Kecederaan seperti luka atau laserasi sentiasa menyebabkan perdarahan. Selalunya dalam situasi kecemasan, anda perlu melakukan tindakan pantas untuk mengawal perdarahan yang berlaku.
Bagaimana untuk mengawal perdarahan tersebut? Justeru itu, artikel ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengawal perdarahan bagi situasi kecemasan.
Persediaan dan kesedaran adalah kunci untuk merawat pelbagai bentuk kecederaan dengan sempurna. Ia bermula dengan peti pertolongan cemas yang lengkap dan sentiasa berada dekat dengan anda.
Selain itu, adalah penting untuk anda tahu apakah gejala yang menunjukkan mangsa perlu dibawa ke unit kecemasan.
Kecemasan Perdarahan
Mungkin ramai yang tidak tahu jika sesuatu kecederaan betul-betul serius untuk mendapatkan rawatan kecemasan atau untuk membuat panggilan 999.
Ada juga yang tidak mendapatkan bantuan kecemasan kerana risau akan kos perubatan yang mahal.
Beberapa petanda atau keadaan yang menunjukkan bahawa anda perlu memanggil 999 atau membawa mangsa ke unit kecemasan adalah seperti berikut:
- Luka adalah dalam sehingga menampakkan lapisan kulit dalam atau bahagian lapisan lemak.
- Perdarahan tidak berhenti walaupun telah memberikan tekanan yang kuat dan mantap.
- Mangsa menunjukkan tanda-tanda kejutan.
Bagi luka yang dalam, walaupun anda berjaya menghentikan perdarahan, rawatan di klinik atau hospital masih perlu kerana luka tersebut mungkin memerlukan jahitan.
Luka tersebut juga mungkin memerlukan vaksinasi bagi mengurangkan risiko kepada tetanus dan rabies.
Adalah penting untuk mendapatkan rawatan sewajarnya bagi mengelakkan kesan pada masa hadapan yang mungkin tidak diketahui oleh pesakit.
Sebagai contoh, sesetengah luka atau laserasi boleh pada bahagian badan yang tertentu boleh menyebabkan kecederaan kekal pada ligamen, tendon atau saraf.
Oleh itu, sila mendapatkan rawatan kecemasan jika kecederaan yang berlaku menunjukkan ciri-ciri berikut:
- Luka yang berlaku terbuka luas dan tidak dapat dirapatkan.
- Laserasi atau luka tusukan yang dalam pada sendi.
- Luka yang telah tercemar dengan kotoran atau objek berkarat.
- Luka disebabkan oleh gigitan binatang seperti anjing.
- Luka atau kecederaan pada atau sekitar kemaluan.
Gejala-gejala yang Perlu Diberikan Perhatian
Sila membuat panggilan kecemasan, 999 jika mangsa menunjukkan gejala-gejala kejutan seperti berikut:
- Kulit menjadi pucat, sejuk dan lembap
- Pernafasan yang laju dan pendek
- Kesukaran bernafas
- Deyutan jantung yang laju
- Deyutan jantung yang tidak teratur
- Kekeliruan
- Mulut kering dan dahaga yang luar biasa
- Air kencing menjadi gelap atau tiada air kencing
Sila mendapatkan rawatan segera jika luka tersebut dijangkiti. Sila mendapatkan rawatan juga jika mangsa demam, menggigil atau muntah-muntah.
Langkah-langkah Mengawal Perdarahan
Langkah 1: Tekanan
Langkah pertama untuk mengawal perdarahan adalah dengan menutup lubang atau luka perdarahan. Darah perlu beku untuk menghentikan perdarahan dan memulakan proses penyembuhan.
Langkah-langkah terbaik untuk menghentikan pengaliran darah adalah:
- Memberikan tekanan secara terus pada luka.
- Jika anda mempunyai kain kasa, gunakan kain ini untuk menutup dan menekan luka tersebut.
- Jika anda tidak mempunyai kain kasa, anda boleh menggunakan kain tuala kecil yang bersesuaian.
Jika kain kasa atau tuala yang digunakan telah penuh dengan darah, tambah lapisan kain yang lain.
Jangan alihkan kain yang pertama. Menanggalkan lapisan kain yang pertama boleh menyebabkan perdarahan kembali berlaku.
Langkah 2: Tinggikan Bahagian Luka Lebih daripada Paras Dada
Graviti boleh menyebabkan darah mengalir ke bawah dengan lebih laju berbanding ke atas.
Untuk mengurangkan kesan graviti terhadap perdarahan luka atau kecederaan, langkah-langkah berikut perlu dilakukan.
- Tinggikan tempat luka atau anggota luka lebih tinggi daripada paras dada (jantung) untuk memperlahankan pengaliran darah.
- Apabila darah sudah mula perlahan, ia lebih mudah untuk dihentikan dengan tekanan langsung.
- Lakukan dua langkah ini untuk mengawal perdarahan.
Langkah 3: Gunakan Titik Tekanan
Titik tekanan adalah kawasan di mana saluran darah yang hampir dengan permukaan kulit. Menekan saluran darah ini boleh memperlahankan aliran darah yang lebih jauh. Ini membolehkan kaedah titik tekanan menghentikan perdarahan.
Semasa menggunakan titik tekanan, sila pastikan anda menggunakan tidak tekanan yang berdekatan dengan jantung dan bukannya yang berdekatan dengan kecederaan atau luka.
Gabungkan kaedah ini dengan meninggikan luka atau kecederaan daripada paras dada (jantung).
Titik tekanan:
- Lengan antara bahu dan siku
- Bahagian groin (dekat dengan pangkal peha)
- Di belakang lutut
Langkah 4: Tornikuet
Tornikuet adalah alat yang digunakan untuk menghimpit salur darah supaya pengaliran darah ke tempat yang lebih jauh dari alat berkenaan tersekat.
Penggunaan tornikuet adalah sangat tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan keseluruhan lengan atau kaki dan boleh menyebabkan kehilangan anggota badan akibat penggunaan tornikuet ini.
Penggunaan tornikuet hanyalah langkah terakhir sekiranya kecemasan tersebut memerlukan pilihan antara nyawa atau anggota badan.
Cara menggunakan tornikuet:
- Lilit kain atau bahan tidak memberi di bahagian yang jauh daripada luka dan berdekatan dengan jantung. Contohnya, jika luka berlaku di lengan selepas siku, lilit kain tersebut di atas siku.
- Gunakan batang kayu atau objek yang kuat sebagai kapi. Kapi ini digunakan untuk memulas tornikuet menjadi lebih ketat. Letakkan kapi ini dibahagian hujung simpulan kain tersebut.
- Pulas untuk mengetatkan lilitan tersebut dan perhatikan perdarahan. Pulas sehingga perdarahan telah berhenti atau telah berkurang dengan ketara.
- Tandakan masa penggunaan tornikuet ini. Penggunakan tornikuet tidak boleh lebih daripada 2 jam.
Rujukan
- Brouhard, R. (2021). How to Control Bleeding. verywellhealth.
- Donley ER, Loyd JW. Hemorrhage Control. [Updated 2021 Jul 23]. In: StatPearls [Internet].