Adakah anda tertanya-tanya apa itu intermittent fasting dan bagaimana cara melakukan diet intermittent fasting?
Diet intermittent fasting adalah diet yang tidak asing lagi. Mungkin anda pernah terdengar dan membaca mengenainya di media sosial namun anda masih ragu-ragu sama ada anda patut mencuba diet intermittent fasting ini atau tidak.
Kebanyakan mereka yang mencuba diet ini adalah kerana ingin menurunkan berat badan namun sebenarnya diet intermittent fasting ini mempunyai banyak manfaat lain kepada kesihatan kita.
Artikel ini akan mengupas mengenai intermittent fasting secara mendalam. Pastikan anda membacanya sehingga akhir.

Apa Itu Intermittent Fasting?
Intermittent fasting adalah suatu cara pemakanan dengan mengatur pola masa di antara waktu berpuasa dan waktu makan.
Diet intermittent fasting (IF) ini tidak memperhatikan apa yang anda makan tetapi lebih kepada masa anda berpuasa.
Namun saya sarankan pada saat anda berbuka puasa, makanlah makanan yang seimbang dan bernutrisi mencakupi kumpulan makronutrien dan mikronutrien.
Diet ini sangat popular di negara-negara barat. Namun, sebenarnya berpuasa ini telah dilakukan oleh agama Islam, Kristian, Judaism, dan Budha beratus tahun dahulu.
Bezanya berpuasa diet IF ini adalah ketika “berpuasa” masih boleh minum air kosong, kopi kosong, dan teh kosong sahaja.
Bagaimana Cara Melakukan Intermittent Fasting?
Terdapat pelbagai cara untuk melakukan diet IF ini, namun saya akan kupaskan beberapa cara yang popular sahaja.
1. Crescendo Fasting
Bagi mereka yang belum pernah berpuasa terutama wanita. Melakukan crescendo fasting adalah cara yang terbaik untuk pemula.
Crescendo fasting bermula dengan berpuasa selama 10 jam, setelah badan anda telah selesa dengan cara ini, maka anda bolehlah meningkatkan kesukaran melakukan intermittent fasting kepada berpuasa selama 12, 14,16, hingga 18 jam sehari.
Kenapa crescendo fasting sangat baik untuk pemula dan juga pada wanita? Hal ini demikian kerana badan wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon.
Berpuasa yang lama dan tidak memerhatiakn apa yang anda makan setelah berbuka puasa boleh menganggu hormon.
Maka tidak hairanlah kenapa ada wanita yang melakukan intermittent fasting dengan defisit kalori yang melampau mengalami gangguan haid sehingga menyebabkan kemandulan.
2. 16:8 Intermittent Fasting
Cara 16:8 intermittent fasting adalah dengan berpuasa selama 16 jam dan makan dalam jeda waktu 8 jam dan ini menyebabkan anda tidak sarapan pagi.
Cara diet 16:8 intermittent fasting ini dikenali juga sebagai the Leangains Protocol. Contohnya berbuka puasa dari jam 1 tengah hari hingga jam 9 malam selebihnya adalah waktu berpuasa.
3. Eat-Stop-Eat
Makan-berhenti-makan adalah satu kaedah intermittent fasting di mana anda berpuasa selama 24 jam iaitu makan terakhir pada waktu makan malam dan berbuka puasa pada waktu makan malam pada hari berikutnya.
Disarankan untuk melakukan kaedah makan-berhenti-makan ini dalam sekali atau dua kali seminggu.
4. 5:2 Diet
Cara diet 5:2 ini adalah dengan makan 500 – 600 kalori selama dua hari berturut-turut dan kemudian makan seperti biasa untuk lima hari berikutnya.
Apakah Manfaat Intermittent Fasting?
Terdapat banyak manfaat melakukan intermittent fasting ini. Bagi mereka yang mempunyai masalah berlebihan berat badan, rintangan insulin atau pradiabetes, melakukan diet IF sangat membantu.
Apabila kita berpuasa, banyak perkara yang berlaku kepada tubuh badan kita pada tahap molekular dan selular.
Dalam keadaan sedang berpuasa, akan terjadi proses autofagi di mana sel-sel di dalam badan akan memakan sel lama dan memperbaiki sel-sel yang rosak.
Intermittent fasting juga membantu mengurangkan risiko rintangan insulin, ini adalah kerana hormon insulin menurun 3-6% dalam darah dan kadar insulin saat berpuasa turun 20-31%. [1]
Keadaan ini sangat membantu menurunkan risiko dan melindungi daripada mendapat penyakit kencing manis atau diabetes.
Malah diet IF ini boleh menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat), trigliserida, petanda keradangan, dan gula dalam darah. Semua ini boleh membantu dalam menurunkan risiko mendapat penyakit jantung.
Bagi anda yang sedang mengurangkan berat badan, intermittent fasting juga dapat membantu kerana waktu berpuasa yang panjang dan waktu makan yang terhad menyebabkan terjadinya defisit kalori secara tidak langsung.
Intermittent fasting juga boleh meningkatkan fokus dan konsentrasi dengan meningkatkan penghasilan hormon otak BDNF yang membantu pembentukan sel-sel saraf yang baru di otak. Ini sekaligus membantu mengelakkan terkena penyakit Alzheimer.
Berpuasa dari Sudut Agama Islam
Sebenarnya berpuasa sangat baik dan digalakkan. Sejak ribuan tahun dahulu, Nabi Muhammad SAW menganjurkan orang Islam untuk berpuasa.
Malah, digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sunat selang sehari seperti puasa nabi Daud.
Kerana itu jugalah Allah SWT mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan kerana fadilat dan kebaikan kepada kesihatan secara menyeluruh.
Rumusan
Diet IF tidak menitikberatkan apa yang anda makan namun saya sangat menyarankan untuk anda memakan makanan yang seimbang dan bernutrisi serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Bagi anda yang mahu mengurangkan badan dan mengecilkan perut, boleh mencuba makanan yang boleh membantu membakar lemak di dalam diet IF anda.
Rujukan
- Barnosky, A.R. et al. (2014). Intermittent fasting vs daily calorie restriction for type 2 diabetes prevention: a review of human findings. Translational Research.