Makanan tinggi vitamin B1 diperlukan dalam diet harian kerana hanya sebahagian kecil sahaja vitamin ini disimpan di dalam hati.
Vitamin B1 atau lebih dikenali sebagai Tiamin (Thiamin) mempunyai peranan penting dalam metabolisme tenaga (membolehkan badan menukar makanan kepada tenaga). Maka vitamin ini amat penting untuk tumbesaran, perkembangan dan fungsi pelbagai sel dalam badan.
Fungsi normal jantung, otot-otot dan sistem saraf bergantung kepada vitamin ini. Kekurangan vitamin B1 boleh membawa kepada kegagalan jantung, kerosakan sistem saraf periferal, penyakit beri-beri atau sindrom Wernicke-Korsakoff. [1]
Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi vitamin B1 (Tiamin) untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
Kumpulan Usia | RNI (mg/hari) |
Bayi | |
0-5 bulan | 0.2 |
6-11 bulan | 0.3 |
Kanak-kanak | |
1-3 tahun | 0.5 |
4-6 tahun | 0.6 |
7-9 tahun | 0.9 |
Budak & Remaja Lelaki | |
10-18 tahun | 1.2 |
Budak & Remaja Perempuan | |
10-18 tahun | 1.1 |
Lelaki Dewasa | |
19-65 tahun | 1.2 |
>65 tahun | 1.2 |
Wanita Dewasa | |
19-65tahun | 1.1 |
>65 tahun | 11 |
Mengandung | 1.4 |
Penyusuan | 1.5 |
Berikut ialah 14 senarai makanan yang tinggi vitamin B1 (Tiamin) (USDA, Tee et. al., 1997):
1. Ikan Bilis
Kandungan vitamin B1: 0.17 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 14.2% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
2. Ayam
Kandungan vitamin B1: 0.15 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 12.5% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
3. Daging Lembu (pejal)
Kandungan vitamin B1: 0.10 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 8.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
Bacaan lanjut: Kebaikan dan Keburukan Daging Merah
4. Biji Bunga Matahari (kuaci)
Kandungan vitamin B1: 1.48 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
Bacaan lanjut: Khasiat kuaci bunga matahari
5. Kacang Dhal (kuning)
Kandungan vitamin B1: 1.40 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
6. Kacang Tanah
Kandungan vitamin B1: 1.00 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 83.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
7. Kacang Soya (putih)
Kandungan vitamin B1: 0.87 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 72.5% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
8. Kacang Gajus
Kandungan vitamin B1: 0.67 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 55.8% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
9. Susu
Kandungan vitamin B1: 0.72 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 60% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
10. Susu Tepung (formula untuk bayi)
Kandungan vitamin B1: 0.74 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi bayi).
11. Oat
Kandungan vitamin B1: 0.46 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 38.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
Bacaan lanjut: Khasiat oat.
12. Roti Putih
Kandungan vitamin B1: 0.42 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 35% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
13. Roti Bijiran Penuh
Kandungan vitamin B1: 0.40 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 33.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
14. Jagung
Kandungan vitamin B1: 0.22 miligram bagi setiap 100 gram.
RNI: 18.3% daripada RNI (berdasarkan kadar tertinggi bagi lelaki).
Rumusan
Pada asasnya, vitamin B1 mudah didapati dalam pelbagai jenis makanan. Terdapat juga produk makanan yang diperkaya dengan vitamin B1 atau Tiamin ini.
Walau bagaimanapun, kekurangan vitamin ini boleh berlaku kepada mereka yang kurang mendapat akses kepada makanan yang berzat.
Senarai makanan tinggi vitamin B1 ini diharap dapat menjadi panduan untuk kita mendapatkan vitamin B1 secukupnya.
Rujukan
- Tee ES, Mohd Ismail N, Mohd Nasir A and Khatijah I (1997). Nutrient Composition of Malaysian Foods. 4th Edition. Malaysian Food Composition Database Programme, Institute for Medical Research, Kuala Lumpur; 310 p.
- Attaluri, P. et al. (2018). Thiamine Deficiency: An Important Consideration in Critically Ill Patients. The American journal of the medical sciences.