Makanan tinggi folat atau turut dikenali sebagai vitamin B9 harus diberi perhatian oleh ibu hamil atau wanita yang merancang untuk hamil.
Folat menyokong pembahagian sel yang sihat, mempromosikan tumbesaran dan perkembangan janin yang betul bagi mengurangkan risiko kelahiran cacat. [1]
Folat juga memainkan peranan penting dalam penghasilan sel-sel darah merah dan pembentukan sel-sel darah.
Asid folik (folic acid) pula ialah bentuk sintetik folat yang boleh dijumpai dalam produk makanan yang diperkaya dan makanan tambahan (supplement).
Kekurangan folat dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, kanser, disfungsi kognitif, kecacatan janin, dan kelahiran pramatang. [2, 3]
Recommended nutrient intake (RNI) atau pengambilan nutrien yang disyorkan bagi folat (vitamin B9) untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
Kumpulan Usia | RNI (µg/hari) |
Bayi | |
0-5 bulan | 80 |
6-12 bulan | 80 |
Kanak-kanak | |
1-3 tahun | 160 |
4-6 tahun | 200 |
7-9 tahun | 300 |
Remaja Lelaki & Perempuan | |
10-18 tahun | 400 |
Lelaki & Wanita Dewasa | |
19-65 tahun | 400 |
>65 tahun | 400 |
Mengandung | 600 |
Penyusuan | 500 |
Berikut ialah 14 senarai makanan yang tinggi folat: [4]
1. Kacang Ginjal
Kandungan folat: 394 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 98.5% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
2. Asparagus
Kandungan folat: 52 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 13% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat asparagus untuk kesihatan
3. Beras Perang
Kandungan folat: 45 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 11.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat Beras Perang
4. Telur
Kandungan folat: 47 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 11.8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat telur.
5. Buah Betik
Kandungan folat: 31 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 7.8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat betik.
6. Sayur Bayam
Kandungan folat: 194 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 48.5% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat Sayur Bayam
7. Sayur Brokoli (dimasak)
Kandungan folat: 107 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 26.8% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat Sayur Brokoli
8. Hati Lembu
Kandungan folat: 290 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 72.5% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
9. Buah Avokado
Kandungan folat: 81 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 20.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat Buah Avokado
10. Sayur Bendi
Kandungan folat: 60 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 15% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat sayur bendi.
11. Biji Bunga Matahari, Kuaci (dipanggang)
Kandungan folat: 237 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 59.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Bacaan lanjut: Khasiat kuaci bunga matahari
12. Hati Ayam
Kandungan folat: 588 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: melebihi 100% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
13. Hati Anak Biri-biri (Lamb)
Kandungan folat: 230 mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 57.5% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
14. Kacang Soya (hijau)
Kandungan folat: 165mikrogram bagi setiap 100 gram.
RNI: 41.3% daripada RNI (berdasarkan kadar bagi remaja dan orang dewasa).
Rumusan
Makanan yang tinggi folat sangat penting terutamanya kepada ibu mengandung dan menyusu. Folat boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan juga haiwan ternakan.
Senarai makanan tinggi folat ini diharap dapat membantu menjadi panduan pemilihan makanan bagi mereka yang memerlukan mikronutrien ini.
Rujukan
- Stanger O. (2002). Physiology of folic acid in health and disease. Current drug metabolism.
- Ebara S. (2017). Nutritional role of folate. Congenital anomalies.
- Mgamb, E. et al. (2017). Folate deficiency and utilization of folic acid fortified flour among pregnant women attending antenatal clinic at Pumwani Maternity Hospital, Kenya, 2015. The Pan African medical journal.
- U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. FoodData Central, 2019. fdc.nal.usda.gov.