Kegunaan | Dos | Kesan Sampingan | Interaksi | Amaran
Apakah Benzonatate?
Benzonatate ialah ubat tahan batuk bukan narkotik yang digunakan untuk melegakan batuk dengan mematikan deria saraf di tekak dan paru-paru yang seterusnya mengurangkan refleks batuk.
Ia mula bertindak dalam kira-kira 15 hingga 20 minit selepas ditelan dan kesannya boleh bertahan antara 3 hingga 8 jam.
Benzonatate tergolong dalam kelas ubat antitusif(penahan batuk) atau “cough suppressants”.
Ia bukan opioid; ia bertindak sebagai anestetik tempatan pada reseptor di saluran pernafasan.
Ubat ini hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor. Digunakan untuk melegakan batuk simptomatik (bukan untuk merawat punca asas batuk).
Tidak disarankan untuk kanak-kanak di bawah 10 tahun kecuali diarahkan oleh doktor kerana risiko yang serius.
Dos dan Cara Penggunaan
- Cara pengambilan: Kapsul mesti ditelan sepenuhnya bersama segelas penuh air. Tidak boleh dikunyah, dihancurkan, dibuka atau dibiarkan larut di dalam mulut.
- Dewasa / Kanak-kanak >10 tahun: Dos biasa ialah 100 mg hingga 200 mg tiga kali sehari (jika perlu).
- Had dos maksimum: Hingga kira-kira 600 mg sehari dalam dos berasingkan.
- Jika terlupa satu dos: Ambil bila ingat kecuali hampir masa dos seterusnya — jangan gandakan dos.
Perkara yang Patut Dielakkan
- Jangan kunyah, hancurkan atau hisap kapsul kerana apabila cair di mulut/tekak ia boleh menyebabkan kebas mendadak, sesak nafas atau pengsan.
- Simpan jauh daripada capaian kanak-kanak. Satu atau dua kapsul boleh menyebabkan kesan serius atau fatal pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
Kesan Sampingan
Kesan serius — hentikan penggunaan dan dapatkan bantuan perubatan:
- Reaksi alahan teruk:- Sesak nafas
- Bengkak muka/bibir/tekak
- Ruam meluas
 
- Kebas tekak atau mulut selepas kapsul pecah di mulut menyebabkan risiko tercekik atau kesukaran bernafas.
- Loya atau muntah
- Pening atau pitam
Kesan kurang serius atau biasa:
- Mengantuk
- Sakit kepala
- Sembelit
- Loya
- Ruam ringan
Interaksi Ubat
Penggunaan dengan ubat-ubat yang menyebabkan sedasi atau kesan narkotik mungkin meningkatkan risiko mengantuk atau sesak pernafasan.
Maklumkan doktor semua ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, herba atau suplemen yang anda ambil.
Amaran
- Jangan gunakan benzonatate jika anda alah kepada ubat ini atau kepada ubat kebas tempatan seperti tetracaine atau procaine.
- Jangan mengunyah atau menghisap kapsul benzonatate — ia mesti ditelan secara utuh. Mengunyah atau menghisap boleh menyebabkan kebas di mulut dan tekak atau kesan serius lain.
- Ubat ini tidak diluluskan untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Penggunaannya boleh mengakibatkan dos berlebihan yang boleh membawa maut.

 


