Nira nipah adalah sejenis air manisan yang diperoleh daripada pokok nipah (Nypa fruticans), yang banyak ditemui di kawasan paya bakau dan pesisir pantai.
Nira nipah terkenal dengan pelbagai khasiat kesihatan, antaranya membantu menyejukkan badan, meningkatkan tenaga, serta menyokong sistem pencernaan.
Ia juga kaya dengan nutrien semula jadi seperti mineral, vitamin dan antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh.
Selain itu, nira nipah mengandungi indeks glisemik yang lebih rendah berbanding gula biasa, menjadikannya alternatif yang lebih sihat bagi pesakit diabetes atau mereka yang ingin mengawal paras gula dalam darah.
Pokok nipah telah lama digunakan dalam perubatan tradisional di beberapa negara Asia, termasuk Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, dan India.

Kredit imej: Pemetaan Budaya JKKN Malaysia
Pelbagai bahagian tumbuhan ini seperti daun, batang dan akar telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Begitu juga dengan nira nipah yang mempunyai potensi untuk kesihatan.
Artikel ini akan mengulas dengan lebih lanjut mengenai khasiat nira nipah berdasarkan penemuan penyelidikan.
Apa itu Air Nira Nipah?
Air nira nipah ialah cairan dari pokok nipah yang dikumpul dari tangkainya.
Air nira nipah dan hasil olahannya (sirap, gula merah) telah lama dimanfaatkan dalam masyarakat setempat.
Menurut kajian “Analisis Kandungan Glukosa dan Fruktosa pada Nipah dan Aren,” kandungan glukosa dan fruktosa pada air nira nipah relatif, namun lebih rendah daripada air nira dari palma lain seperti pokok kabung: air nira nipah mengandungi kira-kira 4.66% glukosa dan 1.90% fruktosa. [1]
Kajian mengenai ciri-ciri air nira dan sirap nipah menunjukkan bahawa air nira nipah mengandung gula (sukrosa, glukosa, fruktosa) serta mineral dan fenolik (antioksidan).[2]
Dalam bentuk air nira nipah (belum dimasak atau fermentasi), kadar fenolik dan flavonoid lebih tinggi dibanding hasil olahan (sirap). [2]
Potensi Khasiat Nira Nipah untuk Kesihatan
Beberapa kajian saintifik telah menunjukkan potensi khasiat nira nipah atau ekstraknya:
1. Pengawalan Gula Darah atau Antidiabetes
Sebuah kajian mendapati cuka nipah iaitu cuka yang dihasilkan daripada nira nipah dapat membantu menurunkan lonjakan gula darah selepas makan.
Khasiat nira nipah ini dilihat melalui keupayaannya untuk merencatkan aktiviti enzim pencernaan karbohidrat iaitu α-amilase dan α-glukosidase. [3]
Dalam model tikus dengan diabetes jenis-2, cuka nira nipah membantu memperbaiki profil metabolik seperti menurunkan hiperglikemia, menstabilkan lipid dan melindungi sel β pankreas serta sel hati. [4]
2. Mengandungi Antioksidan
Kandungan fenolik atau flavonoid dan hasil aktiviti antioksidan dalam sap nipah menunjukkan potensi sebagai sumber antioksidan alami. [2]
Anioksidan penting dalam melindungi badan daripada kerosakan sel akibat daripada radikal bebas, tekanan oksidatif dan mengurangkan risiko kanser.
Menariknya lagi, bukan sahaja air nira nipah, gula merah daripada nira nipah juga turut mengandungi antioksidan. [5]
3. Potensi Khasiat-khasiat Lain
Selain itu, masyarakat setempat percaya bahawa air nira nipah berkhasiat dalam merawat:
- Demam
- Tekanan darah tinggi
- Gout
- Batu karang
Kesan Sampingan atau Risiko
Secara umumnya, air nira nipah adalah selamat untuk diminum.
Satu kajian pada tikus menyimpulkan bahwa pemberian air nira nipah secara oral pada dos hingga 2000 mg/kg tidak menunjukkan ketoksikan akut seperti: [6]
- Tidak ada perilaku abnormal
- Tidak ada kematian
- Tidak ada perubahan signifikan pada parameter biokimia hati atau ginjal
- Tidak ada kerosakan organ berdasarkan analisis histopatologi.
Kualiti air nira nipah sangat bergantung kepada kondisi penyimpanan dan pengolahan. Air nira nipah mudah berubah (fermentasi) dan hal ini dapat mempengaruhi sifat kimia, mikrobiologi, rasa dan kualitinya. [7]
Kesimpulan
Air nira nipah mengandungi gula, mineral dan antioksidan.
Beberapa kajian awal mendukung potensi khasiat nira nipah seperti antidiabetis dan antioksidan serta menunjukkan bahawa pengambilan nira nipah secara akut tidak mengundang bahaya.
Namun, data pada manusia masih terhad, lebih banyak kajian lanjut dan ujian klinikal diperlukan untuk mendapat satu keputusan kukuh mengenai khasiat nira nipah.
Oleh demikian karena itu, manfaat ini tetap bersifat “potensi” dan perlu kajian lebih lanjut.
Rujukan
- Sarjani, T.M. et al. (2021). Analisis Kandungan Glukosa dan Fruktosa pada Nipah (Nypa fruticans) dan Aren (Arenga pinnata).BIOMA.
- Phetrit, R. et al. (2020). Characterization of Nipa Palm’s (Nypa fruticans Wurmb.) Sap and Syrup as Functional Food Ingredients. EPA.
- Yasmin, F. et al. (2023). Kesan Perencatan Cuka Nipah pada Enzim Hidrolisis Karbohidrat. Sains Malaysiana.
- Razali, N. I. et al. (2025). Effect of nipa palm (Nypa fruticans Wurmb.) vinegar on the incretin hormones and intestinal glucose transporters in type 2 diabetes mellitus rat model. BMC complementary medicine and therapies.
- Widyahapsari, D. A. N. et al. (2020). EVALUASI AKTIVITAS ANTIOKSIDAN DAN pH PADA NIRA NIPAH (Nypa fruticans) SELAMA PROSES PRODUKSI SIRUP GULA MERAH. Jurnal Warta AKAB.
- Siti Fatimah Roqiah Yahaya et al. (2021). Acute Toxicity Evaluation of a Crude Sap Isolated from Nypa fruticans Wurmb. in Sprague Dawley Rats. Sains Malaysiana.
- Jaraee, J. et al. (2023). Physicochemical and microbiological assessment of Nypa fruticans sap collected in Sarawak, Malaysia. Food Research.





