Rukun Iman adalah satu rukun daripada 3 rukun agama Islam. Seorang yang mengakui dirinya sebagai seorang Islam atau Muslim wajib beriman dengan 6 perkara dalam rukun ini.
Iman dari segi bahasa membawa maksud percaya, yakin dan membenarkan.
Manakala dari segi syarak iman ialah kepercayaan yang terbit daripada hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah benar dan datangya daripada Allah SWT.
Terdapat 3 syarat iman iaitu:
- Berikrar dengan lidah
- Membenar dengan hati
- Beramal dengan anggota badan (tingkah laku)
Rukun Iman
Rukun iman ada 6 perkara iaitu:
- Beriman kepada Allah SWT
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada kitab-kitab
- Beriman kepada rasul-rasul
- Beriman kepada hari kiamat
- Beriman kepada Qada’ dan Qadar
1. Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah bermaksud mempercayai dengan penuh yakin bahawa Allah SWT yang menciptakan alam ini dan Dialah Tuhan yang berhak dan wajib disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup.
2. Beriman kepada Malaikat
Mempercayai bahawa malaikat adalah pesuruh-pesuruh Allah yang taat dan patuh menjalankan segala perintah Allah.
Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang dicipta daripada cahaya. Malaikat tidak berjantina sama ada lelaki atau perempuan dan tidak mempunyai nafsu.
Jumlah malaikat keseluruhannya amatlah banyak tetapi umat Islam hanya wajib mengetahui 10 malaikat iaitu:
Nama Malaikat | Tugas-tugas Malaikat |
Jibrail | Menyampaikan wahyu |
Mikail | Menyampaikan rezeki |
Izrail | Mengambil nyawa |
Israfil | Meniup sangkakala |
Munkar | Menyoal di dalam kubur |
Nakir | Menyoal di dalam kabut |
Raqib | Menulis kebajikan |
Atid | Menulis kejahatan |
Malik | Menjaga neraka |
Ridhwan | Menjaga syurga |
3. Beriman kepada Kitab
Beriman kepada kitab boleh terbahagi kepada dua iaitu secara ijmali dan tafsili.
Beriman secara ijmali ialah menyakini setiap rasul diturunkan wahyu sama ada kemudiannya ditulis dalam bentuk kitab atau dalam bentuk suhuf sahaja. Sebahagiannya disebut namanya di dalam Al-Quran dan sebahagiannya tidak dinayatakan.
Beriman secara tafsili pula ialah mengetahui nama sebenar kitab-kitav yang diturunkan kepada rasul yang dipilih satu persatu dan mengimani bahawa kandungannya adalah ajaran dari Allah dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup.
Suhuf ialah helaian-helaian muka surat yang mengandungi wahyu yang diturunkan kepada rasul-rasul Allah yang terpilih.
Antara suhuf yang diturunkan ialah 110 suhuf iaitu (Rujukan):
- 10 suhuf kepada Nabi Adam
- 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim
- 10 suhuf kepada Nabi Musa
- 30 suhuf kepada Nabi Idris
- 50 suhuf kepada Nabi Thith
Kitab yang wajib diimani:
- Taurat – Nabi Musa a.s
- Zabur – Nabi Daud a.s
- Injil – Nabi Musa a.s
- Al-Quran – Nabi Muhammad SAW
4. Beriman kepada Rasul-rasul
Setiap umat Islam wajib beriman dengan rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.
Terdapat 25 nama rasul-rasul yang wajib diketahui iaitu:
- Nabi Adam a.s
- Nabi Idris a.s
- Nabi Nuh a.s
- Nabi Hud a.s
- Nabi Soleh a.s
- Nabi Ibrahim a.s
- Nabi Lut a.s
- Nabi Ismail a.s
- Nabi Ishak a.s
- Nabi Yaakub a.s
- Nabi Yusuf a.s
- Nabi Ayub a.s
- Nabi Syuib a.s
- Nabi Musa a.s
- Nabi Harun a.s
- Nabi Zulkifli a.s
- Nabi Daud a.s
- Nabi Sulaiman a.s
- Nabi Ilyas a.s
- Nabi Ilyasa a.s
- Nabi Yunus a.s
- Nabi Zakaria a.s
- Nabi Yahya a.s
- Nabi Isa a.s
- Nabi Muhammad SAW
5. Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada hari kiamat ialah beriman dengan perkara-perkara yang berhubung dengan hari kiamat seperti:
- Adanya kematian
- Adanya pembalasan alam kubur
- Adanya padang masyar tempat dihimpunkan kesemua makhluk untuk dihisab
- Dihisab segala amalan
- Titian sirat
- Syurga dan neraka
6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Qada’ adalah pelaksanaan ke atas sesuatu ketentuan sama ada ia perkara baik atau buruk yang telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali.
Qadar pula adalah ketentuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku kepada sesorang itu yang telah ditentukan sejak azali lagi.
Peranan Iman Dalam Kesihatan Mental
Iman atau kepercayaan memainkan peranan penting dalam menentukan emosi dan tingkah laku seseorang. Proses kognitif manusia akan melalui 3 fasa iaitu:
- Peristiwa
- Kepercayaan
- Hasil atau akibat
Sebagai contoh, seseorang itu diuji dengan kesakitan atau penyakit. Penyakit ini adalah peristiwa yang mencetuskan kepercayaan seseorang itu. Sama ada kepercayaan ke arah kebaikan atau ke arah keburukan.
Sekiranya individu tersebut percaya bahawa sakit itu adalah satu yang menghinakan atau satu kebencian Allah SWT kepadanya, maka hasil atau akibatnya akan menyebabkan dia mengalami kemurungan, rasa putus asa dan tertekan.
Sebaliknya, jika seseorang itu percaya bahawa sakit itu adalah satu teguran Tuhan kepadanya untuk kembali kepada Allah SWT atau sakit itu penhapus dosa. Maka, hasil atau akibatnya dia akan terus bersabar, berfikiran positif dan sentiasa kuat untuk menghadapi dugaan tersebut.
Iman Membetulkan Tanggapan
Iman yang baik dan betul akan menghasilkan satu ketenangan dan kekuatan. Tidak kira bagaimana sekalipun dia diuji, orang yang beriman akan terus tabah dan bersabar.
Kepercayaan kepada Tuhan dan kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar akan membantu seseorang itu untuk mencipta satu pegangan yang melangkaui masalah yang dihadapinya.
Iman yang benar juga akan mengubah persepsi negatif kepada positif, kebimbangan kepada ketabahan, ragu-ragu kepada yakin dan ketakutan kepada keberanian.
Rumusan
Umat Islam wajib mengetahui dan beriman dengan rukun iman. Rukun iman meletakkan satu batu asas yang kukuh untuk seseorang itu mengharungi ujian di dunia ini.
Iman juga membentuk kepercayaan seseorang terhadap penciptanya dan mencorak bagaimana seseorang itu berfikir dan membuat keputusan.