Perjalanan untuk menjadi seorang usahawan berjaya sudah semestinya penuh onak dan duri. Tidak semua yang berjaya sampai ke puncak. Mungkin ada yang tewas ditengah jalan.
Jika hari mempunyai panas dan hujan, begitu juga dengan kehidupan seorang usahawan. Ada kalanya diselubungi banyak masalah dan ada kalanya didatangi dengan banyak kejayaan.
Oleh itu, kata-kata semangat untuk usahawan sedikit sebanyak boleh dijadikan pembakar semangat untuk terus berjuang dan berjaya.
Rahsia kejayaan terbesar dalam menjadi seorang usahawan ialah jangan berputus-asa. Setiap kali jatuh, anda perlu bangkit kembali. Sekiranya satu cara tidak menjadi, anda harus mencuba 1001 cara lagi.
Berikut adalah senarai kata-kata semangat untuk usahawan yang boleh dijadikan inspirasi atau pembakar semangat untuk terus berjuang.
1. Kata-kata Semangat oleh Oprah Winfrey
Don’t Worry About Being Successful But Work Toward Being Significant and The Success Will Naturally Follow.
Oprah Winfrey
Mungkin ramai yang mengenali Oprah yang memiliki rancangan sendiri di Amerika Syarikat. Kekayaan beliau dianggarkan bernilai USD 2.5 bilion (rujukan). Jika disusuli kisah hidupnya, beliau menjalani kehidupan yang sukar sebelum berjaya.
Seperti mana kata-kata Oprah, untuk berjaya seseorang itu tidak harus mengejar kejayaan tersebut sebaliknya berusaha sebaik mungkin dan buat yang terbaik. Kejayaan akan datang kepadanya.
Seperti mana juga kata-kata nasihat daripada pelakon terkenal Jackie Chan semasa memenangi anugerah Oscar suatu masa dahulu. “Don’t go for Oscar, do your best, Oscar will come to you“.
Oleh itu, sebagai seorang usahawan, kita usaha dan berikan yang terbaik, insya-Allah kejayaan akan datang kepada kita.
2. Kata-kata Semangat oleh Walt Disney
The way to started is to quit talking and begin doing.
Walt Elias Disney
Siapa tidak kenal akan Walt Elias Disney. Pemilik kepada syarikat penerbitan filem-filem kartun dan animasi yang dikenali sebagai sebagai Walt Disney.
Seperti kata-kata Walt Disney, perniagaan atau usahawan memerlukan tindakan. Sekira hanya berangan-angan atau sekadar berkata-kata, tiada apa yang akan dicapai oleh seorang usahawan itu.
Jadi, mulakan langkah pertama anda!
3. Kata-kata Semangat oleh Bo Schembechler
The team! The team! The team!
Bo Schembechler
Salah satu rahsia daripada kejayaan-kejayaan usahawan terkenal adalah mempunyai kumpulan atau pasukan yang hebat.
Kejayaan syarikat juga bergantung kepada pasukan (pekerja) yang hebat. Agak sukar untuk seseorang itu berjaya seorang diri tanpa sokongan oleh pasukan atau orang sekelilingnya.
4. Kata-kata Semangat oleh Pengasas dan CEO Stella & Dot
You have to see failure as the beginning and the middle, but never entertain it as an end.
Jessica Herrin
Kegagalan adalah asam garam bagi seseorang yang ingin berjaya. Kegagalan adalah guru yang terbaik untuk mengajar kita selagi kita tidak menganggapnya sebagai titik noktah kepada segala usaha kita.
5. Kata-kata Semangat oleh Confucius
It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.
Confusius
Kata-kata dari Confucius ini juga turut bermanfaat dan bermakna buat usahawan.
Menjadi seorang usahawan berjaya adalah suatu proses yang kadang kalanya cepat dan ada kalanya lambat.
Pastikan setiap hari ada perubahan dan lebih baik daripada semalam. Jangan berputus asa sekiranya ada rakan-rakan yang berjaya terlebih dahulu. Sebaliknya, betulkan kesilapan yang berlaku dan terus berusaha sehingga anda pula berjaya.
6-7. Kata-kata Semangat oleh Jack Ma
Never give up. Today is hard, tomorrow will be worse, but the sun will shine the day after tomorrow.
Jack Ma
Seperti mana kata-kata pengasas kepada Ali Baba ini, perniagaan dan keusahawanan bukannya satu perjalanan yang mudah. Banyak cabaran yang akan dihadapi tetapi yang penting adalah jangan berputus asa.
Instead of learning from other people’s success, learn from their mistakes.
Jack Ma
Mereka yang bijak akan belajar daripada kesilapan orang lain agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
8. Kata-kata Semangat oleh Bill Gates
Your most unhappy customers are your greatest source of learning.
Bill Gates
Benar seperti yang dikatakan oleh Bill Gates ini.
Rungutan daripada pelanggan dapat menyedarkan kita akan kekurangan atau kesilapan yang kita lakukan.
Terima rungutan itu dengan baik, perbaiki kekurangan yang ada. Maka, lebih ramai pelanggan akan datang.
9. Kata-kata Semangat oleh Steve Jobs
I’m convinced that about half of what separates the successful entrepreneurs from the non-successful ones is pure perseverance.
Steve Jobs
Tidak semua orang mempunyai ketabahan atau ketekunan yang tinggi dalam mengharungi liku-liku dalam perjalanan mereka menjadi seorang usahawan.
Hanya mereka yang benar-benar tabah boleh digelar sebagai seorang usahawan berjaya.
10. Kata-kata Semangat oleh John Maxwell
Successful and unsuccessful people do not vary greatly in their abilities. They vary in their desires to reach their potential.
John Maxwell
Biasanya, orang yang berjaya mempunyai kecekalan dan kemahuan yang tinggi untuk mencapai impian mereka. Mereka tidak akan berputus asa selagi belum mencapai apa yang diimpikan.
Perwatakan ini harus ada pada setiap usahawan yang ingin berjaya.
Kehidupan ini umpama roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Oleh itu, setelah kita berjaya jangan sesekali kita angkuh dengan nikmat yang dikecapi. Tetapi sentiasalah merendah diri dan tunjukkan sifat insani.