YA – Anda perlu bimbang jika najis anda berwarna putih selepas anda mengalami cirit-birit. Sila dapatkan diagnosis dan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
Walaupun najis putih selepas cirit-birit boleh berlaku akibat pengambilan ubat antidiarea pada dos yang besar, namun ia juga boleh menjadi tanda atau gejala kepada keadaan yang serius
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai punca atau penyebab najis putih.
Saluran Hempedu Tersumbat
Kekurangan hempedu boleh menyebabkan najis putih atau najis seperti lempung (tanah liat). Kekurangan hempedu boleh menjadi tanda kepada masalah yang serius.
Peranan Hempedu
Hempedu ialah sejenis cecair pencernaan. Ia dihasilkan oleh hati dan disimpan di dalam pundi hempedu.
Semasa proses pencernaan, hempedu akan dirembeskan ke dalam usus kecil untuk memecahkan lemak kepada asid lemak.
Ia juga turut membantu menyingkirkan produk sisa dan kolesterol. Hempedu menyebabkan najis anda berwarna coklat.
Kekurangan hempedu lazimnya disebabkan saluran hempedu yang tersumbat. Penyumbatan ini boleh disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti:
- Batu karang
- Keradangan saluran hempedu
- Tumor
- Pembesaran nodus limfa
- Sista saluran hempedu
Gejala-gejala Saluran Hempedu Tersumbat
Bersama-sama dengan najis putih, anda juga boleh mengalami gejala-gejala seperti:
- Sakit perut (bahagian kanan atas)
- Jaundis
- Demam
- Loya
- Muntah
- Air kencing berwarna gelap
Rawatan
Doktor anda akan mengesyorkan rawatan berdasarkan punca yang menyebabkannya. Sebagai contoh, untuk batu karang, doktor anda mungkin mencadangkan kolesistektomi.
Penyakit Hati
Najis putih kadangkala boleh menjadi gejala-gejala penyakit hati. Terdapat banyak penyebab kepada penyakit hati seperti:
- Jangkitan:
- Hepatitis A
- Hepatitis B
- Hepatitis C
- Genetik:
- Penyakit Wilson
- Hyperoxaluria dan oxalosis
- Hemokromatosis
- Kekurangan alpha-1 antitrypsin
- Kanser:
- Kanser hati
- Kanser saluran hempedu
- Adenoma hati
- Keabnormalan sistem imun:
- Hepatitis autoimun
- Primary biliary cirrhosis
- Primary sclerosing cholangitis
- Keadaan-keadaan lain:
- Ketagihan alkohol
- Penyakit hati berlemak bukan alkohol
Gejala-gejala Penyakit Hati
Bersama-sama najis putih, anda juga boleh mengalami gejala-gejala berikut:
- Jaundis
- Bengkak dan sakit perut
- Loya
- Muntah
- Kelesuan kronik
- Bengkak di buku lali dan kaki
- Lebam
- Air kencing berwarna gelap
- Hilang selera makan
- Kegatalan kulit
Rawatan
Doktor anda akan mengesyorkan rawatan berdasarkan diagnosis. Walaupun sesetengah masalah hati memerlukan ubat atau pembedahan, banyak yang boleh ditangani dengan perubahan gaya hidup seperti menurunkan berat badan atau menghentikan pengambilan alkohol.
Rumusan
Najis berwarna putih boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang anda alami.
Najis putih selepas cirit-birit mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat antidiarea tertentu dalam dos yang besar.
Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi gejala keadaan perubatan yang serius seperti penyakit hati atau saluran hempedu tersumbat.
Rujukan
- Rajan E. (2023). White stool: Should I be concerned? MayoClinic