Proses Editorial HeloMedik

Pihak pengarang HeloMedik sentiasa komited untuk menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti tanpa berat sebelah dan mempunyai bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang awam.

1. Prinsip Asas Penulisan

  • Ketelusan & Integriti: Semua kandungan ditulis tanpa pengaruh komersial atau kepentingan tertentu.
  • Bahasa Mesra Pembaca: Artikel disampaikan dalam bahasa yang jelas, mudah difahami dan relevan dengan kehidupan seharian pembaca.
  • Ketepatan Fakta: Maklumat disampaikan hanya selepas melalui proses semakan fakta dan pengesahan dari sumber yang sahih.

2. Sumber Rujukan

Semua artikel di HeloMedik ditulis berdasarkan:

  • Kajian saintifik dan penyelidikan terkini
  • Garis panduan perubatan daripada sumber rasmi seperti WHO, KKM, CDC, persatuan perubatan antarabangsa, terbitan akademik, serta jurnal perubatan yang diiktiraf

3. Proses Penulisan & Semakan

  1. Penyelidikan Awal – Penulis membuat semakan menyeluruh terhadap kajian dan garis panduan terkini.
  2. Penulisan Artikel – Maklumat disusun dalam gaya bahasa yang mudah difahami oleh orang awam.
  3. Semakan Fakta – Fakta perubatan dan data yang digunakan diteliti oleh pasukan editorial.
  4. Penyemakan Berkala – Kandungan artikel akan disemak dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan, tepat dan berkesan.

4. Kaedah Penyertaan Rujukan

Setiap fakta dan maklumat spesifik yang diambil akan:

  • Disertakan pautan ke artikel atau kajian asal dalam bentuk nombor dalam kurungan – [1]
  • Atau diletakkan dalam ruangan Rujukan di bahagian bawah setiap artikel

Komitmen Kami

Kami percaya bahawa maklumat kesihatan yang tepat dan mudah difahami boleh membantu masyarakat membuat keputusan yang lebih baik untuk kesejahteraan diri dan keluarga.

error: Content is protected !!