Kanser adalah antara penyakit yang menyumbang kepada kematian yang tinggi di seluruh dunia. Pemakanan yang sihat adalah salah satu kunci untuk mencegah kanser. Kali ini kami senaraikan makanan terbaik untuk mencegah kanser berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan.
Makanan-makanan ini juga mudah untuk didapati di negara ini. Malah ramai diantara kita yang mengemari makanan-makanan ini.
Berikut adalah senarai 26 makanan terbaik untuk mencegah kanser.
1. Buah Kranberi

Buah kranberi mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai proanthocyanidin yang bertindak sebagai agen yang boleh mencegah kanser. [1]
Berdasarkan kajian makmal, buah kranberi dilihat mampu merencatkan perkembangan kanser esofagus, perut, kolon, pundi kencing, prostat, limfoma dan otak.
Sifat antikanser buah kranberi ini dapat dilihat melalui beberapa mekanisma berikut:
- Mencetuskan kematian sel-sel kanser.
- Merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser.
- Mengurangkan keradangan.
- Mengurangkan tekanan pengoksidaan.
2. Biji Labu
Biji labu juga adalah makanan yang boleh mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara, perut dan prostat.
Ini berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap sel-sel kanser prostat, payudara dan kolorektal. [2]
3. Limau Nipis
Buah limau nipis juga tergolong dalam makanan terbaik untuk mencegah kanser.
Ekstrak, jus atau biji limau nipis didapati mempunyai keupayaan untuk mencegah sel-sel kanser kolon (usus), kanser pankreas, kanser payudara dan kanser limfoma. [3]
4. Cendawan Ganoderma
Cendawan Ganoderma adalah antara cendawan yang paling berkesan dalam pencegahan kanser.
Kajian-kajian klinikal yang dijalankan terhadap pesakit kanser mendapati ekstrak Ganoderma boleh meningkatkan imuniti sel-sel pesakit dan meningkatkan keberkesanan rawatan antikanser seperti kemoterapi dan radioterapi. [4]
5. Tomato
Buah tomato adalah antara makanan terbaik untuk mencegah penyakit kanser prostat dan payudara.
Bagi pesakit kanser prostat, tomato atau produk mengandungi tomato boleh menurunkan paras antigen prostat spesifik (PSA). Kesan ini dipercayai disebabkan oleh kandungan antioksidan yang dikenali sebagai likopena.
Mereka yang mempunyai kadar PSA yang tinggi dalam darah mempunyai risiko tinggi menghidap kanser prostat.
Manakala bagi kanser payudara, likopena ini didapati boleh mengurangkan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita pra-menopaus. [5]
6. Tongkat Ali
Tongkat ali adalah tumbuhan herba yang turut bermanfaat dalam pencegahan kanser.
Akar Tongkat Ali didapati mengandungi sebatian-sebatian yang boleh mematikan sel-sel kanser paru-paru, payudara, usus, melanoma, fibrosarkoma dan leukimia. [6, 7]
7. Ginseng
Ginseng mengandungi sebatian yang dikenali sebagai Ginsenosides. Ginsenosides ini bersifat antiradang dan antioksidan.
Berdasarkan analisis yang dijalankan terhadap 9 kajian mendapati ginseng boleh mengurangkan risiko penyakit kanser. [8]
Tambahan lagi, kajian lain turut menunjukkan golongan yang mengambil ginseng adalah berisiko rendah untuk menghidap beberapa penyakit kanser seperti kanser mulut, esofagus, perut, usus, hati dan paru-paru. [9]
8. Anggur
Buah anggur juga adalah makanan terbaik untuk mencegah kanser.
Anggur mengandungi sebatian bioaktif yang dikenali sebagai resveratrol. Resveratrol ini boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser, membunuh sel-sel kanser dan mengurangkan keradangan.
Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan sebatian ini mempunyai kesan antikanser terhadap kanser usus, prostat, paru-paru, payu dara dan rahim. [10]
Resveratrol ini banyak terkandung di bahagian biji dan kulit buah anggur.
9. Laici
Buah laici juga tidak kurang hebatnya. Isi laici ini mengandungi sebatian bioaktif yang dikenali polisakarida yang mempunyai kesan antioksidan yang kuat.
