Mengenali ciri-ciri personaliti seseorang sebenarnya boleh membantu dalam bidang kerjaya dan perancangan dalam kerjaya. Sebagai contoh, terdapat kerjaya yang sesuai untuk seorang yang mempunyai personaliti ambivert.
Ambivert adalah seorang yang mempunyai keseimbangan antara introversi dan ekstroversi serta mempunyai keupayaan untuk cenderung kepada salah satunya bergantung kepada keadaan.
Secara umumnya, seseorang yang mempunyai personaliti ambivert berkemungkinan untuk berkembang maju dalam kerjaya yang melibatkan keseimbangan antara kerjasama dan masa yang dihabiskan untuk bekerja secara bebas.

Hal ini demikian kerana, ia membolehkan golongan ini menggunakan kedua-dua sifat introvert dan ekstrovert.
Seorang ambivert mungkin cemerlang dalam kerjaya ini:
1. Jurujual
Seorang jurujual perlu meyakinkan sambil mempertimbangkan keperluan pelanggan. Ambivert mempunyai keupayaan semula jadi untuk bertukar antara bercakap dan mendengar.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Science mendapati golongan ambiverts adalah lebih cenderung untuk menjual lebih banyak daripada golongan introvert atau ekstrovert.
2. Pengurus Projek
Kerjaya sebagai seorang pengurus projek juga mungkin sesuai kepada seorang ambivert.
Pengurus projek mengambil alih pemilikan projek dan memberikan penduan kepada pasukan yang mengusahakannya.
Pengurus projek perlu mempunyai keupayaan untuk memberikan arahan dan mendengar pandangan orang lain dalam pasukannya.
3. Penerbit
Kerjaya sebagai penerbit juga mungkin sesuai kepada seorang ambivert.
Penerbit bekerja di belakang tabir di radio, televisyen, media atas talian atau filem bagi memastikan sesuatu projek teratur dan kekal di landasan yang betul.
Jawatan ini melibatkan kerjasama dengan pelbagai jenis personaliti yang berbeza untuk menggerakkan projek dari awal hingga akhir.
4. Guru
Ambivert juga mungkin sesuai dengan kerjaya sebagai seorang guru.
Seorang guru perlu fleksibel untuk berinteraksi dengan pelajar yang mempunyai latar belakang dan jenis personaliti yang berbeza.
Guru juga perlu selesa bercakap di hadapan orang ramai dan bersemuka dengan pelajar dan ibu bapa.
5. Pereka Dalaman
Jika anda seorang ambivert dan berminat dengan seni reka bentuk, kerjaya sebagai pereka dalaman mungkin sesuai untuk anda.
Pereka dalaman perlu boleh membaca minda pelanggan mereka dan menyediakan nasihat berdasarkan prinsip reka bentuk dan pilihan pelanggan.
Pereka dalaman meluangkan sedikit masa untuk berkolaborasi dan beberapa masa bersendirian untuk membuat pembentangan.
6. Eksekutif Sumber Manusia (HR)
Seterusnya, kerjaya sebagai seorang eksekutif sumber manusia juga mungkin sesuai untuk seorang ambivert.
Dalam kerjaya ini, kemahiran berkomunikasi dan menjadi pendengar yang baik adalah sangat penting. Selain itu, ketegasan dan ketelitian juga adalah perkara penting jika anda ingin menjadi seorang eksekutif sumber manusia.
Personaliti ambivert boleh menjadi pembangunan sumber manusia yang baik, kerana sifatnya yang tegas, kritis dan analitikal.
7. Wartawan
Jika anda ingin menjadi wartawan, adalah lebih mudah untuk mendekati sumber dan beramah mesra dengan wartawan lain kerana personaliti anda sebagai seorang ambivert.
Bukan sahaja sebagai wartawan TV, tetapi anda boleh menceburi bidang kewartawan media cetak, media atas talian atau radio.
8. Kaunselor
Kerjaya sebagai seorang kaunselor juga mungkin sesuai untuk anda yang mempunyai personaliti ambivert.
Kaunselor adalah seorang profesional yang terlatih yang memberikan panduan dan sokongan emosi kepada individu.
Kaunselor bekerja dalam pelbagai keadaan seperti sekolah, kemudahan kesihatan mental, pejabat swasta dan pusat pemulihan.
Seorang ambivert mungkin menikmati kerjaya ini sebagai tugas utama kaunselor adalah bertemu dengan klien, meneliti isu, menjalankan penyelidikan kesihatan mental, mencipta proses terapeutik dan membantu klien mencipta matlamat.
Seseorang dalam peranan ini perlu selesa di sekeliling orang sambil menikmati proses penyelidikan.