Sudah semestinya ramai wanita di luar sana yang mengidamkan kulit yang berseri (glowing) dan cantik. Selain produk-produk penjagaan kulit, suplemen yang menjanjikan kulit berseri dan cantik juga turut menjadi sasaran dan pilihan.
Meskipun begitu, sejauh manakah keberkesanan suplemen tersebut dan adalah anda memilih suplemen yang betul dari segi peranan dan fungsinya?
Dalam artikel ini kita akan melihat dengan lebih lanjut mengenai suplemen-suplemen yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan kulit yang mungkin membuatkan kulit anda kelihatan sihat dan berseri.
Gaya hidup dan pemakanan adalah dua perkara yang turut memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit. Tetapi, ramai juga wanita diluar sana yang mengabaikan dua perkara ini. [1]
1. Kolagen
Kolagen boleh dikatakan antara suplemen yang paling popular dipasarkan sebagai suplemen yang boleh meningkatkan kesihatan kulit.
Para penyelidik masih menjalankan kajian yang berterusan bagi memahami bagaimana suplemen kolagen boleh memberikan kesan kepada kulit.
Meskipun begitu, terdapat bukti daripada kajian yang mendapati pengambilan kolagen boleh meningkatkan kesihatan kulit dalam aspek-aspek tertentu seperti meningkatkan keanjalan, hidrasi dan mengurangkan kedutan. [2]
Namun begitu, para penyelidik juga turut mengingatkan pengguna akan tuntutan berlebihan yang sering digunakan dalam pemasaran dan media. [3]
Secara umumnya, anda boleh mengambil suplemen kolagen untuk meningkatkan kesihatan kulit dan secara tidak langsung menjadikan kulit anda lebih berseri dan cantik.
Sekiranya anda ingin mengambil suplemen kolagen, anda boleh mendapatkan secara atas talian.
2. Vitamin C
Vitamin C adalah antara vitamin yang penting untuk kesihatan dan pelbagai fungsi badan manusia.
Dalam aspek kesihatan kulit, vitamin C adalah vitamin yang penting untuk penghasilan kolagen dan membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.
Ramai orang menggunakan rawatan topikal vitamin C untuk memperbaiki penampilan kulit mereka, tetapi adakah mengambil suplemen vitamin C memberi manfaat kepada kulit juga?
Terdapat bukti kajian yang mendapati pengambilan suplemen vitamin C boleh membantu meningkatkan penghasilan kolagen. [4]
Selain itu, terdapat juga kajian yang mendedahkan bahawa pengambilan suplemen vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan kedutan dan kekeringan pada kulit. [5]
Sekiranya anda ingin mengambil suplemen vitamin C dalam diet harian, anda boleh mendapatkan senarai vitamin C terbaik di sini.
3. Minyak Ikan (Omega-3)
Minyak ikan atau Omega-3 biasanya digunakan untuk mengurangkan kolesterol darah dan mengurangkan sakit sendi.
Tetapi, minyak ikan juga sebenarnya turut memainkan peranan penting terhadap fungsi kulit dan kekurangannya boleh memberikan kesan buruk terhadap kulit. [1]
Kajian semula yang melibatkan 38 kajian melaporkan bahawa suplemen Omega-3 boleh memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah kulit seperti dermatitis atopik, psoriasis, jerawat, dan ulser kulit. Suplemen Omega-3 juga boleh membantu melindungi kulit daripada kanser kulit. [6]
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai masalah kulit seperti jerawat, dermatitis atopik atau psoriasis, pengambilan suplemen minyak ikan boleh membantu mengembalikan kecantikan kulit anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkan suplemen minyak ikan, anda boleh memilih suplemen minyak ikan terbaik di sini.
4. Biotin
Biotin ialah vitamin B yang merupakan salah satu bahan utama dalam kebanyakan suplemen rambut, kulit dan kuku.
Walaupun ada yang mengatakan biotin boleh menjadikan kulit bersinar dan rambut yang kuat, tetapi tiada bukti yang menunjukkan bahawa suplemen biotin memberi manfaat kepada kulit atau memperbaiki penampilan kulit melainkan anda sebenarnya mengalami kekurangan biotin. [7]
Kekurangan biotin jarang berlaku dan suplemen biotin biasanya tidak diperlukan untuk orang sihat yang secara amnya yang mengekalkan diet seimbang.