Kajian tabung uji mendapati sebatian ini mempunyai kesan antitumor dan kesan terhadap sistem imun badan. Kajian ini juga turut mendapati pulpa laici mempunyai kesan antitumor terhadap sel-sel kanser serviks, hati dan paru-paru. [11]
Isi laici juga turut mengandungi galaktosa dan manosa yang turut bersifat antitumor. Dua sebatian ini meningkatkan aktiviti antioksidan dan merencatkan pembiakan sel-sel kanser gastrik dan hati. [12]
10. Bunga Kantan
Bunga kantan juga adalah ulam yang berpotensi mencegah kanser.
Kajian oleh pengkaji dari Universiti Putra Malaysia mendapati bunga kantan boleh membunuh sel-sel kanser serviks. [13]
Kajian lain turut mendapati ekstrak bunga kantan boleh memendekkan jangka hayat sel-sel kanser kulit. [14]
11. Bunga Cengkih
Bunga cengkih yang selalu digunakan sebagai rempah dalam masakan ini juga turut mempunyai kesan antikanser.
Bunga cengkih mengandungi dua sebatian aktif yang didapati mempunyai ciri-ciri antikanser iaitu asid oleanolik dan eugenol. Komponen bioaktif ini boleh menyebabkan kematian sel-sel kanser usus dan serviks. [15, 16]
12. Cendawan Enoki
Cendawan enoki juga adalah antara makanan terbaik untuk mencegah kanser.
Terdapat kajian-kajian yang mendapati cendawan Enoki ini boleh menghalang pertumbuhan dan membunuh sel-sel kanser. Kesan ini dilihat terhadap sel-sel kanser payudara, serviks, hati, perut dan paru-paru. [17, 18]
13. Gamat
Selain untuk kegunaan luaran, gamat juga boleh dijadikan tonik.
Gamat mempunyai sebatian aktif yang dikenali sebagai triterpene glycosides yang boleh melawan kanser.
Beberapa kajian menunjukkan sebatian ini boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser dan boleh membunuh sel-sel kanser seperti kanser pankreas, paru-paru, prostat, payudara dan hati. [19, 20, 21]
14. Durian Belanda
Buah durian belanda dan daunnya juga adalah makanan terbaik untuk mencegah kanser.
Buah ini mempunyai sebatian yang dikenali sebagai annonaceous acetogenin. Sebatian ini dikaitkan dengan pencegahan kanser prostat. [22]
Berbanding buahnya, daun durian belanda sebenarnya mempunyai kesan antikanser yang lebih banyak. Ini berdasarkan kajian-kajian yang mendapati ekstrak daun durian belanda ini boleh membunuh sel-sel kanser dalam kanser kolon dan kanser paru-paru. [23]
Satu kajian kes terhadap wanita berumur 60 tahun yang menghidap kanser payudara mendapati pengambilan air rebusan daun durian belanda dapat menstabilkan penyakit wanita tersebut tanpa kesan sampingan. [24]
15. Nangka
Siapa sangka buah nangka turut mempunyai sifat antikanser. Nangka mengandungi fitonutrien seperti lignan, isoflavon dan saponin.
Sebatian-sebatian fitonutrien ini dipercayai menjadi penyumbang kepada sifat antikanser buah ini.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa isi buah nangka mengandungi sebatian yang boleh mencegah dan merawat kanser limfoma. [25]
16. Bendi
Selain mempunyai khasiat yang lain, bendi juga turut mempunyai kesan yang boleh mencegah kanser.
Bendi mengandungi protein yang dipanggil lektin. Lektin dipercayai boleh merencatkan tumbesaran sel-sel kanser dalam manusia. Satu kajian tabung uji mendapati lektin dalam bendi boleh merencatkan tumbesaran sel-sel kanser payudara sehingga 63%. [26]
17. Lengkuas
Lengkuas mengandungi sebatian bernama galangin yang menjadikannya antara makanan terbaik untuk mencegah kanser.
Galangin ini boleh membunuh sel-sel kanser. Ini berdasarkan kajian yang mendapati galangin ini boleh membunuh sel-sel kanser usus manusia. [27]
18. Kunyit
Kunyit yang selalu digunakan untuk menggoreng itu sebenarnya rempah yang sangat berkhasiat.
