Mungkin ketika berada di kedai kopi atau kafe, anda ada terjumpa perkataan affogato dalam menu mereka dan anda tertanya-tanya apa itu affogato?
Untuk pengetahuan anda, affogato ialah sejenis pencuci mulut (desert) yang berasal dari Itali yang mengandungi aiskrim vanila dan espreso.
Dalam bahasa Itali, istilah “affogato” bermaksud “lemas”. Ia mungkin sesuai dengan keadaan di mana satu skup aiskrim vanila yang “lemas” di dalam espreso.

Bagaimana Ia Disediakan?
Secara asasnya, membuat affogato adalah mudah kerana ia hanya melibatkan aiskrim dan espreso.
Pada asalnya, affogato dihasilkan menggunakan satu skup aiskrim fior di latte dan espreso. Aiskrim fior di latte dikenali sebagai gelato al fior di latte di Itali, ia kelihatan seperti vanila tetapi sebenarnya tidak.
Aiskrim Fior di latte adalah aiskrim yang biasanya dihasilkan daripada susu, gula dan kanji tanpa menggunakan sebarang kuning telur.
Walau bagaimanapun, akses kepada aiskrim ini mungkin sukar dan selalunya ia digantikan dengan aiskrim vanila.
Sesetengah kafe mungkin menghias affogato mereka dengan serbuk koko, biskut atau biscotti.
Jika di Starbuck, istilah affogato adalah sedikit berbeza. Affogato di Starbuck merujuk kepada satu syot espreso yang dituang ke atas sebarang minuman, biasanya Frappuccino.
Sejarah Affogato
Sejarah asal usul affogato tidak diketahui dengan jelas. Ia mungkin muncul selepas mesin espreso dicipta.
Ia hanya mula tersebar pada lewat tahun 1900.