Motivasi boleh mengubah hidup seseorang. Kata-kata atau perkataan hebat boleh memberikan kesan yang positif terhadap diri seseorang. Kata-kata yang hebat boleh menjadi pencetus untuk anda memulakan tindakan atau langkah pertama anda.
Motivasi berasal dari kata kerja “memotivasikan” yang bermaksud “bergerak atau mendorong.” Keinginan yang membara akan memaksa anda untuk bertindak. Ia sangat berkait rapat dengan apa yang anda percayai sebagai benar dan betul dalam kehidupan.
Kita semua mempunyai kepercayaan masing-masing. Pernah atau tidak anda bertanya kepada diri sendiri, apakah kepercayaan aku? Apakah tujuan aku dalam hidup ini? Apakah yang aku inginkan? Apakah matlamat hidup aku?

Semua itu akan menjadi “penggerak” untuk anda mencapai apa yang diinginkan. Anda boleh menjadikan orang-orang yang sudah berjaya dikeliling anda sebagai contoh atau “role model” untuk anda turut berjaya dalam hidup anda.
Jadi, bagaimana untuk bermula? 11 kata-kata motivasi yang hebat ini akan memberi inspirasi kepada anda:
1. Matlamat
Mempunyai matlamat boleh memotivasikan dan menginspirasikan diri kita. Seseorang yang mempunyai matlamat tahu apa yang patut dia lakukan dalam kehidupan sehariannya.
Matlamat boleh menjadi landasan untuk anda bergerak. Orang yang mempunyai matlamat hidup lebih menghargai setiap saat dalam hidup mereka.
2. Keazaman
Sudah tentu, untuk mencapai kejayaan dalam hidup adalah tidak mudah. Pasti ada pelbagai rintangan yang perlu dihadapi. Tetapi, apa yang boleh menguatkan anda ialah keazaman. Keazaman yang kuat akan menjadikan anda seorang yang tidak mudah menyerah kalah.
Oleh itu, untuk berjaya anda perlulah mempunyai keazaman yang tinggi.
3. Cabaran
Mencabar diri sendiri boleh menjadikan anda seorang yang mempunyai sifat persaingan. Persaingan tidak semestinya dengan orang lain. Persaingan juga boleh berlaku antara anda dan diri anda sendiri.
Letakkan cabaran untuk diri anda untuk berubah. Contohnya seperti anda mencabar diri anda untuk tidur tepat pada waktunya pada setiap malam selama sebulan, kemudian lihat sama ada perubahan ini boleh meningkatkan produktiviti harian anda.
4. Ketabahan
Sesungguhnya langit tidak selalu cerah, begitu juga dengan kehidupan ini. Ia tidak selalunya seperti yang kita harapkan.
Ketabahan yang ada dalam diri kita akan membantu kita bangkit setiap kali kita jatuh. Ketabahan juga akan membantu kita untuk terus melangkah kehadapan walaupun jalan tersebut penuh dengan onak dan duri.
5. Baru
Memilih untuk belajar perkara baru setiap hari boleh membantu anda untuk terus maju dan berkembang. Ini boleh menjadi sesuatu yang mudah seperti memandu ke tempat kerja melalui laluan yang berbeza.
6. Ketawa
Ketawa boleh mengubati jiwa anda. Ketawa di sini tidak merujuk kepada ketawa terbahak-bahak. Cukup sekadar ketawa kecil atau senyuman yang mendatangkan rasa gembira kepada diri anda.
Ketawa boleh membuatkan anda lupa sebentar terhadap masalah anda dan boleh membantu mengurangkan tekanan (stres).
7. Kebebasan
Mempunyai kawalan atau autonomi terhadap masa dan tindakan anda boleh menjadi pendorong yang kuat. Kebebasan membebaskan anda untuk bercita-cita, berimiginasi dan mencipta. Kebebasan daripada tekanan adalah salah satu matlamat psikologi yang paling dicari.
8. Pembelajaran
Ilmu adalah cahaya. Ilmu menjadi penyuluh kepada perjalanan hidup kita yang kelam. Mempunyai keinginan untuk sentiasa belajar menjadikan anda seorang yang berilmu dan tidak mudah untuk diperdayakan oleh orang lain.
Peningkatan pengetahuan baharu boleh menjadi pemacu kepada motivasi diri.
9. Keberanian
Untuk menjadi seorang yang berjaya anda mestilah mempunyai keberanian. Keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru atau keberanian untuk gagal.
Keberanian boleh menjadi pendorong untuk anda melangkah dan melakukan keputusan yang sukar dalam hidup anda.
10. Harapan
Harapan boleh menjadi titik fokus motivasi anda. Kadang-kadang dalam hidup, apa yang anda ada hanyalah harapan. Dan pada saat-saat itu harapan adalah lebih daripada cukup.
11. Masa
Kata-kata hebat yang terakhir adalah masa. Pengurusan masa yang baik boleh meningkatkan motivasi anda. Pengurusan masa memerlukan anda untuk membuat keutamaan dan memilih mana yang penting dan mana yang tidak penting.
Anda akan menemui kesederhanaan dan kedamaian dalam mengecilkan fokus anda. Malah, anda juga boleh meningkatkan tenaga dan perhatian dalam menyelesaikan tugasan yang membawa motivasi dan makna dalam hidup anda.