Kurkumin ialah bahan utama dalam kunyit. Kurkumin ini mempunyai kesan perlindungan terhadap kanser serta mengurangkan risiko terhadap kanser pankreas, prostat, payudara dan kanser darah.[28, 29]
19. Madu Kelulut
Madu kelulut juga mempunyai polifenol seperti kuersetin, apigenin, krisin dan luteolin yang mempunyai ciri-ciri antikanser.
Kajian tabung uji dan terhadap haiwan mendapati madu kelulut boleh mencegah perkembangan kanser usus dan hati. [30, 31]
20. Teh Hijau
Teh hijau juga adalah makanan terbaik untuk mencegah kanser.
Kandungan katekin dalam teh hijau didapati memainkan peranan penting dalam pencegahan kanser.
Satu ulasan terhadap 68 kajian mendapati teh hijau mempunyai ciri-ciri antikanser terhadap kanser payudara. [32]
Kajian lain yang dijalankan terhadap lelaki Jepun mendapati pengambilan teh hijau dapat mengurangkan risiko terhadap kanser prostat. [33]
21. Bayam
Sayur bayam bukan sahaja berkhasiat kerana kandungan zat besinya tetapi turut mempunyai ciri-ciri antikanser.
Satu ulasan kajian melaporkan bahawa antioksidan dalam bayam mempunyai kesan antikanser yang kuat dan tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan. [34]
Satu kajian lain terhadap bayam merah menunjukkan bayam merah tersebut boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser hati dan payudara. [35]
22. Lada Hitam
Lada hitam juga termasuk dalam makanan terbaik untuk mencegah kanser.
Piperina adalah sebatian bioaktif dalam lada hitam. Piperina ini didapati mempunyai kesan antikanser terhadap beberapa jenis sel kanser.
Kajian-kajian menunjukkan piperina ini boleh mencegah dan merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser prostat, payudara dan tumor tulang. [36, 37, 38]
23. Saffron
Saffron terkenal dengan kandungan antioksidannya yang tinggi.
Antioksidan ini berperanan penting untuk melawan radikal bebas yang turut menjadi penyebab kepada penyakit kronik termasuklah kanser.
Kajian-kajian makmal mendapati ekstrak saffron dan bahan bioaktifnya, Crocin boleh merencatkan tumbesaran sel-sel kanser usus besar, serviks, kulit, paru-paru, payudara, hati dan leukimia. [39, 40]
24. Bawang Putih
Bawang putih sememangnya telah digunakan dalam perawatan sejak dahulu lagi.
Kajian-kajian oleh pengkaji di China mendapati bawang putih boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru terhadap pengamalnya. [41]
Kajian oleh pengkaji di India juga turut mendapati bawang putih boleh mencegah kanser melalui beberapa mekanisme berikut: [42]
- Merencatkan metabolisma sel-sel tumor.
- Perencatan fasa permulaan dan kemajuan karsinogenesis.
- Meningkatkan tindak balas sistem imun terhadap kanser.
25. Madu Lebah
Selain madu kelulut, madu lebah seperti madu tualang juga boleh mencegah kanser.
Kajian-kajian makmal dan haiwan yang menggunakan madu tualang mendapati madu ini boleh merencatkan perkembangan sel-sel kanser dan mencetuskan kematian sel terancang terhadap sel-sel kanser payudara dan serviks. [43]
26. Brokoli
Brokoli mempunyai sebatian antikanser yang dikenali sebagai ‘sulforaphane‘.
Kajian makmal mendapati sulforaphane ini boleh mencetuskan kematian sel terancang dan menghentikan kitaran sel dalam sel-sel kanser usus yang diuji. [44]
Selain itu, kajian lain turut mendapati batang dan daun brokoli juga turut mempunyai aktiviti antioksidan dan antikanser yang tinggi. Kesan ini disumbang oleh kandungan fenoliknya. [45]
Rumusan
Sebenarnya banyak makanan yang mempunyai khasiat dalam pencegahan kanser. Makanan-makanan ini juga tidak asing bagi kita dan mudah untuk didapati di pasaran.
Senarai 26 makanan terbaik untuk mencegah kanser ini adalah sebahagian daripada banyak lagi makanan yang mempunyai ciri-ciri antikanser.
