Mungkin anda pernah berada dalam situasi di mana seseorang yang tidak dikenali atau seseorang yang dikenali memberi teguran atau komen yang kasar terhadap anda. Sudah tentu ia menggugat emosi dan mengundang rasa marah bagi diri anda. Jadi, bagaimana cara untuk membalas teguran kasar atau biadap ini?
Artikel ini mengulas dengan lebih lanjut mengenai cara untuk membalas teguran atau komen kasar atau biadap yang mungkin datangnya daripada kawan baik, adik-beradik, bos atau orang asing.
Satu fakta yang mungkin pelik tetapi benar adalah kebiadapan adalah berjangkit.

Menurut satu kajian oleh Universiti Florida, apabila seseorang telah menyaksikan atau mengalami kebiadapan itu, mereka juga berkemungkinan besar akan bertindak balas secara biadap.
Justeru itu, bagaimana untuk bertindak balas atau membalas dengan cara yang tidak memburukkan lagi keadaan?
1. Berfikir Sebelum Bertindak
Sekiranya seseorang menyakiti hati anda dengan kata-kata atau komen yang kasar dan biadap, ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum bertindak.
Adalah penting untuk melihat gambaran yang lebih luas dan hubungan antara anda dengan orang membuat komen tersebut.
Manusia mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesilapan atribusi asas, yang bermaksud bahawa kita menganggap tindakan buruk seseorang adalah disebabkan oleh watak mereka dan bukan keadaan mereka.
Sebagai contoh, seseorang memecut dan memintas kenderaan anda, anda akan menganggap mereka sebagai biadap. Tetapi, ia boleh jadi kerana orang itu terkejar-kejar ke hospital kerana pasangannya ingin bersalin.
Oleh itu, sebelum anda bertindak balas, tanya diri anda apa yang sedang berlaku yang menyebabkan orang tersebut bertindak sedemikian.
2. Ucapkan “Terima Kasih kerana Berkongsi”
Tindak balas seperti ini tidak membenarkan kritikan atau kata-kata kasar untuk menganggu anda dan menutup ruang untuk serangan seterusnya.
Sekiranya orang itu meneruskan apa sahaja aspek negatif yang mereka tunjukkan kepada anda, tidak mengapa untuk terus mengulangi tindak balas yang sama, “Terima kasih kerana berkongsi.”
3. Abaikan
Sekiranya soalan atau komen yang dilontarkan adalah bersifat biadap, kasar atau berlawanan, jangan termakan umpan tersebut. Sebaliknya, abaikan.
Selain itu, sesetengah orang suka berkonflik. Mereka mungkin mengatakan perkara yang menyakitkan hati untuk melibatkan anda dan menarik anda ke dalam pertengkaran.
Jika anda bertahan, ia akan membantu anda menangkis sengatan daripada kata-kata mereka.
4. Bela Diri Anda
Membela diri anda boleh menjadi salah satu cara yang ampuh untuk anda mengesahkan perasaan anda dan memberi peluang untuk sesuatu perhubungan untuk pulih.
Contohnya:
- “Saya rasa tidak betul untuk awak memanggil saya malas kerana saya bekerja dengan kuat dan ia emmbuatkan saya berasa tidak dihargai.”
- “Apabila awak menggunakan kata-kata kesat dengan saya, saya berasa tidak dihormati dan tidak ingin bercakap atau bekerja dengan awak.”
5. Nyatakan Sempadan yang Jelas
Orang akan memahami sempadan dengan baik apabila ia jelas.
Anda tidak perlu menerangkan secara berlebihan kenapa anda mencipta sempadan tersebut. Sebaliknya, anda hanya perlu nyatakan dengan jelas sempadan yang tidak patut dilintas oleh orang tersebut.
Contohnya:
- “Tolong jangan tanya soalan itu lagi.”
- “Pada masa hadapan, saya akan beredar sekiranya kamu membuat komen tersebut lagi.”
6. Manfaatkan Isyarat Bukan Lisan
Kadang-kadang cara terbaik untuk membalas teguran kasar atau biadap ialah dengan isyarat bukan lisan. Anda boleh menunjukkan kepada mereka bagaimana kata-kata mereka menyentuh perasaan anda.
Sebagai contoh, anda boleh menunjukkan isyarat berikut yang menandakan rasa tidak setuju, marah atau kekecewaan anda dengan tindakan berikut:
- Mengeleng-gelengkan kepala
- Berlalu pergi
- Meninggalkan ruang perbicaraan atau perdebatan
- Menunjukkan ekspresi muka yang anda tidak menyukai kata-kata tersebut
Kesimpulan
Tiada cara yang sempurna untuk membalas kebiadapan atau komen kasar yang menyakitkan hati seseorang.
Tindak balas terbaik dalam situasi itu bergantung pada hubungan anda dengan orang te