Makanan tinggi vitamin E diperlukan bagi menampung keperluan badan kepada vitamin ini. Vitamin E bertindak sebagai antioksidan yang dapat mencegah dan meneutralkan radikal bebas.
Vitamin E boleh melindungi asid lemak politaktepu dalam membran daripada pengoksidaan, mengawal selia penghasilan radikal oksigen, dan radikal nitrogen. [1]
Kekurangan vitamin E kebiasaannya jarang berlaku kepada manusia. Namun, kekurangan vitamin E boleh berlaku kepada pesakit sindrom malserapan lemak, keabnormalan genetik dalam penghasilan protein penghantar alfa-tocoferol dan malnutrisi protein-tenaga.
Di Malaysia, lelaki dewasa lebih berisiko kekurangan vitamin E berbanding wanita. [2]
Kekurangan vitamin E dalam kalangan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan (malnutrisi) protein-tenaga boleh mengakibatkan defisit neurologi. [3]
Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin E untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
Kumpulan Usia | RNI (mg/hari) |
Bayi | |
0-5 bulan | 3 |
6-11 bulan | 3 |
Kanak-kanak | |
1-3 tahun | 5 |
4-6 tahun | 5 |
7-9 tahun | 7 |
Remaja Lelaki | |
10-18 tahun | 10 |
Remaja Perempuan | |
10-18 tahun | 7.5 |
Lelaki Dewasa | |
19-65 tahun | 10 |
>65 tahun | 10 |
Wanita Dewasa | |
19-65 tahun | 7.5 |
>65 tahun | 7.5 |
Mengandung | 7.5 |
Penyusuan | 7.5 |
Berikut ialah 14 senarai makanan yang tinggi vitamin E: [4]
1. Minyak Kacang Soya
Kandungan vitamin E: 94.6 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
2. Minyak Canola
Kandungan vitamin E: 45.8 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
3. Minyak Bunga Matahari
Kandungan vitamin E: 41.1 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
4. Minyak Bunga Kesumba (Safflower)
Kandungan vitamin E: 34.1 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
5. Minyak Biji Anggur
Kandungan vitamin E: 28.8 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat Biji Anggur
6. Minyak Kelapa Sawit
Kandungan vitamin E: 15.9 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
7. Minyak Zaitun
Kandungan vitamin E: 15.3 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat Minyak Zaitun
8. Minyak Jagung
Kandungan vitamin E: 14.3 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
9. Biji Bunga Matahari
Kandungan vitamin E: 27.5 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
10. Kacang Pekan (Pecan)
Kandungan vitamin E: 26.7 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
11. Kacang Badam (Almond)
Kandungan vitamin E: 26.6 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat kacang badam
12. Kacang Hazel
Kandungan vitamin E: 15.4 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
13. Kacang Tanah
Kandungan vitamin E: 12.2 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
14. Mentega Kacang
Kandungan vitamin E: 9.1 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 91% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi lelaki dewasa).
Rumusan
Senarai makanan ini boleh dijadikan rujukan bagi anda yang menghadapi masalah kekurangan vitamin E.
Sumber vitamin daripada makanan semulajadi adalah lebih baik daripada sumber vitamin daripada diet tambahan (dietary supplement), ejen farmakologi atau makanan yang diperkaya.
Rujukan
- Lee, G. Y., & Han, S. N. (2018). The Role of Vitamin E in Immunity. Nutrients.
- Shahar, S. et al. (1999). Nutritional status of rural elderly Malays: dietary and biochemical findings. International journal for vitamin and nutrition research.
- Kalra, V. et al. (1998). Vitamin E deficiency and associated neurological deficits in children with protein-energy malnutrition. Journal of tropical pediatrics.
- U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. FoodData Central, 2019. fdc.nal.usda.gov.