Aplikasi kesihatan mental adalah satu alat yang sangat berguna untuk menambah baik kesihatan mental dan banyak daripada aplikasi ini boleh didapati secara percuma.
Aplikasi seperti ini boleh membantu menyokong anda dalam mencapai matlamat harian atau menguruskan masalah kesihatan mental yang dialami dengan baik. Teknologi seperti ini amat berguna terutamanya dalam menguruskan atau merekodkan kesihatan mental dan kesejahteraan penggunanya.
Semua aplikasi ini adalah percuma untuk dimuat turun dan sesetengah daripadanya mengenakan bayaran untuk akses kepada ciri-ciri premium.
- Bagus untuk kecelaruan bipolar: eMoods
- Bagus untuk kecelaruan keresahan: MindShift CBT
- Bagus untuk melegakan tekanan: Take a Break!
- Bagus untuk menjejak simptom: Bearable
- Bagus untuk CBT dan ACT: What’s Up?
- Bagus untuk pernafasan: BellyBio
Kelebihan dan Kekurangan Aplikasi Kesihatan Mental 2021
Di sini kami ulaskan sedikit sebanyak mengenai kelebihan dan kekurangan aplikasi-aplikasi kesihatan mental yang boleh didapati secara percuma di App Store atau Play Store ini.
Bagus untuk Kecelaruan Bipolar: eMoods
eMoods adalah aplikasi yang sesuai digunakan untuk menjejak simptom-simptom kecelaruan bipolar. Aplikasi ini dibangunkan oleh Yottaram, LLC.
Selain boleh digunakan untuk menguruskan bipolar, aplikasi ini juga turut boleh digunakan untuk menguruskan kecelaruan (anxiety) dan kemurungan (depression).
Kelebihan
- Memiliki pilihan untuk mencetak dalam bentuk pdf untuk dihantar kepada doktor yang menguruskan anda.
- Aplikasi ini tidak menyimpan data anda. Data anda disimpan di dalam telefon anda.
- Rekod gejala dan pencetus boleh dilihat dalam bentuk grafik atau carta.
Kekurangan
- Pembelian dalam aplikasi (in-app purchase).
- Versi penuh memerlukan langganan berbayar.
Dapatkan eMoods di App Store dan Play Store.
Bagus untuk Kecelaruan Keresahan (Anxiety): MindShift CBT
Mindshift CBT dibangunkan oleh Anxiety Canada iaitu sebuah organisasi bukan untung.
Aplikasi MindShift ini menggunakan strategi berasaskan Terapi Tingkahlaku Kognitif atau Cognitive Behavioral Therapy (CBT) untuk membantu anda untuk tenang dan berada dalam keadaan sedar.
Aplikasi ini direka untuk golongan muda tetapi boleh juga digunakan untuk semua lapisan umur.
Kelebihan
- Sesuai untuk mengatasi masalah panik, keresahan sosial, fobia, kebimbangan dan keingin-sempurnaan.
- Mempunyai ciri-ciri daftar masuk harian untuk menjejaki tahap keresahan (anxiety) dan emosi.
- Boleh berkongsi data dengan kaunselor, ahli terapi dan ahli psikologi yang merawat anda.
- Percuma
Kekurangan
- Wajib mencipta akaun untuk menggunakan aplikasi ini.
- Terlalu banyak penjejakan emosi (mood) yang mungkin tidak sesuai untuk semua.
Dapatkan MindShift CBT di App Store dan Plays Store.
Bagus untuk Melegakan Tekanan (Stres): Take a Break!
Aplikasi Take a Break! direka khas untuk membantu anda lega daripada tekanan dan berasa tenang. Aplikasi ini dibangunkan oleh Meditation Oasis.
Kelebihan
- Mengandungi meditasi untuk melegakan tekanan.
- Juga boleh digunakan untuk masalah keresahan atau panik.
- Aplikasi yang memiliki mudah untuk digunakan.
Kekurangan
- Pembelian dalam aplikasi (in-app purchase).
- Mengandungi iklan.
Dapatkan aplikasi Take a Break! di App Store dan Play Store.
Bagus untuk Menjejak Simptom: Bearable
Bearable ialah aplikasi yang dibangunkan oleh Bearable Ltd. Aplikasi ini direka untuk pengguna boleh membuat penjejakan terhadap kesihatan termasuklah untuk kesihatan mental.
Aplikasi ini membenarkan pengguna menjejak emosi, simptom-simptom, diet, senaman dan juga ubat-ubatan.
Aplikasi ini juga membolehkan anda berkongsi data anda kepada doktor atau ahli terapi yang merawat anda.
Kelebihan
- Pengguna Apple boleh mengintegrasikan Bearable dengan Apple Health Kit.
- Boleh menetapkan peringatan untuk anda mengambil ubat atau suplemen.
- Boleh memulihkan data (restore data).
Kekurangan
- Pembelian dalam aplikasi (in-app purchase).
Dapatkan aplikasi Bearable di App Store dan Play Store.
Bagus untuk CBT dan ACT: What’s Up?
Aplikasi ini menggunakan kaedah Terapi Tingkahlaku Kognitif (CBT) dan Terapi Komitmen Penerimaan (ACT) untuk membantu mengalihkan perasaan dan pemikiran negatif .
What’s Up dibangunkan oleh Jackson Tempra.
Aplikasi ini sesuai untuk mereka yang ingin mangatasi masalah kemurungan, keresahan, marah, stres dan lain-lain lagi.
Kelebihan
- Boleh berhubung dengan pengguna lain melalui forum What’s Up?
- Boleh melindungi data peribadi menggunakan kod laluan.
- Mengandungi 20 pilihan warna yang berbeza untuk tema.
Kekurangan
- Pembelian dalam aplikasi (in-app purchase).
Dapatkan aplikasi What’s Up? di App Store dan Play Store.
Bagus untuk Pernafasan: BellyBio
BellyBio Interactive Breathing ialah aplikasi yang dibangunkan oleh RelaxLine.
Aplikasi ini mengawasi pernafasan anda apabila anda meletakkan peranti di atas perut anda.
BellyBio ini adalah inovasi yang mengabungkan pernafasan panjang dengan muzik.
Aplikasi ini sesuai buat mereka yang mengalami masalah keresahan dan tekanan.
Kelebihan
- Mempunyai banyak pilihan muzik
- Terdapat kajian mendapati penggunaan aplikasi seperti BellyBio ini berguna untuk latihan pernafasan perut.
Kekurangan
- Tidak terdapat untuk pengguna telefon Android.
- Pembelian dalam aplikasi (in-app purchase).
Dapatkan aplikasi BellyBio di App Store.