5. Probiotik
Probiotik selalunya dimakan untuk menyokong kesihatan usus. Kesihatan usus sebenarnya turut penting untuk kesihatan kulit.
Ketidakseimbangan komuniti mikrob dalam usus boleh membawa kepada masalah kulit seperti jerawat dan rosasea iaitu keadaan yang menyebabkan kemerah-merahan pada kulit dan bintik-bintik jerawat. [8, 9]
Suplemen probiotik boleh membantu memulihkan keseimbangan bakteria usus dan telah didapati boleh mengurangkan masalah berkaitan kulit seperti jerawat dan dermatitis. [10, 11]
Selain suplemen, anda boleh mendapatkan probiotik daripada makanan seperti tempe, yogurt, kimci atau kombucha.
Sekiranya anda mempunyai masalah jerawat atau dermatitis, anda boleh mencuba suplemen probiotik yang boleh dipilih di sini.
6. Multivitamin
Suplemen multivitamin adalah suplemen yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang turut boleh membantu kulit anda kelihatan berseri dan sihat.
Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa suplemen yang mengandungi campuran vitamin, mineral dan bahan lain boleh membantu memperbaiki masalah kulit yang biasa seperti kekeringan dan kusam. [12]
Kajian yang melibatkan 50 wanita berumur 35-65 tahun mendapati bahawa mereka yang mengambil suplemen yang mengandungi campuran vitamin, mineral, asid lemak dan bahan-bahan lain selama 12 minggu mengalami peningkatan ketara dalam kekusaman kulit, kekeringan, pigmentasi dan penampilan kulit secara keseluruhannya. [12]
Sekrianya anda ingin mengambil suplemen multivitamin, anda boleh mendapatkan suplemen ini secara atas talian.
Rumusan
Penyelidikan mendapati bahawa suplemen seperti kolagen, vitamin C dan multivitamin boleh membantu aspek-aspek tertentu dalam kecantikan kulit seperti kedutan, keanjalan dan hidrasi.
Selain itu, suplemen seperti minyak ikan dan probiotik boleh membantu anda mengatasi masalah kulit seperti jerawat untuk kelihatan lebih cantik.
Walau bagaimanapun, penjagaan makanan yang dan gaya hidup yang sihat masih penting sekiranya anda inginkan kulit muka yang berseri dan cantik.
Rujukan
- Cao, C. et al. (2020). Diet and Skin Aging-From the Perspective of Food Nutrition. Nutrients.
- Al-Atif H. (2022). Collagen Supplements for Aging and Wrinkles: A Paradigm Shift in the Fields of Dermatology and Cosmetics. Dermatology practical & conceptual.
- Rustad, A. M. et al. (2022). Myths and media in oral collagen supplementation for the skin, nails, and hair: A review. Journal of cosmetic dermatology.
- DePhillipo, N. N. et al. (2018). Efficacy of Vitamin C Supplementation on Collagen Synthesis and Oxidative Stress After Musculoskeletal Injuries: A Systematic Review. Orthopaedic journal of sports medicine.
- Cosgrove, M. C. et al. (2007). Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged American women. The American journal of clinical nutrition.
- Thomsen, B. J. et al. (2020). The Potential Uses of Omega-3 Fatty Acids in Dermatology: A Review. Journal of cutaneous medicine and surgery.
- Perez-Sanchez, A. C. et al. (2020). Skin, Hair, and Nail Supplements: Marketing and Labeling Concerns. Cureus.
- Lee, Y. B. et al. (2019). Potential Role of the Microbiome in Acne: A Comprehensive Review. Journal of clinical medicine.
- Bustamante, M. et al. (2020). Probiotics and prebiotics potential for the care of skin, female urogenital tract, and respiratory tract. Folia microbiologica.
- Chilicka, K. et al. (2022). Microbiome and Probiotics in Acne Vulgaris-A Narrative Review. Life.
- Rusu, E. et al. (2019). Prebiotics and probiotics in atopic dermatitis. Experimental and therapeutic medicine.
- Draelos Z. D. (2019). An Oral Supplement and the Nutrition-Skin Connection. The Journal of clinical and aesthetic dermatology.