Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kenyataan akhbar hari ini memberi penjelasan mengenai isu keselamatan dan keberkesanan nano mist spray sebagai alat disinfeksi.
Nano mist spray menarik minat banyak pengguna di negara ini untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan COVID-19. Ramai yang menganggap bahawa alat ini berupaya menghapuskan virus di uadara dan juga di permukaan.
Menurut KKM lagi, keberkesanan penggunaan alat nano mist spray ini bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan serta tempoh masa pendedahan.
Setakat ini beberapa larutan disinfeksi yang sedia ada seperti:
- Larutan mengandungi alkohol 70%-90%
- Hidrogen peroksida (hydrogen peroxide)
- Thymol
- Quarternary ammonia
- Larutan berasaskan klorin
berkesan untuk membunuh virus SARS-CoV-2.
Selain itu, pihak KKM juga turut menekankan bahawa penggunaan larutan disinfeksi ini hanyalah untuk menyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan untuk secara langsung ke atas manusia.
Hal ini kerana sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti iritasi pada kulit, mata, saluran pernafasan dan juga sistem penghadaman.
Tambahan lagi, pihak KKM turut menegaskan bahawa penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual.
INFO – Nano mist spray adalah alat penyembur yang menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Alat ini mempunyai banyak kegunaan dalam pelbagai tujuan seperti kecantikan, domestik dan industri. Ia bergantung kepada spesifikasi alat dan cecair yang digunakan. Alat ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz, daripada untu