Makanan tinggi kalium (potassium) diperlukan oleh badan bagi membolehkan sel dalam badan berfungsi dengan baik. Dalam bahasa Inggeris, kalium dikenali sebagai potassium.
Pengambilan kalium yang tinggi diketahui boleh merendahkan tekanan darah, merendahkan risiko penyakit kardiovaskular, baik untuk kesihatan tulang dan mengurangkan impak pengambilan natrium (sodium) yang tinggi. [1]
Kekurangan kalium boleh menyebabkan hipokalemia. Hipokalemia boleh menganggu fungsi pankreas melalui pengurangan rembesan insulin yang seterusnya menyebabkan intolerans glukosa berbalik.
Pengambilan kalium (potassium) yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular terutamanya strok. [2]
Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi kalium (potassium) untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
Kumpulan Usia | RNI (mg/hari) |
Bayi | |
0-6 bulan | 400 |
7-12 bulan | 700 |
Kanak-kanak | |
1-3 tahun | 3000 |
4-8 tahun | 3800 |
Remaja Lelaki & Perempuan | |
9-13 tahun | 4500 |
14-18 tahun | 4700 |
Lelaki & Wanita Dewasa | |
> 19 tahun | 4700 |
Mengandung | 4700 |
Penyusuan | 5100 |
Berikut ialah 18 senarai makanan yang tinggi kalium (potassium) (USDA, WHO 2012):
1. Kacang Soya
Kandungan kalium: 397 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 8.5% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
2. Kacang Ginjal
Kandungan kalium: 345 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 7.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
3. Tempe
Kandungan kalium: 178 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 3.8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
4. Ikan Tuna
Kandungan kalium: 344 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 7.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
5. Kacang Gajus
Kandungan kalium: 410 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 8.7% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
6. Sayur Bayam
Kandungan kalium: 344 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 7.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Sayur Bayam
7. Sayur Kubis
Kandungan kalium: 103 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 2.2% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Sayur Kubis
8. Lobak Merah
Kandungan kalium: 136 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 2.9% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Lobak Merah
9. Ubi Kentang
Kandungan kalium: 203 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 7.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
10. Keledek
Kandungan kalium: 210 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 4.5% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
11. Labu
Kandungan kalium: 113 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 2.4% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Labu Kuning
12. Yogurt
Kandungan kalium: 153 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 3.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Greek Yogurt
13. Buah Pisang
Kandungan kalium: 379 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 8.1% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Pisang
14. Buah Avokado
Kandungan kalium: 487 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 10.4% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Avokado & Cara Makan Avokado
15. Buah Tembikai
Kandungan kalium: 112 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 2.4% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Tembikai
16. Buah Aprikot
Kandungan kalium: 259 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 5.5% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Aprikot
17. Delima
Kandungan kalium: 236 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 5% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Delima
18. Ikan Salmon
Kandungan kalium: 366 miligram bagi setiap 100 gram
RNI: 7.8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dan wanita dewasa)
Rumusan
Kalium (potassium) kebanyakannya boleh didapati dalam kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Banyakkan pengambilan makan dari kelas ini bagi mengekalkan kandungan kalium yang mencukupi untuk badan.
Rujukan
- Weaver C. M. (2013). Potassium and health. Advances in nutrition.
- D’Elia, L. et al. (2011). Potassium intake, stroke, and cardiovascular disease a meta-analysis of prospective studies. Journal of the American College of Cardiology.