Boleh dikatakan hampir semua daripada kita menyukai aiskrim. Tidak kira jenama atau perisa, aiskrim tetap diminati oleh masyarakat secara keseluruhannya. Sebagai satu bacaan ringan untuk anda, ketahui 15 fakta menarik mengenai aiskrim ini.
Jika di barat seperti di Amerika Syarikat, mereka mempunyai Hari Aiskrim Kebangsaan yang disambut pada setiap ahad ketiga dalam bulan Julai setiap tahun. Pada hari tersebut, kilang dan kedai yang menjual aiskrim akan menghasilkan perasa dan resepi yang unik.
Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai aiskrim:
1. Aiskrim Sundae Terbesar
Aiskrim Sundae terbesar dalam sejarah pernah dibuat di Edmonton Center, Alberta, Canada pada tahun 1988 iaitu seberat 24.9 tan. Ia melibatkan kira-kira 20.2 tan aiskrim, 4.3 tan air gula dan 243 kg hiasan atas (topping).
2. Memerlukan Susu yang Banyak
Ia memerlukan kira-kira 5.4 kg susu untuk menghasilkan 3.79 liter aiskrim.
3. 50 Jilatan
Ia mengambil kira-kira 50 jilatan untuk menghabiskan satu ceduk (scoop) aiskrim kon.
4. Penciptaan Kon Aiskrim
Penciptaan kon aiskrim mempunyai kaitan dengan Pesta Dunia di St. Louis pada tahun 1904. Penjual aiskrim dilaporkan tidak mempunyai penghidang yang mencukupi, jadi dia bekerjasama dengan penjual wafer yang berada disebelah gerainya. Penjual wafer itu kemudiannya mengulung wafernya berbentuk kon. Maka, jadilah kon aiskrim.
5. Aiskrim Dalam Kamus
Fakta menarik mengenai aiskrim yang seterusnya adalah rujukan pertama mengenai aiskrim diberikan oleh the Oxford English Dictionary pada tahun 1744.
6. Resepi Aiskrim
Resepi aiskrim mula-mula wujud pada abad ke-18 di England dan Amerika Syarikat. Resepi ini diterbitkan dalam Mrs. Mary Eales’s Receipts di London pada tahun 1718.
7. Aiskirm di Amerika Syarikat
Aiskrim telah diperkenalkan di Amerika Syarikat oleh penjajah Quaker yang membawa resepi aiskrim bersama mereka.
8. Aiskrim Kon Tertinggi
Aiskrim kon yang tertinggi yang pernah direkodkan adalah setinggi 2.81 m. Ia dihasilkan oleh Mirco Della Vecchia dan Andrea Andrighetti dalam satu acara di Rimini, Itali pada Januari 2011.
9. Populariti Aiskrim
Aiskrim menjadi popular pada abad ke-20 setelah harga peti sejuk menjadi murah.
10. Kepelbagaian Perisa Aiskrim
Pada abad ke-20, banyak kedai-kedai menjual aiskrim dibuka dan pelbagai perisa aiskrim diperkenalkan seperti Baskin-Robbins yang memperkenalkan 31 perisa dan restoran Howard Johnson yang memperkenalkan 28 perisa.
11. Kek Aiskrim Terbesar
Kek aiskrim terbesar yang pernah direkodkan adalah seberat 10.1 tan dan dihasilkan oleh Dairy Queen Canada di Yonge-Dundas Square, Toronto, Ontario, Kanada pada Mei 2011.
Kek aiskrim tersebut mempunyai ukuran 4.45 m panjang, 4.06 m lebar dan 1 m tinggi.
12. Piramid Aiskrim Terbesar
Piramid aiskrim terbesar menggunakan aiskrim ceduk (scoop) telah dihasilkan oleh Baskin-Robbins International menggunakan 3,100 ceduk aiskrim. Priramid aiskrim ini telah dihasilkan di Maui, Hawai pada Mei 2000.
Piramid ini mempunyai 21 lapisan dengan berat kira-kira 362 kg dan tinggi setinggi 1.2 m.
13. Negara yang Paling Banyak Makan Aiskrim
Rakyat di negara Australia merupakan penduduk paling banyak makan aiskrim di mana secara puratanya sebanyak 16.6 liter aiskrim dimakan oleh seorang rakyat negara tersebut setiap tahun.
14. Penjual Aiskrim Paling Lama
Seorang penjual aiskrim dari Amerika Syarikat, Allan Ganz yang dilahirkan pada 13 Julai 1937 menjadi penjual aiskrim paling lama di dunia apabila telah menjual aiskrim selama 66 tahun. Beliau telah menjual aiskrim seawal usianya 10 tahun.
Pada tahun 2014, beliau telah berjaya mencipta rekod ini pada usia 76 tahun.
15. Masa Terpantas untuk Membuat Aiskrim
Masa terpantas yang direkodkan untuk menghasilkan seliter (1 liter) aiskrim adalah 10.34 saat. Rekod ini dipegang oleh Andrew Ross di Cliffe Cottage, South Yorkshire, United Kingdom pada Jun 2010.
Rujukan
- Lynch, K. (2015). National Ice Cream Day: Ten super cool records that have yet to be licked. Guinness World Records.