Masalah kewangan adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada tekanan perasaan dan masalah kesihatan mental. Bagi umat Islam, agama Islam telah mengajarkan jalan keluar kepada masalah ini. Salah satunya ialah melalui solat dhuha. Ketahui cara solat dhuha dan doa dhuha dalam artikel ini.
Solat dhuha boleh dikatakan salah satu “magnet rezeki” yang telah terbukti keberkesanannya bagi mereka yang mengamalkannya. Hal ini kerana, di dalam solat ini terdapat doa-doa yang berperanan untuk melancarkan rezeki.
Selain usaha yang berterusan, umat Islam disarankan agar turut berdoa dan meminta kepada Allah SWT agar dimurahkan dan dipermudahkan rezeki buatnya.
Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Adakalanya ia datang tanpa disangka-sangka.
Rezeki juga bukan sahaj datang dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga dalam bentuk kesihatan yang baik, kemampuan untuk bekerja, pekerjaan yang baik, keluarga yang menyenangkan hati dan lain-lain lagi.
Oleh itu, keluarlah dari kegelapan tekanan perasaan dan kemurungan itu dengan solat dan berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan rezeki dan dapat keluar daripada masalah kewangan yang dihadapi.
Cara Solat Dhuha
Solat dhuha adalah solat sunat yang boleh dikerjakan setiap hari pada sebelah pagi bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari (masuk waktu zohor).
Bilangan Rakaat
Bilangan rakaat solat sunat ini boleh dikerjakan sebanyak:
- 2 rakaat 1 salam
- 4 rakaat 2 salam
- 6 rakaat 3 salam
- 8 rakaat 4 salam
- 10 rakaat 5 salam
- 12 rakaat 6 salam
Waktu Solat Dhuha
Waktu solat dhuha boleh dikerjakan ialah bermula terbitnya matahari sehingga sebelum tergelincir matahari iaitu kira-kira jam 8.00 pagi hingga 15 minit sebelum masuk waktu Zohor.
Waktu afdal atau waktu terbaik yang dianggarkan kira-kira sekitar jam 10.00 pagi.
Niat Solat Sunat Dhuha
Lafaz niat:
Bacaan Dalam Solat
Bacaan dalam solat sunat Dhuha adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu diawali dengan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah-surah berikut.
Disarankan untuk membaca surah As-Shams pada rakaat pertama.
dan pada rakaat kedua selepas dibaca surah al-Fatihah, dibaca surah Ad-Dhuha.
Selain membaca surah As-Syams dan Ad-Dhuha, dibolehkan juga untuk menggantikan kedua-dua surah ini dengan surah-surah lazim yang lain.
Doa Dhuha (Doa Solat Dhuha)
Berikut adalah bacaan doa selepas solat sunat dhuha:
Rumi:
Allahumma Innadh DhuhaA-A DhuhaA-Uka, Wal Bahaa-A Bahaa-Uka, Wal Jamaala Jamaaluka, Wal Quwwata Quwatuka, Wal Qudrata Qudratuka, Wal Ishmata Ishmatuka, Allaahumma Inkaana Rizqii Fis Samaa-I Fa-Anzilhu, Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu, Wa Inkaana Mu’assiram Fayassirhu, Wa Inkaana Haraamam Fathahhirhu,
Wa Inkaana Ba’iidam Faqarribhu, Bihaqqi DhuhaA-Ika Wa Bahaa-ika, Wa Jamaalika Wa Quwwatika, Wa Qudratika, Aatinii Maa Aataita Min’Ibaadakas Saalihin.
Maksudnya:
Ya Allah,
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU, Kecantikannya KecantikanMU, Keindahannya KeindahanMU, Kekuatannya KekuatanMU, Kekuasaannya KekuasaanMU, Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah, Jika di bumi, keluarkanlah, Jika sukar, permudahkanlah, Jika haram, sucikanlah, Jika jauh, dekatkanlah, Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU, KekuatanMU, kekuasaanMU, Limpahkan kepadaku segala, Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hambaMU yang soleh.
Akhir Kalam
Sesungguh setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian. Salah satu daripadanya ujian kehilangan harta atau masalah kewangan.
Maka, sentiasalah bersabar dan terus berusaha di samping berdoa kepada Allah SWT agar ditunjukkan jalan keluar kepada masalah kita.
Semua masalah pasti mempunyai penyelesaiannya. Oleh itu janganlah kita mengambil jalan ringkas dengan merosakkan diri atau membunuh diri. Manfaatkanlah cara solat dhuha dan doa dhuha ini, semoga saudara dan saudari menemui apa yang dicari.