Selain bermanfaat untuk mencegah kanser, makanan-makanan ini juga turut mengandungi khasiat lain yang baik untuk kesihatan badan secara keseluruhannya.
Rujukan
- Weh, K. M., et al. (2016). Cranberries and Cancer: An Update of Preclinical Studies Evaluating the Cancer Inhibitory Potential of Cranberry and Cranberry Derived Constituents. Antioxidants (Basel, Switzerland).
- Medjakovic, S., et al. (2016). Pumpkin seed extract: Cell growth inhibition of hyperplastic and cancer cells, independent of steroid hormone receptors. Fitoterapia.
- Narang, N., & Jiraungkoorskul, W. (2016). Anticancer Activity of Key Lime, Citrus aurantifolia. Pharmacognosy reviews.
- Jin, X., et al. (2016). Ganoderma lucidum (Reishi mushroom) for cancer treatment. The Cochrane database of systematic reviews.
- Story, E. N., et al. (2010). An update on the health effects of tomato lycopene. Annual review of food science and technology.
- Kuo, P. C., et al. (2004). Cytotoxic and antimalarial constituents from the roots of Eurycoma longifolia. Bioorganic & medicinal chemistry.
- Kardono, L. B., et al. (1991). Cytotoxic and antimalarial constituents of the roots of Eurycoma longifolia. Journal of natural products.
- Jin, X., et al. (2016). Ginseng consumption and risk of cancer: A meta-analysis. Journal of ginseng research.
- Yun, T. K., & Choi, S. Y. (1995). Preventive effect of ginseng intake against various human cancers: a case-control study on 1987 pairs. Cancer epidemiology, biomarkers & prevention.
- Dybkowska, E., et al. (2018). The occurrence of resveratrol in foodstuffs and its potential for supporting cancer prevention and treatment. A review. Roczniki Panstwowego Zakladu Higieny.
- Huang, F., et al. (2014). Comparison of physicochemical properties and immunomodulatory activity of polysaccharides from fresh and dried litchi pulp. Molecules (Basel, Switzerland).
- Huang, F., et al. (2015). Antioxidant and antiproliferative activities of polysaccharide fractions from litchi pulp. Food & function.
- Ivan Y. M. Ho, et al. (2020). Evaluation of Anti-proliferative Effects of Barringtonia racemosa and Gallic Acid on Caco-2 Cells. Scientific Reports.
- Krajarng, A., et al. (2017). Etlingera elatior Extract promotes cell death in B16 melanoma cells via down-regulation of ERK and Akt signaling pathways. BMC.
- Liu, H., et al. (2014). Clove extract inhibits tumor growth and promotes cell cycle arrest and apoptosis. Oncology research.
- Hussain, A., et al. (2011). Eugenol enhances the chemotherapeutic potential of gemcitabine and induces anticarcinogenic and anti-inflammatory activity in human cervical cancer cells. Cancer biotherapy & radiopharmaceuticals.
- Gu, Y. H., & Leonard, J. (2006). In vitro effects on proliferation, apoptosis and colony inhibition in ER-dependent and ER-independent human breast cancer cells by selected mushroom species. Oncology reports.
- Yaqi Wang, et al. (2012).Two new sesquiterpenes and six norsesquiterpenes from the solid culture of the edible mushroom Flammulina velutipes. Tetrahedron.
- Li, X., et al. (2008). Review of the apoptosis pathways in pancreatic cancer and the anti-apoptotic effects of the novel sea cucumber compound, Frondoside A. Annals of the New York Academy of Sciences.
- Attoub, S., et al. (2013). Frondoside a suppressive effects on lung cancer survival, tumor growth, angiogenesis, invasion, and metastasis. PloS one.
- Cuong, N. X., et al. (2017). Cytotoxic triterpene diglycosides from the sea cucumber Stichopus horrens. Bioorganic & medicinal chemistry letters.
- Sun, S., et al. (2014). Three new anti-proliferative Annonaceous acetogenins with mono-tetrahydrofuran ring from graviola fruit (Annona muricata). Bioorganic & medicinal chemistry letters.
- Moghadamtousi, S. Z., et al. (2015). Annona muricata (Annonaceae): A Review of Its Traditional Uses, Isolated Acetogenins and Biological Activities. International journal of molecular sciences.
