Anda terketuk jari semasa menggunakan penukul atau tersepit jari di pintu? Tidak tahu macam mana ingin merawatnya? Ikuti cara merawat jari tersepit atau terketuk yang kami sediakan ini.
Jari yang tersepit atau terketuk ini akan berasa sakit dan tidak selesa. Sesetengahnya mungkin memerlukan rawatan kecemasan di klinik atau hospital sekiranya anda mengalami kecederaan yang lebih teruk.
Langkah pertama yang anda boleh ambil adalah memberikan rawatan pertolongan cemas. Tidak kira kepada diri sendiri atau orang lain.
Trauma atau kecederaan pada jari yang tersepit atau terketuk akan menyebabkan gejala atau simptom berikut:
- Sakit yang amat di jari tersebut
- Bengkak dan kemerahan
- Hilang rasa pada hujung jari
- Lebam atau perubahan warna pada kulit dan jari
- Darah terkumpul di bawah kuku
- Kekakuan pada jari
- Sukar untuk menggunakan hujung jari
Pertolongan Cemas Jari Tersepit atau Terketuk
Langkah atau cara pertama yang perlu dilakukan untuk merawat jari yang tersepit atau terketuk bagi mengurangkan kesakitan dan bengkak adalah:
- Letakkan ais: Letakkan pek ais atau ketulan ais yang dibungkus pada jari yang tersepit atau terketuk tersebut selama 15 minit sekali. Ulang selama beberapa kali sejam untuk beberapa jam pertama. Jangan meletakkan ais ini melebihi 15 minit bagi mengelakkan luka beku (frostbite).
- Tinggikannya: Meninggikan jari yang cedera tersebut lebih tinggi daripada paras dada boleh memperlahankan aliran darah dan boleh mengurangkan rasa berdenyut-denyut.
- Gerakkannya: Jika boleh, gerakkan jari yang tersepit tersebut untuk mengalakkan kitaran darah. Sekiranya anda tidak boleh menggerakkannya atau hilang rasa pada jari tersebut, sila dapatkan rawatan doktor.
- Makan ubat tahan sakit: Ubat tahan sakit seperti ubat paracetamol atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Merawat Darah yang Terkumpul di Bawah Kuku
Jari yang terketuk atau tersepit lazimnya boleh menyebabkan darah terkumpul dibawah kuku. Keadaan ini dipanggil “subungual hematoma.”
Selepas sehari atau dua hari, kuku tersebut akan berubah warna menjadi biru gelap atau menjadi hitam.
Doktor yang merawat mungkin akan menyarankan agar darah tersebut dikeluarkan sekiranya ia menyebabkan kesakitan. Jika tidak, ia akan dibiarkan sahaja.
Kebanyakan kes subungual hematoma boleh dirawat menggunakan kaedah yang dipanggil “pentrefinan”. Prosedur ini melibatkan doktor membuatkan satu lubang halus di dalam kuku untuk mengeluarkan darah yang terkumpul tersebut. [1]
Anda juga tidak disarankan untuk mengeluarkan darah tersebut dengan sendiri kerana dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan bakteria ke dalam dasar kuku.
Sila mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat sekiranya darah yang terkumpul tersebut menyebabkan rasa sakit yang berlebihan (sakit yang teruk).
Jangan Lakukan Perkara Ini
Terdapat dua (2) perkara yang tidak sepatutnya dilakukan sekiranya jari anda tersepit atau terketuk:
- Jangan membalut jari yang tersepit atau terketuk. Membalut jari yang tercedera ini akan mengurangkan darah daripada mengalir. Ia menghalang daripada oksigen dan nutrien untuk sampai ke jari tersebut. Oksigen dan nutrien diperlukan oleh jari tersebut untuk sembul dengan sendirinya.
- Jangan menganduh jari yang tersepit atau terketuk. Menganduh mungkin berguna sekiranya berlaku patahan. Tetapi akedah ini turut boleh menjejaskan kitaran dadah. Jangan melakukanya tanpa nasihat doktor.
Bila Perlu Berjumpa Doktor
Dalam kebanyakkan kes, jari tersepit atau terketuk tidak memerlukan anda untuk berjumpa doktor.
Walau bagaimanapun, anda mungkin peru berjumpa doktor sekiranya kecederaan tersebut serius dan mempunyai tanda-tanda jangkitan atau fraktur.
Anda perlu berjumpa doktor sekiranya:
- Jari yang tersepit bengkok atau tidak boleh diluruskan.
- Jari yang tersepit atau terketuk luka sehingga menampakkan tulang.
- Kecederaan melibatkan tapak tangan atau sendi seperti sendi jari atau pergelangan tangan).
- Rasa kebas dan hilang rasa sensasi yang ketara.
- Kesakitan yang amat sangat.
- Peningkatan bengkak, kesakitan, kemerahan, keluar lelehan seperti nanah atau tanda jangkitan lain.
Rujukan
- Pingel C, McDowell C. Subungual Hematoma Drainage. [Updated 2021 Jul 31]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2022 Jan-. Available from: NCBI