Makanan rendah GI dan tinggi GI menjadi satu panduan asas untuk kita mengetahui seberapa cepat makanan itu melepaskan glukosa (gula) ke dalam darah. Sebelum itu, kita kenali dahulu apa itu GI?
GI atau Glycemic Index ialah nilai yang diberikan kepada makanan berdasarkan berapa cepat atau perlahan makanan ini menyebabkan peningkatan tahap gula darah.
35 Makanan Malaysia dengan Indeks Glisemik
No. | Makanan / Minuman | GI | Indikator GI |
1. | Bihun Goreng | 99 | Tinggi |
2. | Beras Wangi | 97 | |
3. | Beras kilang | 90 | |
4. | Kueh teow | 85 | |
5. | Roti putih | 83 | |
6. | Pau kari ayam | 80 | |
7. | Teh tarik | 78 | |
8. | Keledek | 77 | |
9. | Tembikai | 76 | |
10. | Makaroni goreng | 74 | |
11. | Nasi putih | 73 | |
12. | Sandwich sardin | 73 | |
13. | Roti canai & dhal | 71 | |
14. | Nasi Lemak | 66 | Sederhana |
15. | Beras herba ponni | 65 | |
16 | Roti putih dengan majerin & gula | 64 | |
17. | Kentang goreng (french fries) | 63 | |
18. | Beras perang | 60 | |
19. | Nasi goreng | 59 | |
20. | Nanas | 59 | |
21. | Betik | 58 | |
22. | Donut | 57 | |
23. | Roti pelbagai bijirin | 56 | |
24. | Pau biji lotus | 55 | Rendah |
25. | Roti putih dengan jem nanas | 55 | |
26. | Pisang berangan | 55 | |
27. | Karipap | 54 | |
28. | Roti putih dengan mentega kacang | 54 | |
29. | Pau kacang merah | 51 | |
30. | Jus Oren | 50 | |
31. | Durian | 49 | |
32. | Kurma | 42 | |
33. | Jus epal | 41 | |
34. | Susu soya | 34 | |
35. | Kacang soya | 16 |
Peranan Makanan Rendah GI dan Tinggi GI
Makanan rendah GI dan tinggi GI mempunyai peranannya masing-masing. Sebagai contoh:
- Makanan rendah GI bermanfaat kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan dan penghidap diabetes.
- Manakala makanan tinggi GI pula boleh membantu pemulihan tenaga selepas bersenam atau mereka yang kekurangan gula dalam darah.
Mereka yang menghidap diabetes jenis 1 dan sesetengah jenis 2 tidak menghasilkan insulin yang mencukupi. Tugas insulin ialah membantu memproses gula darah.
Maka, mereka ini akan mempunyai glukosa (gula) darah yang berlebihan.
Walau bagaimanapun, indeks glisemik tidak menjelaskan seluruhan cerita.
Para pengkaji berpendapat untuk memahami kesan keseluruhan makanan terhadap gula darah, harus diketahui berapa cepat glukosa memasuki saluran darah dan berapa banyak glukosa bagi setiap hidangan makanan itu boleh disampaikan.
Maka, satu pengukuran khusus dikenali sebagai “muatan glisemik” diperkenalkan bagi mengira kedua-dua faktor ini.
Rujukan
- Atkinson, F. S., et al. (2008). International tables of glycemic index and glycemic load values: 2008. Diabetes care.
- M.J Nutr et al., 2005.Glycaemic Index of Eight Types of Commercial Rice in Malaysia. Biology.
- Lee MC (2005). Penentuan indeks glisemik untuk nasi dan kari ayam dari tiga jenis beras komersial di pasaran Malaysia. Tesis Sarjanamuda Pemakanan. UKM.
- Lee SY (2005). Penentuan indeks glisemik bagi tiga jenis pau segera/pasaran tempatan. Tesis Sarjanamuda Pemakanan. UKM.
- Nik Shanita S.(2004). Development and determination of glycaemic index and types of carbohydrate in endurance athletes’ food choices. Final Report UKM N14/2000 grant. Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
- Nor Muaiza AM (2005). Penentuan indeks glisemik roti aneka sapuan. Tesis Sarjanamuda Pemakanan. UKM.
- Robert, S. D., et al. (2008). Glycemic index of common Malaysian fruits. Asia Pacific journal of clinical nutrition.