks atau penyusuan susu ibu.
Beberapa faktor risiko berikut boleh meningkatkan risiko anda dijangkiti:
- Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
- Melakukan aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
- Terdedah kepada binatang peliharaan, ruang penangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Rawatan
Penyakit kencing tikus (leptospirosis) boleh dirawat menggunakan antibiotik seperti cephalosporin, penicillin, chloramphenicol dan erythromycin.
Doktor juga mungkin akan membekalkan anda dengan ibuprofen untuk merawat demam dan sakit otot.
Komplikasi
Penyakit ini boleh membawa kepada komplikasi seperti:
- Kegagalan fungsi hati
- Kegagalan fungsi buah pinggang
- Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin
- Meningitis (jangkitan kuman di otak)
- Perdarahan yang teruk
- Respiratory distress
Rujukan
- Centers for Diseases Control and Prevention. Leptospirosis.
- Khatri, M. (2021). What is Leptospirosis? WebMD
- Hashim, F. (2020). Leptospirosis. MyHealth KKM
- Wang S, Stobart Gallagher MA, Dunn N. Leptospirosis. [Updated 2021 Dec 13]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing. Available from: NCBI