Cuci usus secara alami adalah cara yang lembut dan efektif untuk menyingkirkan toksin, memperbaiki pencernaan, dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Walaupun terdapat prosedur perubatan, ramai yang lebih suka kaedah alami atau semula jadi yang boleh dilakukan di rumah.
Di bawah ini, kami kongsikan lapan cara cuci usus kotor dengan selamat dan efektif di rumah.

1. Minum Air Secukupnya
Cara paling mudah dan efektif untuk menjaga kesihatan usus ialah dengan minum air yang mencukupi.
Penghidratan membantu badan membuang toksin, melembutkan najis, dan melancarkan pergerakan usus.
Pakar mengesyorkan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari, tetapi keperluan anda mungkin berbeza bergantung pada aktiviti, diet, dan cuaca.
Terdapat satu kajian pada 2016 yang mendedahkan bahawa pengambilan air suam (suam-suam kuku) mempunyai kesan yang baik terhadap pencernaan. [1]
2. Tingkatkan Pengambilan Serat
Serat adalah komponen penting untuk kesihatan usus. Ia membantu menambah isipadu pada najis, memudahkan pergerakan usus, dan menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
Makanan tinggi serat termasuk:
- Buah-buahan seperti epal, pir, dan beri.
- Sayur-sayuran seperti brokoli, lobak merah, dan sayuran berdaun hijau.
- Bijirin penuh seperti oat, quinoa, dan beras perang.
- Kekacang seperti lentil, kacang kuda, dan kacang hitam.
3. Minum Teh Herba
Cara cuci usus secara alami yang seterusnya adalah dengan minuman teh herba.
Beberapa jenis teh herba boleh membantu membersihkan usus dengan merangsang pencernaan dan melancarkan pergerakan usus. Pilihan popular adalah seperti:
- Teh pudina: Melegakan saluran pencernaan dan mengurangkan kembung.
- Teh halia: Merangsang pencernaan dan membantu menyingkirkan toksin.
- Teh dandelion: Menyokong fungsi hati, membantu proses detoksifikasi semula jadi badan.
- Teh senna: Sebagai julap semula jadi untuk membantu sembelit sekali-sekala.
4. Tambah Probiotik dalam Diet Anda
Probiotik adalah bakteria baik yang menyokong kesihatan usus dan pencernaan. Ia boleh membantu mengimbangi mikrobiom usus, meningkatkan penyerapan nutrien, dan melancarkan pergerakan usus.
Anda boleh meningkatkan pengambilan probiotik melalui makanan yang ditapai, seperti:
- Yogurt (pilih jenis tanpa gula dengan kultur hidup).
- Sauerkraut
- Kimchi
- Kefir
- Miso
- Tempeh
- Tapai ubi atau pulut
Sebagai alternatif, suplemen probiotik juga boleh menjadi pilihan yang mudah. Cari produk yang mengandungi pelbagai strain bakteria dan jumlah CFU (unit pembentukan koloni) yang tinggi.
5. Cuba Saltwater Flush
Saltwater flush adalah kaedah popular untuk membersihkan usus secara semula jadi. Ia melibatkan minum campuran air suam dan garam laut untuk merangsang pergerakan usus.
Untuk membuat saltwater flush:
- Campurkan 2 sudu teh garam laut tanpa iodin seperti Celtic sea salt ke dalam satu liter (4 cawan) air suam.
- Minum keseluruhan campuran ini semasa perut kosong, sebaiknya pada waktu pagi.
- Tunggu 1-2 jam untuk proses flush berlaku.
Kaedah ini tidak disarankan bagi individu yang mempunyai tekanan darah tinggi atau keadaan perubatan lain yang mungkin terjejas oleh pengambilan garam yang tinggi.
Sentiasa rujuk kepada doktor sebelum mencuba saltwater flush.
Kaedah ini lebih sesuai kepada anda yang sering mengalami sembelit atau pembuangan air besar yang tidak tetap.
6. Makan Makanan Kaya dengan Kanji Resistan
Kanji resistan ialah sejenis karbohidrat yang tidak dicerna di usus kecil dan difermentasikan di usus besar.
Ia menghasilkan sebatian bermanfaat yang menyokong kesihatan usus dan membantu menyingkirkan najis. [2]
Makanan kaya dengan kanji resistan adalah seperti:
- Pisang hijau
- Kentang yang dimasak dan disejukkan.
- Kekacang, seperti lentil dan kacang kuda.
- Bijirin penuh seperti oat dan barli.
Menambah kanji resistan dalam diet anda boleh membantu mengekalkan kesihatan usus dan memperbaiki fungsi pencernaan.
7. Gunakan Jus dan Smoothie
Jus ialah minuman yang popular untuk mencuci usus. Ini termasuklah jus buah atau jus sayur.
Pengambilan jus yang sederhana boleh menjadi baik untuk anda. Campuran jus mengandungi beberapa serat dan nutrien yang memberi manfaat kepada penghadaman.
Ia juga memegang air untuk membantu menghidratkan dan mengekalkan rutin membuang air besar.
Panduan Tambahan untuk Membersihkan Usus Secara Selamat dan Efektif
- Dengar Tubuh Anda: Pembersihan usus sepatutnya menjadi proses yang lembut. Jika anda merasa tidak selesa, kurangkan intensiti atau kekerapan kaedah yang digunakan.
- Rujuk Profesional: Berunding dengan doktor sebelum mencuba pembersihan usus, terutamanya jika anda mempunyai keadaan perubatan atau sedang hamil.
- Elakkan Penggunaan Berlebihan: Pembersihan usus yang terlalu kerap atau ekstrem boleh mengganggu keseimbangan semula jadi sistem pencernaan anda. Gunakan kaedah ini dengan bijak dan sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang seimbang.
Manfaat Cuci Usus Secara Semula Jadi atau Alami
Membersihkan usus secara semula jadi menawarkan pelbagai manfaat, termasuk:
- Pencernaan yang lebih baik dan penyerapan nutrien yang lebih efektif.
- Kelegaan daripada sembelit dan kembung.
- Peningkatan tahap tenaga dan kesejahteraan keseluruhan.
- Pengurangan risiko masalah kesihatan berkaitan usus besar.
Apabila digabungkan dengan diet dan gaya hidup sihat, kaedah ini dapat menyumbang kepada sistem pencernaan yang lebih seimbang dan efisien.
Rumusan
Cuci usus besar secara semula jadi tidak memerlukan prosedur mahal atau rawatan kasar. Dengan mengamalkan tujuh strategi mudah ini, anda boleh menyokong proses detoksifikasi semula jadi tubuh dan mempromosikan kesihatan kolon.
Rujukan
- Çalişkan, N. et al. (2016). The Effect of Warm Water Intake on Bowel Movements in the Early Postoperative Stage of Patients Having Undergone Laparoscopic Cholecystectomy: A Randomized Controlled Trial. Gastroenterology nursing.
- Maier, T. V. et al. (2017). Impact of Dietary Resistant Starch on the Human Gut Microbiome, Metaproteome, and Metabolome. mBio,.