Imunisasi ialah proses melindungi tubuh daripada penyakit berjangkit melalui rangsangan sistem imun. Vaksin pula mengandungi antigen yang selamat untuk mencetuskan tindak balas imun tanpa menyebabkan penyakit. Melalui vaksinasi, tubuh membina imuniti, mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi serius, serta membantu melindungi komuniti melalui imuniti kelompok.