- Hansra, D. , et al. (2014). Patient with Metastatic Breast Cancer Achieves Stable Disease for 5 Years on Graviola and Xeloda after Progressing on Multiple Lines of Therapy. Advances in Breast Cancer Research.
- Ruiz-Montañez, G., et al. (2015). Screening antimutagenic and antiproliferative properties of extracts isolated from Jackfruit pulp (Artocarpus heterophyllus Lam). Food chemistry.
- Monte, L. G., et al. (2014). Lectin of Abelmoschus esculentus (okra) promotes selective antitumor effects in human breast cancer cells. Biotechnology letters.
- Ha, T. K., et al. (2013). Galangin induces human colon cancer cell death via the mitochondrial dysfunction and caspase-dependent pathway. Experimental biology and medicine.
- Gupta, S. C., et al. (2012). Discovery of curcumin, a component of golden spice, and its miraculous biological activities. Clinical and experimental pharmacology & physiology.
- Wang, Y., et al. (2016). Curcumin in Treating Breast Cancer: A Review. Journal of laboratory automation.
- Kustiawan, P. M., et al. (2014). In vitro cytotoxicity of Indonesian stingless bee products against human cancer cell lines. Asian Pacific journal of tropical biomedicine.
- Saiful Yazan, L., et al. (2016). Chemopreventive Properties and Toxicity of Kelulut Honey in Sprague Dawley Rats Induced with Azoxymethane. BioMed research international.
- Rafieian-Kopaei, M., & Movahedi, M. (2017). Breast cancer chemopreventive and chemotherapeutic effects of Camellia Sinensis (green tea): an updated review. Electronic physician.
- Kurahashi, N., et al. (2008). Green tea consumption and prostate cancer risk in Japanese men: a prospective study. American journal of epidemiology.
- Lomnitski, L., et al. (2003). Composition, efficacy, and safety of spinach extracts. Nutrition and cancer.
- Sani, H. A., et al. (2004). Potential anticancer effect of red spinach (Amaranthus gangeticus) extract. Asia Pacific journal of clinical nutrition.
- Ouyang, D. Y., et al. (2013). Piperine inhibits the proliferation of human prostate cancer cells via induction of cell cycle arrest and autophagy. Food and chemical toxicology.
- Do, M. T., et al. (2013). Antitumor efficacy of piperine in the treatment of human HER2-overexpressing breast cancer cells. Food chemistry.
- Zhang, J., et al. (2015). Piperine inhibits proliferation of human osteosarcoma cells via G2/M phase arrest and metastasis by suppressing MMP-2/-9 expression. International immunopharmacology.
- Aung, H. H., et al. (2007). Crocin from Crocus sativus possesses significant anti-proliferation effects on human colorectal cancer cells. Experimental oncology.
- Samarghandian, S., & Borji, A. (2014). Anticarcinogenic effect of saffron (Crocus sativus L.) and its ingredients. Pharmacognosy research.
- Myneni, A. A., et al. (2016). Raw Garlic Consumption and Lung Cancer in a Chinese Population. Cancer epidemiology, biomarkers & prevention.
- Khanum, F., et al. (2004). Anticarcinogenic properties of garlic: a review. Critical reviews in food science and nutrition.
- Fauzi, A. N., et al. (2011). Tualang honey induces apoptosis and disrupts the mitochondrial membrane potential of human breast and cervical cancer cell lines. Food and chemical toxicology.
- Gamet-Payrastre, L., et al. (2000). Sulforaphane, a naturally occurring isothiocyanate, induces cell cycle arrest and apoptosis in HT29 human colon cancer cells. Cancer research.
- Hwang, J. H., & Lim, S. B. (2015). Antioxidant and anticancer activities of broccoli by-products from different cultivars and maturity stages at harvest. Preventive nutrition and food science.
Iskandar Zulkarnain ialah pengasas dan penulis kepada laman HeloMedik. Beliau berkelulusan sarjana sains (MSc) dan telah menamatkan kursus dalam Standford Introduction to Food and Health oleh Standford University, Healthy Practices: Nutrition, Physical Activity and Community and Family Participation oleh University of Colorado dan The New Nordic Diet - from Gastronomy to Health oleh University of Copenhagen.